Ramai anak muda bila dah mula kerja, memang tak sabar-sabar nak beli kereta. Kira macam satu achievementlah kan. Tapi korang tahu tak, kalau salah percaturan akan membawa masalah pada diri sendiri dikemudian hari
Table Of Content
Untuk layak dan lulus, tak susah mana. Tapi yang layak tak semestinya mampu. Kena tahu cara beli kereta baru dan kereta second hand. Dan sesekali amik risiko sambung bayar kereta orang
Bila ramai yang main tangkap muat, sebab itu ramai orang terperangkap dalam hutang kereta dan segala macam jenis hutang bank. Mereka semua asalnya adalah daripada kalangan mereka yang layak dan pernah lulus permohonan untuk memohon hutang dengan bank.
Aku memang suka baca tips-tips kewangan sambil tu aku gelakkan diri aku apa yang dah buat salah. Kiranya dalam blog aku ni banyak jugak perkongsiaan pasal kewangan sebab aku rasa ralat benda ni tak diajar pada zaman sekolah. Mak bapak pun tak de buat perkongsiaan ini dengan anak-anak.
Okay korang nak beli jugak jugak kereta so aku bagi korang hadam dulu apa yang perlu korang tahu rencah rencah bila dah jadi tuan punya kereta nanti. Ini simple formula kalau betul bersedia nak beli kereta. kena tahu gaji minimum beli kereta
Formula cara beli kereta baru
Kalau betul korang nak beli kereta korang cuba pakai formula ni
20 : 5 : 15
- Min Deposit 20%
- Max 7 tahun loan
- Max 15% daripada gaji
Hurmm.. masih tak paham atau tak puas hati, nah ini formula cara nak beli kereta. Tips ni dari afyan mat rawi.
Tips Beli Kereta
- Jika anda berhasrat untuk membeli kereta AXIA baru ini pastikan pendapatan bulanan anda sekurang-kurangnya 3,216.67.
- Rule of thumb untuk membeli kereta ialah harga kereta bersamaan 12 bulan gaji atau pendapatan. Jika lebih, ia hanyalah hasutan.
- Kereta adalah alat untuk bergerak dari titik A ke titik B tidak lebih daripada itu. Selebihnya, bukan lagi keperluan tapi kemahuan sahaja tu.
- Berdasarkan statistik daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, hutang kereta antara penyebab kes bankrapsi malah pernah mencatatkan kes paling tinggi berbanding hutang kad kredit, hutang personal financing, hutang rumah dan lain-lain.
- Kereta ialah alat bukan matlamat. Tanpa kereta kita masih ada cara lain untuk bergerak.
- Sekiranya ansuran kereta melebihi 15% daripada pendapatan bulanan, selalunya ia akan menjadi beban kepada kita. Lagi tinggi lagi banyak bebanannya.
- Kos membeli dan membela kereta bukan sekadar ansuran bulanan tapi ada lagi kos-kos lain seperti petrol, tol, parking, servis, aksesori, car wash, takaful, roadtax dan sebagainya.
- Biar pakai kereta murah di waktu muda, asalkan hidup selesa di hari tua. Daripada beli kereta mahal di waktu muda tapi menyesal di hari tua.
- Nak beli kereta mahal? Mahalkan gaji dan pendapatan kita dulu, barulah beli kereta mahal.
- Beli kereta tak salah, tapi ramai membeli kereta yang salah.
- Salah beli kereta, ia akan membawa kita menuju ke #nerakawang
Kereta mampu milik untuk golongan M40 seperti aku
Kereta mampu milik M40. Satu benda yang aku rasa aku buat keputusan yang betul adalah menunda keinginan untuk membeli kereta mahal. Kereta pertama kami laki bini adalah Mitsubishi COLT kepunyaan ayah mertua.
Fuh lepas belajar umur 24 tahun mestilah nak kena simpan duit nak kahwin, kalau aku beli kereta dulu memang umur 30 tahun kut baru aku kahwin
So key point dia tunda…. tunda sahaja keinginan itu.
Imej di bawah ini adalah sejarah pemilikan kereta kami selama 23 tahun berkahwin
Apa yang orang lupa
Ada orang bila beli kereta dia cuma fikir pasal Down Payment & Monthly Installment. Dah lepas loan tu dia seronoklah fikir bayar 5 6 ratus je monthly.
Ini serius punya cerita
- Dia fikir monthly 500 tu murah dan fixed dah, yang dia tak fikir kereta pun ada services dan barang tertentu perlu ditukar bila sampai masanya.
- Contoh macam kos tambahan kereta adalah Servis, Tayar, Bateri dan lain² kerosakan
- Alza aku minor services 200-250, major pulak boleh pergi ke 500.
- Myvi major servis boleh cecah 500-800
- Honda boleh sampai 2000
- Insurans dan Road tax yang kena bayar setiap tahun
- Kalau accident kecil takkan nak claim insurans? so kena standby duit juga
Masa muda ni. Pakai je la kereta murah cukup la. Contohnya Proton Saga 2022
So tanya betu-betul diri bila nak beli kereta tu
- Kehendak dalam Keperluan.
- Beli kereta adalah satu keperluan. Tapi membeli Mercedes adalah satu kehendak.
- Beli rumah adalah satu keperluan. Tapi membeli banglo adalah satu kehendak.
- Beli makanan adalah satu keperluan. Tapi membeli wagyu A5 adalah satu kehendak.
- Beli minuman adalah satu keperluan. Tapi membeli starbuck adalah satu kehendak.
- Beli pakaian adalah satu keperluan. Tapi membeli brand Gucci adalah satu kehendak.
Boleh untuk memenuhi kehendak, tetapi sentiasa lah kita menjaga kewangan kita, jangan sampai kita terciduk suatu hari nanti.
Live Within Your Means
Bagus info ni – tips untuk anak-anak muda supaya tak terjebak dengan masalah kewangan di kemudian hari
tapi itulah tak semua orang amik tahu