RORO Langkawi | Orang kata kalau bawa kereta sendiri ke Langkawi kos lebih murah berbanding sewa kereta di sana. Betul ker? Pernahkah korang terpikir bagaimana kenderaan dihantar ke dan dari pulau Langkawi? Inilah di mana Perkhidmatan RORO (Roll-on/Roll-off) berperanan penting. Nah ini info yang aku dah kumpul untuk korang yang ingin menggunakan perkhidmatan Roro langkawi ini nanti.
Table Of Content
- Apa itu Perkhidmatan RORO langkawi?
- Kelebihan Penggunaan Feri RORO Langkawi
- Cara ke Langkawi dengan kereta
- Langkah-langkah Menggunakan Perkhidmatan RORO Langkawi
- Dokumen yang perlu disediakan
- Bagaimana Mengatur Penghantaran Kenderaan melalui Perkhidmatan RORO
- Tips untuk untuk perjalanan yang Lancar
- Menguruskan Isu dan Kecemasan
- Harga Perkhidmatan RORO Langkawi
- Harga yang dikenakan untuk kendaeraan
- Harga penumpang
- Contoh Jadual roro service langkawi
Apa itu Perkhidmatan RORO langkawi?
Sebelum aku sembang lebih panjang, mula-mula korang kena faham apakah roro ini.
- Perkhidmatan RORO (Roll-on/Roll-off) adalah cara pengangkutan kenderaan dan kargo menggunakan feri yang membenarkan kenderaan memasuki dan meninggalkan feri dengan mudah.
- Dalam konteks Langkawi, ia adalah satu cara yang agak efisien dan pantas untuk membawa kenderaan anda sendiri ke pulau ini daripada menyewa kereta lain disana.
- Masa perjalanan lebih kurang 3 JAM ikut keadaan pasang surut air laut
Kelebihan Penggunaan Feri RORO Langkawi:
- Efisien: Penggunaan konsep “Roll-on/Roll-off” mempercepatkan proses muatan dan pindah kenderaan. Tiada perlu untuk memuatkan kenderaan secara manual.
- Mudah: Proses ini amat mudah di mana pengemudi hanya perlu menghantar kenderaan ke atas feri tanpa perlu memindah barangan dari dalam kenderaan secara manual
- Ekonomi: Berbanding dengan penghantaran melalui udara, penggunaan perkhidmatan RORO adalah lebih ekonomi dan berpatutan.
Cara ke Langkawi dengan kereta
Terdapat 3 syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini
- Langkawi Auto Express
- Langkawi RO-RO
- Wantas roro langkawi
Bertolak dari Jeti Kuala Perlis dan akan turun di Dermaga Tanjung Lembung
Tempahan secara online melalui laman web rasmi mereka
- http://www.langkawiroro.com/
- www.langkawiauto.com/
- https://production.wantasroro.com/
Langkah-langkah Menggunakan Perkhidmatan RORO Langkawi:
Kalau anda ingin mencuba perkhimdatan roro langkawi ni, ini adalah beberapa langkah yang perlu diambilkira
- Tempahan dan Penjelasan:
- Langkah pertama adalah membuat tempahan tempat untuk kenderaan anda di feri RORO. Pastikan anda mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual pelayaran dan prosedur tempahan.
- Persiapan Kenderaan:
- Sebelum menghantar kenderaan anda, pastikan ia dalam keadaan baik untuk pengangkutan. Ini termasuk memeriksa enjin, brek, dan komponen penting lain.
- Pastikan kenderaan dibersihkan daripada barang-barang berbahaya atau bahan mudah terbakar sebelum memasukkannya ke feri.
- Proses Pemuatan dan Pengangkutan:
- Apabila tiba di pelabuhan feri, ikuti arahan krew feri untuk memandu masuk dengan selamat.
- Kenderaan anda akan diikat dengan kukuh di atas feri semasa pelayaran untuk memastikan keselamatan.
Dokumen yang perlu disediakan
Segala dokumen yang dimintak ini adalah wajib samada dengan wantas roro langkawi, atau langkawi auto.
