Pengalaman rawatan laser untuk jeragat | aku nak kongsikan disini pengalaman hilangkan jeragat bahawa rawatan laser jeragat tak semestinya dapat bantu hapuskan jeragat degil di kawasan muka ni. Setelah hampir 1 tahun jalani rawatan ini secara ekstensif, barulah berani aku nak share pengalaman laser jeragat pad diri aku sendiri. Harga rawatan laser tu pelbagai, tapi aku dah habis beribulah jugak huhuh. Nanti aku cerita in details.
Table Of Content
Bukan sekadar review as blogger tetapi rawatan ini adalah dari wang aku sendiri. hehhe jangan ingat blogger dapat benda free sahaja tau
Aku berperang dengan masalah jeragat atau pigmentation ataupun melasma ini hampir 10 tahun kut. Kesilapan aku sendiri yang kurang pemakaian sunblock sewaktu zaman muda, kiranya pada saat itu aku memang tiada kesedaran lansung kepentingan sunblock ni.
So meh nak share pengalaman hilangkan jeragat ni, Aku ada pengalaman pico laser dan beberapa teknik yang lain.
5 sebab kemungkinan aku ada masalah jeragat
- Zaman muda tak pernah kenal dan tahu apa itu Sun block. Ingat pergi pantai sahaja kena pakai
- Alhamdulillah muka tak ada jerawat tapi muka kering, so tendency untuk jeragat itu tinggi.
- Kalau tengok dari lifestyle aku dari zaman muda, aku ni seorang yang aktif sukan dan banyak menghabiskan masa di luar.
- Kemudian menyambung pelajaran di USM Pulau Pinang yang memang korang boleh agak betapa panas tambah-tamnah punya motor sendiri hehheh aktiviti pusing pulau pinang tiap minggu.
- lepas tu masa mula mula kahwin, pernah pergi beberapa kali untuk aktiviti snorkelling dan akibatnya hahah mula berjerlaga beberapa minggu. Memang boss aku terkejut tengok muka aku.
- Ada sakit endometriosis yang berkaitan dengan hormon, tak boleh amibik kolagen
- Hemoglobin Low ! darah tak ada khasiat, silap-silap vitamin C pun tak ada. Penting rupanya Iron ni nak transport Oksigen seluruh badan, korang jangan lupa baca entri aku pasal Hemoglobin dan kesan muka tak glowing.
Maka korang boleh agaklah tahap ‘aktif ‘ aku ni bagaimanakan hehhee.
Pengalaman rawatan laser treatment untuk jeragat
Ini pengalaman aku yang telah mencuba di beberapa beauty centre
Sebagai seorang blogger aku pernah mempunyai pengalaman untuk ambil rawatan laser seperti ini tetapi selalunya hanya sekali dalam sesi temujanji sahaja. heheh takkan dapat banyak kalikan. Setiap kali dapat review Beauty ni untuk aku gather info and ilmu sebelum aku proceed untuk amik apa-apa rawatan laser
Mereka invite aku untuk memberikan experience kepada aku bagaimana rasanya rawatan laser ini. adalah kadang tu macam bau orang masak daging hahahah.
Aku memang berani mencuba atau pun terpaksa mencuba untuk mengetahui apakah rawatan atau treatment yang terbaik untuk aku.
Sebab aku yakin bila umur menjengah 50an aku akan menghadapi masalah pigmentation yang serius.
Dan ini yang menghantui aku.
Nak kata tak jaga muka, aku sendiri pernah subscribe beberapa pakej rawatan dari muda dengan New York Skin, Bauty center di USJ, shakura pigmentation walaupun ini bukan Pengalaman rawatan laser untuk jeragat tetapi dengan penggunaan krim dan acid untuk muka.
Cuma untuk rawatan laser untuk pertama kali dalam hidup aku, aku pergi ke Premier Klinik atas tiket blogger, selain dari itu aku juga buat rawatan lain dengan MBH beauty
Harga untuk rawatan laser ini sebenarnya memang agak mahal ya tidak seperti rawatan facial yang lain ! kalau untuk orang yang ingin mencuba kadang-kadang boleh lihat promosi di iinstagram atau FB untuk orang yang pertama kali ingin mencuba. Ada kawan aku serik nak pergi, sakit katanya. heheh bagi aku okay. Tapi bagi aku, rasanya sakit lagi kalau sakit suntikan vitamin C di muka.
kena tahu Rawatan jeragat, melasma atau lengtines
Selalu orang pukul rata sahaja. Ada jeragat atau pigmentation. Tapi aku ada masalah Lengtines and Melasma. Melasma ni selalunya dari lapisan kedua. Cuma tunggu masa untuk dia keluar sahaja, org putih cakap sooner or later.
Jadi senang aku cakap jeragat or pigmentation.
Ada banyak faktor sebenarnya, selain dari terlebih terdedah kepada cahaya matahari aku juga seorang yang mempunyai masalah Hemoglobin rendah dan juga Low BP. Kiranya aku akui aku ada masalah dalaman dan luaran.
Jadi tidak hairanlah aku ada masalah ini.
