30 tips Swiss Pass Travel dari abam Anas yang dah banyak kali repeat swiss ni memang buat hati getar woo. Aku memang follow rapat abam anas ni sebab berangan nak ulang balik pergi ke Swiss bila ada rezeki nanti. Paling sakit hati sebab abam anas ni dia buat macam balik kampung jer pergi swiss, mahal kut kos pi sana tapi itulah dia ada tips yang best kita boleh follow
Tersangatlah ‘jeles’ tau.
Trip Europe 2010 dahulu
Swiss ni punyalah cantik, rasa macam tengok dalam painting. Memang dulu selalu berangan nak melancong ke swiss. Jadinya aku dapat tour Europe 4 negara dalam tahun 2010, Swiss ni aku touch and go sahaja sebab tersangat mahal huhu. Nak simpan bag dalam locker di train station pun dekat RM20.00 untuk masa sejam. Masa tak jumpa lagi cara bajet ke swiss ni.
So dari France kami singgah di Geneva dan Lucern dalam masa 10 jam sahaja kut, dan selepas itu berangkat ke MILAN.
Kemudian terjumpalah 30 tips Swiss Pass Travel yang best ni, and opkoslah kita kena simpan dalam diari digital ni. mana tahu nak ulang pergi dalam masa terdekat nih hahahah .
Jom kita sama-sama menelaah mana tahu tiba-tiba dapat tiket murah. Aku simpan sini , korang pun jumpa kan !
30 tips Swiss Pass Travel
- Tips bagi mereka yang berminat naik public transport dan menggunakan Swiss Pass Travel sepenuhnya.
- Pastikan kita membeli kepala plug adaptor awal di Malaysia sebab plug di sana tersangatlah mahal. Harga di pasaraya Kiosk Swiss RM200 yer. Kalau di Pasaraya Migros agak murah sedikit. Beli awal di Klia atau shoppe.
- Barangan basah seperti roti, telur dan beras udang dan lain lain sekiranya kita tinggal di hostel yang boleh memasak atau di Airbnb. Beras basmathi dalam 4chf sekilo, telur 10 biji dalam 3chf sahaja.
- Perbandingan pasaraya Migros dan Kiosk, Migros lebih murah dan menjimatkan serta banyak pilihan.
- Tips beberapa kali untuk memudahkan urusan di Airport sana, usaha sebaik mungkin menegur terlebih dahulu dengan menggunakan Bahasa Jerman. Perkataan Hallo, Guten Morgen, Guten Tag, Tschus, Auf widersehen, danke dan beberapa perkataan lain mudah menambat hati pegawai imigresen di sana. Pegawai di sana siap melawak gelak2 sambil cop passport. Berdasarkan pengalaman kali ke-7. 60 % penduduk menggunakan Bahasa Jerman.
- Perbelanjaan di sana sepenuhnya menggunakan debit kad tanpa membawa cash di tangan disebabkan terjadi satu tragedi di aiport . jadi debit kad pun dah memadai di sana.
- Nak jimat sila bawa termos air panas, nescafe atau kopi 3 in 1, dan milo paket serta cawan kertas pakai buang. Waima di mana sahaja, atas keretapi hingga ke Kawasan pergunungan lalu turun rehlah di tepi tasik boleh bancuh air dan tak perlu beli kopi2 mahal. Dah boleh jimat 5-6 chf. Tea pun kami beli bancuh untuk minum malam2 di balkoni bilik. Satu kotak tea uncang baru 0.90chf. jangan lupa bawa gula stick dari sini sama. Kang pahit hidup di sana.
- Rancang lokasi yang wajib untuk luang dalam jangka masa yang lama. Hadkan masa di lokasi yang sekadar touch n go.
- Tips jimat bawa juga bekas tipuware pakai buang yer. Awal subuh kami masak di dapur hostel, dan lebihan masukkan dalam bekas untuk bekalan sepanjang hari perjalanan. Nasi dengan telur dadar beralasa sambal dari Malaysia pun dah nikmat untuk bekalan seharian.
- Kepercayaan dan keselamatan di Swiss sangatlah dijamin. Buktinya, sementara menanti cruise di Interlaken, kami tinggalkan luggage di tepi jeti dan keluar bersiar2 ke bandar Interlaken dan sejam kemudian masih lagi terjaga rapi. ( jangan ambil risiko).
- Dah kali ke 7 ni. Dapat disimpulkan bumi sebenar Swiss ialah Appenzell. Syurga dunia dengan bentuk muka bumi landai berbukit bukau hijau terbentang indah mempersona. Perjalanan dari Zurich lebih kurang 1 jam 30 minit dengan keretapi.
- Jangan sesekali cuba naik pengangkutan awam tanpa tiket dan pass sah. Nanti merana diri.
- Restoren halal kebab banyak dibuka dan terdapat di Luterbrunen, Brienz, Interlaken, Zermatt dan Zurich.
