Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RHMC) Malaysia kembali melakarkan satu lagi usaha murni mereka dalam Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30. Mereka berjaya mengumpulkan sebanyak RM500,000 untuk menyokong kanak-kanak kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.
Table Of Content
Hebat RHMC ! Bravo
Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia 2023: Satukan Gagasan untuk Pendidikan
Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia 2023 yang berlangsung di Tropicana Golf and Country Resort telah mengumpulkan dana penting untuk program Pek Kembali Ke Sekolah RMHC. Program ini diperuntukkan bagi memberi beg sekolah kepada 10,000 kanak-kanak kurang berkemampuan di seluruh negara. Beg-beg tersebut tidak hanya memuatkan pakaian seragam dan kasut sekolah, tetapi juga semua keperluan sekolah yang diperlukan sebagai persediaan untuk memulakan tahan persekolahan baru 2024
Komitmen Kekal dan Impak Maksimum
Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia tahunan ini bukan sekadar satu acara sukan biasa. Ia adalah asas kepada komitmen kukuh RHMC Malaysia untuk mencipta impak positif yang mendalam dalam kehidupan kanak-kanak kurang berkemampuan.
“Kami amat teruja dan tersentuh hati melihat pencapaian penting ini menjadi kenyataan. Ini mencerminkan dedikasi kami terhadap matlamat ini dan mengukuhkan keazaman kami untuk terus meneruskan misi kami, iaitu mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan positif bagi komuniti belia di Malaysia.” – Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RHMC Malaysia & Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia
RHMC telah mulakan program Pek Kembali Ke Sekolah sejak 2017
Sejak tahun 2017, RMHC telah melabur hampir RM10 juta dalam program Pek Kembali Ke Sekolah. Ini adalah satu sumbangan besar yang memberi kesan positif kepada lebih daripada 160,000 kanak-kanak di seluruh negara. Program ini merupakan salah satu daripada empat program utama yang disokong oleh RMHC Malaysia, yang melibatkan tiga teras utama, iaitu Kesihatan, Pendidikan, dan Kebajikan.
Komitmen kepada Kebajikan
Selain daripada memberi sokongan kepada pendidikan, RMHC Malaysia juga bersungguh-sungguh dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang berkemampuan. Semasa majlis Kejohanan Golf Amal, mereka juga memberi geran perubatan bernilai lebih daripada RM280,000 kepada lima tabung kebajikan hospital yang terpilih. Antara penerima geran ini termasuklah Yayasan IN, Tabung Pesakit Hospital USM, Tabung Perubatan Malaysia Hospital Tunku Azizah, Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM, dan PPUMCare, Pusat Perubatan UM.
Komitmen Kepada Kesihatan dan Kesejahteraan
“Penyampaian geran perubatan semasa Kejohanan Golf Amal ini adalah satu bukti lagi akan komitmen kami untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang berkemampuan di Malaysia. Kami dengan bangga telah menyumbangkan lebih daripada RM750,000 dalam bentuk geran perubatan sejak tahun 2018. Kami sangat terharu melihat impak positif yang telah dibuat dalam kehidupan lebih daripada 200 kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan perubatan, peralatan perubatan, serta ubat-ubatan. Ini adalah bukti kuat kepercayaan kami pada daya usaha bersama untuk membawa perubahan positif kepada komuniti kita,” tambah Dato’ Azmir Jaafar.
Satu Misi Kemanusiaan
RMHC Malaysia telah berdiri sejak Februari 1990 sebagai sebuah organisasi bukan keuntungan dengan satu matlamat yang jelas – untuk mewujudkan, mencari, dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.
Kisah Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30 ini adalah satu contoh betapa kerjasama dan semangat kemanusiaan dapat mengubah nyata kehidupan mereka yang memerlukan. Ini adalah satu peringatan bahawa kita semua boleh berbuat perubahan, dan bersama-sama, kita boleh membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.
No Comment! Be the first one.