Mencari sunscreen terbaik untuk kita kadang tu pening juga. Ada yang bersifat oily, ada yang bersifat ‘watery’ dan harganya pun bukan kaleng-kaleng yer. Macam-macam aku dah cuba aku tambah-tambaha aku ada masalah jeragat yang agak serius juga, tapi hehhe tapi aku ni consider pakai bila terlewat dah. Nak tahu cerita kenalah baca abis kan.
Table Of Content
Tetapi berapa ramai yang ada kesedaran untuk memakan sunscreen ini berbanding penggunaan make up atau basic penjagaa muka ? berapa orang tahu cara jaga kulit muka yang betul
Sepatutnya kepentingan penggunaan sunscreen adalah sesuatu yang perlu dititik beratkan kepada semua orang. Ianya adalah produk perlindungan matahari yang digunakan untuk melindungi kulit dari sinaran UV.
Terdapat dalam berbagai bentuk seperti lotion, gel, spray, dan lain-lain dan Ianya juga dikenali dengan nama sunblock
Kepentingan Penggunaan Sunscreen
Seperti yang aku cakap di atas tidak semua memahami penggunaan sunscreen adalah penting untuk melindungi kulit dari kesan buruk sinaran UV, termasuk kerosakan kulit, penuaan, dan risiko kanser kulit.
Percayalah, Ianya adalah suatu yang asas dalam rutin harian penjagaan muka baik lelaki atau pun perempuan.
Kalau dah malas sangat atau degil tolonglah buat 2 rutin utama yang tak boleh tidak ditinggalkan, Moisturiser dan Sunscreen.
Realitinya kita manusia hanya ada rasa takut atau kerisauan bilama sesuatu berlaku kepada kita haah.. contohnya aku sendirii hahahha
Aku tidak pernah mengetahui betapa pentingnya sunscreen ini sehingga umur 36 tahun. hampir separuh abad.
Tidak pernah tahu Sunscreen itu penting!
aku
Dahulu, aku hanya tahun pakai suncreen atau sunblock ini setiap kali pergi ke pantai sahaja hahha. Kiranya tiada pendedahan yang kuat.
Jadi ianya berlaku pada aku bilamana jeragat atau melasma bertambah merebak kesan daripada tidak menerapkan rutin ini sewaktu zaman remaja. Kesan kegagalan pemakaian sunscreen ini hanya terlihat sewaktu usia berumur dan akhirya terpaksa mengeluarkan kos rawatan laser jeragat yang banyak pulak dan tidak fully berjaya huhuhu
Sejak dari itu aku banyak buat study sendiri, maka lahirlah beberapa entri yang berkaitan dengan jeragat.
- laser tidak semestinya dapat menghapuskan jeragat
- Ingatkan jeragat, rupanya aku Legtines dan melasma
- Rawat masalah pigmentasi di klinik Premier
- Pigmentasi oh pigmentasi, aku dah panik attack
- 10 tips rawat pigmentasi cara remedi di rumah
Dan setelah dah pakai macam-macam sunscreen, akhirnya aku pakai yang ini bilamana wife kawan aku jadi testimoni terhebat, alkisahnya sewaktu dia orang cycling ramai dengan pelbagai jenis sunscreen hanya wife dia sahaja muka tidak berbelang.
Tapi harganya ya ampun.. mahal.. demi jaga muka… terpaksalah invest
Memahami Sinaran UV dan kesan mereka ke atas kulit
Mungkin lebih baik untuk menerangkan secara saintifik bagaimana sinaran UV memberikan kesan impak yang kuat kepada kulit kita.
1. Jenis Sinaran UV:
Terdapat dua jenis sinaran UV yang boleh mempengaruhi kulit, iaitu sinaran UV-A dan UV-B. Sinaran UV-A memasuki kulit dengan dalam dan boleh menyebabkan kerusakan DNA pada sel-sel kulit, sementara sinaran UV-B boleh membakar kulit.
2. Bagaimana Sinaran UV merosakkan kulit:
Sinaran UV boleh menyebabkan kulit menjadi merah dan terbakar, dan jangka panjang boleh menyebabkan kulit menjadi kendur dan mengalami tanda-tanda penuaan diri. Sinaran UV juga boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Risiko kesihatan yang berkaitan dengan terdedah ke terlalu banyak matahari: Terdedah terlalu banyak matahari boleh menyebabkan kulit terbakar, membuatkan kulit kendur dan kasar, dan meningkatkan risiko kanser kulit.
