Dah ready nak raya ? Bulan depan dah nak masuk bulan puasa. lepas tu tup tup dan raya. Salah satu aspek yang paling menarik dalam sambutan Raya adalah memilih pakaian yang sempurna. Trend warna baju Raya 2023 sudah menjadi perbualan hangat, dengan ramai yang menantikan untuk memilih trend fesyen terkini. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan tentang trend warna baju Raya 2023 yang menjadi tumpuan ramai.
Table Of Content
Hari raya aidilfitri merupakan perayaan yang paling besar untuk umat Islam di seluruh dunia. Musim perayaan ini terkenal dengan tradisi dan adat yang unik, seperti memakai baju baru, melawat keluarga dan rakan, dan menikmati makanan yang sedap.
Kalau untuk budak-budak haruslah tak sabar nak kutip duit raya.
Tema Raya 2023
Untuk emak-emak tak sabar nak beli baju baru dan menghias rumah cuma untuk orang seperti aku ni, hanya special occasion raya dan kenduri sahaja akan membeli baju baru. Sekarang aku memang sedikit particular bab warna ni, sebab mata tu sakit je kalau tak nampak synchronise. Kalau amik gambar baru senada je nampak. Design baju raya 2023 ni pun tengok lawa-lawa juga memang kita trending lah tema baju raya 2023 kali ni
Tapi setengah orang tak kisah pun kan, aku je yang ‘kisah’ lebih sebab kepuasan sendiri. Bukan nak impressed sesiapa pun. Or maybe ada baju lama apa kata korang mix and match. Beri nafas baru mengikut warna trend ini
So agak-agaknya apakah trend warna baju raya tahun ini yer. Kiranya warna baju raya terkini yang ramai orang nak follow
Ini antara observation aku melalui IG yang menjual baju dan Event yang aku pernah hadiri, dan juga fashion design dekat NY tu
Warna-Warna Terkini Untuk Baju Raya 2023
- Lilac
- Magenta /orchid flower
- Kuning Mustard
- Biru Petrol
- Hijau Green tea / Jade
- Hitam Klasik
- Oren Terracotta
- Pink Coral
- Coklat Tiramisu
Kenapa Warna-Warna Ini Begitu Popular?
Warna-warna terkini untuk baju Raya 2023 adalah gabungan yang sempurna antara warna-warna yang ceria dan menenangkan. Magenta, misalnya, memberikan kesan yang feminin dan anggun, sementara kuning mustard memberikan kesan yang berani dan menyeronokkan.
Biru petrol dan hijau green tea memberikan kesan yang tenang dan menyegarkan, sementara ungu lavender dan hitam klasik memberikan kesan yang elegan dan misteri.
Oren terracotta, pink coral, coklat tiramisu dan krim salji pula memberikan kesan yang lembut dan mempesonakan.
Warna biasa tu pasti dah penuh almarikan !
Apa kata cuba yang kelainan pula.
Bagaimana Untuk Memadankan Warna Baju Raya?
Memadankan warna baju Raya 2023 sangat mudah jika anda tahu cara yang betul. Korang boleh memadankan warna yang serasi seperti lilac dengan putih atau biru, kuning mustard dengan biru laut atau hitam, hijau lumut dengan kuning atau coklat, ungu lavender dengan putih atau hitam, dan hitam klasik dengan warna pastel.
Korang juga boleh mencuba kombinasi yang berani dengan memadankan oren terracotta dengan biru elektrik atau hijau neon, atau pink coral dengan coklat atau magenta.
Tips Untuk Memilih Warna Baju Raya
Memilih warna baju Raya yang sesuai dengan kulit dan personaliti anda adalah penting untuk mencipta kesan yang positif. So ini adalah beberapa tips yang boleh membantu anda dalam memilih warna baju Raya:
- Tahu jenis kulit – kulit sawo matang lebih sesuai dengan warna yang cerah seperti merah, kuning, dan oren, sementara kulit cerah lebih sesuai dengan warna yang lembut seperti pastel dan coklat.
- Fokus pada warna yang disukai – pilih warna yang anda sukai dan yang membuatkan anda berasa selesa dan yakin.
- Pertimbangkan warna yang sedang trend – jika anda ingin memastikan bahawa baju Raya anda mencerminkan trend terkini, pilih warna yang popular pada musim ini.
- Jangan takut untuk mencuba kombinasi warna – jangan terikat dengan aturan tradisional dalam memadankan warna baju Raya. Percubaan kombinasi warna yang berani boleh menghasilkan hasil yang menarik dan unik.
- Gaya dan warna mengikut umur – Ini faktor yang penting, sebab kalau terlebih umur pulak tak kena gaya
Kesimpulan untuk pilihan Trend Warna Baju Raya
Trend warna baju Raya 2023 memberikan pelbagai pilihan warna yang menarik, menggabungkan antara warna yang ceria dan menenangkan. Warna-warna terkini ini memberikan kesan yang feminin, anggun, berani, misteri, lembut, dan mempesonakan.
Penting untuk memilih warna yang sesuai dengan kulit dan personaliti anda, dan jangan takut untuk mencuba kombinasi warna yang berani. Pastikan anda memilih baju Raya yang mempunyai kesan yang positif dan memberikan keyakinan pada diri anda.
Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk memilih warna baju Raya yang sesuai dengan trend terkini dan memberikan kesan yang positif pada diri anda. Yang penting orang muda dan tua cantik mengikut usia. Jangan terlebih atau terkurang, nak tau tips seterusnya boleh baca 10 Tips untuk nampak kekal muda walau diusia tua pula
Ingatlah bahawa memilih warna baju Raya yang tepat adalah penting untuk memberikan kesan yang menarik dan memberikan keyakinan pada diri anda. Perghhh.. ayat hahaha
Tapi betulkan ?
Warna memang memainkan peranan yang penting untuk kita.
Jangan takut untuk mencuba warna-warna baru dan mencipta kombinasi warna yang unik. Pastikan anda memilih warna yang sesuai dengan kulit dan personaliti anda, dan jangan terikat dengan aturan tradisional dalam memadankan warna.
Selamat memilih warna baju Raya 2023 yang sesuai dengan diri korang !
Baju raya kedua dah beli utk yg girl, yg anak lelaki xbeli lagi. Utk raya pertama pulak utk anak lelaki dah beli yang girl belum lagi