Sinopsis Drama Kerasnya Takdir | Kerasnya takdir mengisahkan tentang seorang wanita, Intan Nurjiha (Jiha), yang lemah lembut perwatakannya dan amat sesuai dilakonkan oleh Amyra Rosli sebagai pelakon utama untuk drama ini yang akan bersiaran pada 22 April 2023 nanti.
Table Of Content
Sejak dari kecil Jiha kehilangan ibu bapanya dan dibesarkan oleh makcik dan kakak saudaranya. Disebabkan itu, Jiha cepat matang dan pandai berdikari sehingga boleh buka bisnesnya sendiri di Kuala Lumpur.
Walaupun sentiasa positif, kadang-kadang Jiha terduduk juga kerana tidak tahan dgn keras takdir hidupnya.
Titik Permulaaan Cinta Jiha dan Syed Munir
Nasib dia agak baik bila bertemu dengan Syed Munir dari golongan yang berada, namun dia hanya bergaya casual dan lebih memilik konsep simple elegant. Pertemuan Syed Munir dgn Jiha buatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Pelik, sebab dia tahu, dia sendiri susah untuk jatuh cinta.
Sememangnya dia lebih sukakan perempuan yg berdikari dan ada matlamat hidup, bukannya perempuan yang sentiasa nak bermanja dan dibelai.
Lebih menggembirakan, bila dia tahu Jiha ada bisnes tersendiri. Tak silaplah, Jiha memang ada ciri perempuan yang dia suka.
Hubungan yg bermula sebagai kawan antara Syed Munir & Jiha menjadi tanda tanya buat Syarifah Aminah & Syarifah Emilia. Sampailah satu hari, Jiha kena ‘sound’ untuk tidak dekatkan diri dengan Syed Munir. Barulah Syed Munir tahu Bondanya bercadang nak satukan dia dgn Syarifah Emilia, tapi dia tak suka.
Jiha bukan calon menantu pilihan
Kalau diberi pilihan antara Syarifah Emilia & Jiha, dia akan lebih memilih Jiha.
Perbuatan Syed Munir yg tak mengendahkan ‘jodoh pilihan’ Bondanya buatkan dia terjerat dalam plan tangkap khalwat Bondanya. Pada hari pernikahan dia dgn Syarifah Emilia, Syed Munir bawa Jiha dan perkenalkan dia sebagai bakal isteri.
Maka hebohlah suasana di rumah Syarifah Aminah sampai Jiha dihalau. Akhirnya, Syed Munir & Jiha selamat bergelar suami isteri tanpa pengetahuan keluarganya.
Kerasnya Takdir hidup Jiha
Namun, hidup suami isteri tak seindah yg mereka jangka. Syarifah Aminah masih tak dapat terima perkahwinan mereka sehingga Syarifah Saleha lahir sekalipun, dia tak mengaku keturunan dia. Lebih bertambah konflik apabila satu hari, Syed Munir terlibat dalam satu kemalangan hingga buatkan dia lumpuh.
Dalam masa yg sama, kehadiran Athif yang membantu Jiha terbitkan rasa cemburu dalam diri Syed Munir sepanjang dia terlantar. Kehadiran Athif sebenarnya banyak membantu Jiha ringankan bebannya dalam menjaga suami dan anak.
Bagi Jiha, Athif adalah tempat mengadunya. Namun Syed Munir masih tegakkan rasa ego dan cemburunya. Hari makin hari, Syed Munir tak merasakan lagi indahnya bahagia dalam perkahwinan mereka. Walau apapun Jiha buat untuk dia dan anaknya, Syed Munir tetap rasa terpinggir. Ditambah pula dgn hasutan Syarifah Mastura yg bangkitkan pasal Jiha & Athif, amarahnya makin memuncak.
BACA : Sinopsis Sekali Aku Bahagia
Syed Munir mula tawar hati
Sehinggalah satu hari, Syed Munir tawar hati dan buat keputusan untuk pulang semula pada keluarganya. Kerasnya takdir Jiha, Syarifah Aminah sanggup ambil harta yg paling bermakna dalam hidup dia iaitu suami dan juga anaknya. Hampir setiap hari Jiha ke rumah mentuanya, merayu untuk pulangkan suami dan anaknya.
Walau macam mana rayuan Jiha, Syarifah Aminah tetap dgn keputusannya.
Akhirnya, Jiha jadi gila disebabkan tekanan hidupnya. Sepanjang keadaan dia begitu, Athif & Umairah lah yang banyak tolong dia sampai sembuh. 6 tahun kemudian, Syarifah Saleha dibesarkan oleh Jijiran & Syed Murad.
Jiha akhirnya terjumpa dengan anaknya
Sehinggalah satu hari, Jiha terjumpa dgn Saleha sebab tertarik dgn Saleha yg pandai buat scented candle sendiri. Lama kelamaan, dia tahu Saleha adalah anak kandung dia.
Namun, akibat pergolakan hubungan dia dgn Syed Munir, Jiha akhirnya failkan cerai dan tuntut penjagaan Saleha.
Syed Munir sedar dia tak boleh hidup tanpa isteri dan anaknya. Lama kelamaan, dia minta tolong dgn Athif. Dengan bantuan Saleha sebagai ‘orang tengah’, akhirnya Syed Munir dan Jiha bersatu kembali demi anak mereka yg kekurangan kasih sayang ayah dan ibu.
“Takdir dulu memisahkan kita. Tapi takdir itu jugalah yg kuatkan ikatan jodoh kita sampai hari ini. Saya tak sempurna macam yg awak mahu. Tapi, saya akan cuba melengkapi seperti yg Tuhan mahu. Kerasnya takdir, kuat lagi ikatan jodoh kita”….
Novel Kerasnya Takdir
Hasil nukilan sahabat baik aku Haitun Kamarazaman yang telah melahirkan banyak novel novel hebat
Info Kerasnya Takdir
- Episod: 28
- Tarikh Tayangan: 2023
- Waktu Siaran: Isnin-Jumaat,7:00 malam
- Rangkaian: Akasia TV3
- Penulis Skrip: Nieza Nahar
- Pengarah: Emi Suffian
- Produksi: Creative Skill Solution
- Pelakon: Amyra Rosli, Redza Rosli, Kartina Aziz, Halim Radzi, Mia Nasir, Azlee Khairi, Rita Rudaini, Husna Mustaffa, Zarynn Min
Pelakon Kerasnya Takdir
- Amyra Rosli sebagai Jeha
- Redza Rosli sebagai Syed Munir
- Kartina Aziz sebagai Syarifah Aminah
- Mia Nasir sebagai Syarifah Emelia
No Comment! Be the first one.