Kelebihan Sunscreen
- Perlindungan terhadap Sinaran UV: Penggunaan sunscreen membantu melindungi kulit dari kesan buruk sinaran UV. Ini membantu mencegah kulit terbakar dan memperlambat tanda-tanda penuaan dini.
- Penghindaran penuaan kulit dan kedutan: Sunscreen membantu mencegah kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV, yang boleh menyebabkan tanda-tanda penuaan dini seperti kerutan dan kulit kendur.
- Penurunan risiko kanser kulit: Penggunaan sunscreen yang betul boleh membantu mengurangkan risiko kanser kulit.
- Perlindungan kulit dari rosak lain: Selain melindungi kulit dari sinaran UV, sunscreen juga boleh membantu melindungi kulit dari kerosakan lain
Pilihan Sunscreen terbaik di pasaran dan mampu milik
Tidak kira berapa harganya cuba dapatkan dan beli sunscreen terbaik untuk sendiri atau anak-anak juga. Teringat pula sewaktu aku pergi ke rumah kawan di Perth, betapa anak-anak sendiri akan meminta untuk disapukan sunscreen terlebih dahulu sebelum keluar rumah.
errr….. tapi di negara kita nampaknya masih jauh rutin dan budaya seperti ini. Jadi kalau mak-mak yang baca entri aku ini sila lah amik langkah untuk educate anak anak yer.
Macam kawan aku sorang ni, walaupun dia hanya surirumah dia pilih Sunscreen wardah sebab Sunscreen muka bagus murah sesuai dengan bajet dia . Iyer .. duduk rumah pun kena pakai uolls, sebab terdedah dengan bahang sewaktu memasak juga.
Tapi untuk golongan remaja atau BBNU ni aku rasa ramai dah ada kesedaran bilamana banyak pendedahan di kalangan influencer dan blogger . Thank to them, kalau tak semua amik mudah kan
So, simple survey di kalangan kawan-kawan aku brand apa yang mereka pakai, ada yang memilih suncreen watson dan juga brand brand yang hebat seperti shiseido .
Dari harga RM10 hinggalah ratusan. Pokoknya mesti pakai !
- Suncreen wardah
- Aqua sunscreen
- Young and Living sunscreen
- Shiseido sunscreen
- Biore sunscreen
- Mark Kay sunscreen
Kalau lebih baik dapat cari mengikut[ilihan seperti sunscreen untuk kulit berjerawat atau sunscreen for oily skin atau sunsreen untuk kulit berminyak. Tapi eh! mungkin ada yang pilihan sunscreen untuk kulit kombinasi juga kan
Kalau nampak entri aku ni boleh tak korang komen sikit pengalaman korang dalam mencari sunscreen yang sesuai dan sunscreen yang terbaik utuk korang
Rawatan Laser Jeragat
Kalau korang tak nak habis duit untuk Rawatan Laser Jeragat, aku sarankan korang jagalah muka tu betul-betul. Harganya bukan kaleng kaleng yer.
Masalah tiada penjagaan muka, tidak pakai sunscreen confirm korang akan ada masalah jeragat nanti. Kalau korang nak faham apa itu jeragat boleh baca entri aku berkenaaan Rawatan Laser Jeragat
Kesimpulannya, tolonglah pakai sunscreen atau korang panggil sunblock ni. Tak kiralah apa brand, pastikan korang dapat sunscreen yang terbaik dan sesuai dengan korang. Jangan jadi seperti aku sekarang ni struggle nak cari treament atau rawatan merawat jeragat. Dah habis ribu riban tau! nih aku nak aim pi rawatan HIFU juga, untuk naikkan atau lifting muka dan boostkan kolagen
Gitulah orang tua hahahha
So korang muda-muda jangan deget
Setuju!
Dulu masa zaman sekolah-universiti tak ada kesedaran dan kalau ada pun, duit nak nak makan tu lebih penting dari nak beli sunblock. Huhu! sekarang ini baru dok sibuk sapu sunblock setiap masa. Suka brand Biore UV yang ada Light up essence tu ( Aqua Rich ).
kannn….. haih.. tapi masa tak boleh diundur huhuhu
Dulu² mana ada kesedaran nak jaga kulit. Kalau dulu ada social media mesti kita pandai jaga kulit kan.