Buffet Ramadhan dibawah RM100 dibawa khas oleh Selera Nusantara Catering khas untuk Buffet ramadhan 2023 ini. Bertempat di dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, dan ianya merupakan satu lokasi yang sangat popular dengan pelbagai acara dan keramaian.
Table Of Content
Buffet Ramadhan ini akan bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam
Kalau korang nak cari buffet ramadhan bawah RM100 inilah tempatnya kalau korang nak berkumpul bersama sahabat handai atau bersama keluarga di “Selera Nusantara” by Nusantara Catering And Event di Dewan Bankuet MBSA.
Review masakan selera nusantara yang memang enak
Personally bagi aku, jumlah atau juadah makanan sedang-sedang elok untuk kemampuan perut kita dan jugak yang paling penting “berasa” sungguh masakannya
Suapan pertama yang masuk mulut sis pun dah terasa cukup rasa, malah better dari sesetengah masakan hotel.
Pada mulanya aku mengandaikan denga setting makanan yang agak biasa aku terus meraskan pastinya juadahnya biasa seperti hotel-hotel lain, rupanya aku silap. Kebanyakan menu menu disediakan sangat-sangat menyelerakan. cukup rasa manis, garam dan rempahnya. Dengan kata lain berbaloi baloi dengan harganya, dengan kemampuan untuk kita makan sewaktu bulan ramadhan.
Just nice!
Diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian
Sajian Buffet Ramadhan yang disediakan
Seperti yang aku nyatakan sebelum ini terdapat lebih 100 sajian.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.
Buat pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.
Selain dari itu terdapat 7 stall yang akan menyediakan juadah iftar ramadhan kali ini.
- Stall 1
- Kambing golek
- Ayam dara
- Stall 2
- Dim sum
- Stall 3
- Murtabak ayam/daging
- roti john
- Stall 4
- Kuew teow penang
- Mee goreng mamak
- Stall 5
- BUbur kacang hijau, pulut hitam, pengat pisang
- Stall 6
- Cendok mamu dan ABC
- Stall 7
- Pancuran coklat dan buah buahan
Antara menu yang paling aku suka, ketam masak kam heong, ayam masak lemak cili padi + pucuk ubi rasanya , ikan bawal masak sambal serta pelbagai kuih muih tradisional Melayu yg simple tapi sedap
Kambing golek tu agak special sebab terasa “juicy” and tidak kering. Cantik sangat kejadian kambing golek tersebut, aku rasa peminat peminat kambing mungkin paham apa yang aku ingin sampaikan. Dagingnya lembut dan manis daging tu memang terasa sedapnya
Eh rojak pasembur jangan lupa. ! Nasib baik aku tak terlepas rasa keenakan rojak pasembur. Gara-gara rakan sis si cantik manis myzanjourney.com mengambil satu pinggan rojak pasembur dan makan dengan amat menyelerakan jadi tanpa lengah aku pun terus ‘sauk’ satu bahagian pinggan aku. Kuahnya memang pelengkap rasa, dan juga cucur keropok yang sangat rangup.
Pastikan korang ambil tau.
Eh Satu lagi aku tak pasti nama kuih tersebut, tapi ada cendol hahah. itu pun aku layan dalam 4 biji.
Jangan lepas peluang, rebutlah harga promosi pembukaan serendah RM 88.00 sahaja sehingga 23 March 2023.
Buffet Ramadhan bawah RM100
- Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.
- Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.
- Bermula 24 Mac 2023, Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak.
- Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.
- Buat tempahan sekarang! wasap.my/601154040385/BuffetRamadan2023
- Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 – Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com
- Tiktok: www.tiktok.com/nusantaracatering.event
- FB: www.facebook.com/Nusantaracatering.event IG: www.instagram.com/nusantaracatering.event
Kemudahan di Dewan MBSA Shah Alam
Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU, kids zone dan juga berhawa dingin.
Untuk yang nak bawak anak-anak tu jangan risau, kids zone ni memang sesuai untuk ibu bapa menjamu selera sewaktu anak anak leka bermain di kawasan tersebut
Insyallah ibu bapa boleh makan dengan tenang.
kalau korang nak tengok lagi pilihan hotel yang lain boleh rujuk entri Buffet Ramadhan 2023 lengkap dari hotel 5 bintang hingga restoran.
Tapi kalau mencari buffet ramadhan bawah RM100 inilah tempatnya yang korang wajib cuba dan paling best suraunya besar dan berdekatan sangat dengan dewan makan ini.
No Comment! Be the first one.