- Ada lokasi baru yang membolehkan pengguna STP naik dengan percuma ke lokasi berikut, pertama Stanserhorn Cabrio iaitu cable car terbuka. Naik furnikular dan tukar pula menaiki cable car ke atas. Kedua naik furnikular Stoos pun percuma bagi pemegang STP.
- Buat masa sekrang keadaan air di Lake Blausee agak keruh dan pengunjung akan diberikan harga tiket separuh harga sahaja.
- Usai di Lake Blausee terus ke Kenderstag dan naik Cable car ke Oschineselake. Pesanan khidmat masyarakat, kepada yang sakit lutut dan senagkatannya jangan cuba2 ke sana sebab terpaksa menapak jauh dari stesen cable car ke tasik tersebut. Tetapi ada opsyen lain iaitu shuttel disediakan dan berbayar. Boleh juga main gelongsor kat atas tu dengan bayaran 6chf.
- Pastikan semak keadaan cuaca seminggu sebelum ke sesuatu lokasi, sebab sangat2 memberikan mood untuk kita ke sesuatu lokasi. Kalau hujan dan berkabus, agak sedikit malang. Jadi boleh rancang awal.
- Di pekan Zermatt buat masa sekarang disediakan bas kepada pengunjung dan ianya percuma buat masa kini.
- Kalau nak beli coklat sebagai buah tangan boleh beli di Migross airport Zurich, coklat rasa standing Cadbury tapi murah dengan harga 0.50 chf pun dah boleh dapat.
- di lauterbrunen, pastikan kita naik bas dari stesen keretapi dan turun ke perkampungan terakhir iaitu Stechelberg. Lepas tu jalan kaki di kaki2 gunung bergerak Kembali ke Lauterbrunen. Penat memang penat, tapi sangat-sangat berbaloi kerana setiap lokasi ada spot yang amat amat cantik.
- Kalau ke Piz Gloria Schilithorn, dikenakan bayaran dan 50% diskaun kepada pemegang STP. Harga biasa RM 513 dan pemegang STP perlu bayar RM 203 mcm tu. 2 tahun dulu percuma ja ke sana. Sama juga ke Mount Titlis, hanya separuh bayaran jika pemegang STP.
- Andai ke Grindelwald, sila jalan kaki menelusuri jalan dan Lorong kampung untuk dapatkan spot yang cantik bergambar.
- Pukul 7 malam semua pasaraya dah tutup, dan penyelamat untuk malam2, kami bergantung kepada Kembara Meal dari Malaysia. Mudah dan cepat. Hanya masukkan air panas biarkan seketika dan panas terus boleh buka dan makan. Ke mana saja pasti saya bawa sebab memudahkan sungguh. Mana nak cari masak lemak daging salai di bumi swiss? Semuanya dengan pek Kembara Meal.
- Jika membawa kenalan yang umur 18 tahun ke bawah, pastikan sediakan surat rasmi kebenaran dari penjaga iaitu ibu atau ayah serta disahkan oleh pesuruhjaya sumpah beserta Salinan ic, surat beranak kedua ibu bapa. Pegawai Imigresen Swiss akan tanya dan minta sebagai bukti.
- Rezeki kali ni menjengah musim luruh dapat merasa buah epal fresh daripada pokok setelah beramah mesra dengan penduduk Lauterbrunen.
- Hidden Gem terbaru pastikan ke Rosenlaui, sebuah lokasi tanah rata tetapi berada di atas gunung yang tinggi. Perjalanan dengan bas dari stesen keretapi Meiringen dan ambil bas no 164. Bas terakhir jam 5 petang tak silap. Kalau memandu kereta agak mencabar dan berbahaya.
- Kepada mereka berumur 15 tahun dan ke bawah pengangkutan di sana adalah percuma. Tetapi kalau telah menjengah usia 16 tahun perlu bayar separuh harga pass dewasa.
- Pastikan makan Croissant berinti Nutella dan Ovamaltine yang paling sedap di bumi Swiss. Sila dapatkan di pasaraya Kiosk atau Migross.
- Bab hotel dan penginapan boleh rujuk untuk sebarang persoalan.
- Sekali ke swiss berkali-kali nak ke Swiss. Auf Widersehen.
Bila baca 30 tips Swiss Pass Travel nih macam senang sahajakan, macam murah jer kan, dengan kata lain ini macam cara bajet ke swiss.
eh! ahJOm lah kita susun and kumpul duit.
Seronok baca.. nak sampainya ntah bila.. kui3
Seronok dapat lihat pemandangan cantik di negara orang. Moga ada kelapangan dan dimurahkan rezeki untuk dapat pergi ke sana juga
Tengok gambar pun dah terasa cantik apatah lagi kalau sampai sendiri. Kagum dengan ciptaan Allah SWT.