- Salinan geran kereta
- Salinan IC pemandu / pemilik kereta
- Bilangan penumpang (termasuk pemandu) Senarai nama & ic number semua penumpang
Bermula dari 19/07/2016, semua tempahan tanpa bayaran akan dibatalkan secara automatik oleh sistem 3 hari sebelum tarikh berlepas sebenar tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Sila baca terma dan syarat LAE untuk maklumat lanjut.
Kesemua dokumen yang diperlukan seperti salinan fotostat Kad Pendaftaran Kenderaan dan Kad Pengenalan (Kedua-dua Sisi) melalui Faks/Emel/WhatsApp sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh berlepas bagi penyediaan borang kastam.
Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan tempahan DIBATALKAN dan TIADA PEMULANGAN akan dilakukan
Bagaimana Mengatur Penghantaran Kenderaan melalui Perkhidmatan RORO:
- Sebelum menghantar kenderaan, pastikan anda menghubungi penyedia perkhidmatan RORO di Langkawi. Dapatkan maklumat lanjut mengenai jenis kenderaan yang dibenarkan, yuran pengangkutan, serta prosedur yang perlu diikuti.
Tips untuk untuk perjalanan yang Lancar:
- Untuk mengelakkan kelewatan, datang lebih awal di pelabuhan feri.
- Semasa mengemas kenderaan, pastikan semua barang di dalamnya diikat dengan baik untuk mengelakkan kerosakan semasa pengangkutan.
Menguruskan Isu dan Kecemasan:
- Simpan nombor penyedia perkhidmatan RORO di Langkawi di telefon anda untuk sebarang kecemasan semasa pengangkutan.
- Jika berlaku sebarang masalah semasa proses pengangkutan, rujuk kepada panduan penuh atau hubungi penyedia perkhidmatan untuk mendapatkan bantuan.
Harga Perkhidmatan RORO Langkawi
Terdapat 2 kos yang perlu dimasukkan dalam bajet korang, yakni kenderaaan dan juga jumlah penumpang yang menaiki kenderaan
Harga yang dikenakan untuk kendaeraan
Jenis Kenderaan | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Motorsikal 125 CC ke Bawah | RM55 | RM100 |
Motorsikal 250 CC ke Bawah | RM66 | RM122 |
Motorsikal 500 CC ke Bawah | RM93 | RM176 |
Motorsikal 501 CC ke atas | RM115 | RM210 |
Kereta Sedan 1,500 CC Ke Bawah | RM145 | RM280 |
Kereta Sedan 2,000 CC Ke Bawah | RM178 | RM336 |
Kereta Sedan 3,000 CC Ke Bawah | RM222 | RM424 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 2,000CC | RM200 | RM380 |
MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up Below 3,000CC | RM222 | RM434 |
Harga penumpang
Penumpang | Sehala | Pergi Balik |
---|---|---|
Dewasa | RM21 | RM42 |
Kanak-kanak (1 tahun – 12 tahun) | RM16 | RM32 |
Bayi (1 Tahun ke bawah) | RM3 | RM6 |
Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM13 | RM26 |
Harga lain boleh rujuk di sini: http://www.langkawiroro.com/fare.html
Contoh Jadual roro service langkawi
Sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan roro service langkawi, boleh refer langkawi auto untuk dapatkan jadual terkini . Korang boleh refer anggaran masa bergerak tersebut, untuk yang terkini boleh masuk website mereka.
Nota: Panduan ini adalah sebagai panduan am. Pastikan anda merujuk kepada penyedia perkhidmatan RORO untuk maklumat terkini dan tepat sebelum membuat pengangkutan kenderaan anda.
Dengan panduan ini, anda akan dapat menguruskan pengangkutan kenderaan anda ke dan dari Langkawi dengan lebih lancar dan berkesan. Jangan ragu untuk menggunakan perkhidmatan RORO untuk pengalaman pengangkutan yang mudah dan berpatutan!
BACA : jnt johor
No Comment! Be the first one.