Jika kitaran darah berkhasiat darah tidak cantik sampai ke muka, memang muka kurang glowing dan bersinar. Mujurlah ada make up hahaha dapat lah cover sikit. Jadi macamaana pun aku nak kena juga treat masalah aku ni, ada masa aku ambillah supplement yang okay seperti Iron, sangobion, vitamin c.
Aku ada masalah endometriosis yang kritikal dahulu, pastinya aku ada masalah hormon. Nak amik collagen pulak agak merbahaya untuk orang macam aku. Cyst akan lebih teruk
Nampak tak betapa susahnya nak jaga bab kecantikan ni. tapi eh… dari kena penyakit lain, ini apalah sangatkan.
Kos rawatan laser jeragat
Kiranya in total aku mempunyai pengalaman rawatan untuk jeragat sebanyak 4 kali dengan tempat rawatan khas untuk rawatan jeragat atau pigmentation.
- Aku pernah pergi Shakura pigmentation di IOI Mall,
- Premier Clinic, salah satu rawatan di USJ, dan akhirnya dengan
- BX beauty center ini. Tapi rawatan jeragat di klinik dr ko aku belum pernah cuba. Ada kata bagus juga
- Setiap tempat ini menawarkan treatment yang berbeza. Range harga rawatan laser jeragat dari RM1500 -RM4500. Sebaiknya amik pakej barulah murah
- BX CLINIC adalah yang terkini, dan reason utama untuk aku ambil treatment di sini adalah bila melihat testimoni kakak aku sendiri yang berumur 62 tahun mempunyai kulit yang agak elok untuk orang sebaya dia. Tapi yang aku boleh cakap dia memang seorang yang mengambil berat penjagaan kulit muka dari zaman muda.
kedua, harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan pelbagai combo yang ditawarkan. Aku buat perbandingan dengan beauty center atau klinik yang aku pernah pergi sebelum ini.
Cuma !
keburukan laser jeragat
Setelah melalui 4 kali sesi laser, agak mengecewakan bila mana kawasan jeragat atau pigmentation bertambah besar dan banyak. Rupanya kulit aku adalah sejenis kulit yang sangat alah kepada cahaya termasuk lah cahaya laser .
Kiranya aku tidak bernasib baik. aduh naiyaa…
huhuhu … niat di hati nak hilangkan pigmentation yang kecik, tapi akhirnya bertambah besar pulak . Tak terkata apalah huhu . itulah aku memang tak bernasib baik.
Bila aku tanya pada Dr. BX Clinic di klang ini katanya memang ada yang jadi kes macam aku. Bukan aku seorang huhu
So inilah antara Keburukan Laser Jeragat., Jangan sesekali ingat buat laser jeragat akan hilang teruk. Akulah testimoni rawatan laser jeragat yang TIDAK BERJAYA.
Hahahah so fikir fikirlah dulu untuk korang yang nak buat rawatan laser ini yer .
Aku masih mencari-cari rawatan jeragat paling berkesan, belum cukup power nak jumpa lah . Duit dah banyak habis nih
Rawatan Vitamin C untuk jeragat
Agak kecewa sebenarnya, tetapi mujurlah Doktor Syafiq di Bx Beauty sendiri yang tetap bersemangat nak cuba hilangkan tompokan jeragat tersebut. Jadi dia mencadangkan rawatan lain, dengan suntikan Vitamin C dan sejenis ubat untuk kurangkan kegelapan melasma tersebut.
Huhuhu agak sakit, tapi demi untuk menghilangkan melasma maka aku tahan kan sahaja. Betullah kata orang Beauty is pain.
Kalau ikutkan sakit hati juga dengan amaun wang yang telah di keluarkan tidak mencapai seperti yang kita inginkan. Tapi ini lah masalah untuk orang yang kulit bermasalah seperti aku . Apa boleh buat, tambah bila usia makin meningkat .
Dalam masa yang sama aku tengah mencuba satu set skincare dari korea yang betul betul khas untuk rawatan kulit yang ada masalah melasma.
Masih Mengharap kulit jadi okay
Cuma kesan posiitif sewaktu rawatan ini, sewaktu rawatan laser dan Vitamin C kiranya kulit aku untuk kawasan lain bertambah okay, kurang kedutan. Tiada freckels. Tapi itulah Cuma Pigmentation ini yang masih menghantui aku
Aku masih ada beberapa siri rawatan dengan Beax Clinic ini . harapnya adalah improvement dan berbaloi dengan jumlah duit yang aku keluarkan.
Aku ada 3x cycle treatment rasanya huhu doakan aku ada perubahan positif dan ini lah Pengalaman rawatan laser untuk jeragat yang jujur and sebenar-benarnya.
Kalau ada yang plan nak buat rawatan laser ini, better kenal pasti dahulu jenis kulit korang. kalau tak berani buat rawatan laser boleh cuba rawatan secara remedi di rumah .
Rawatan Laser Jeragat
Ada pelbagai teknik rawatan laser jeragat ini. Kalau betul betul nak faham korang boleh entri aku khas untuk rawatan laser jeragat ini.
Korang kena paham apakah jeragat terlebih dahulu
Dapatkan nasihat dari pakar kulit yang bertauliah, jangan sembrono yer
Mungkin sis kena buat rawatan hormon dulu sebelum buat laser tu kowt. Biasanya perbetulkan dulu hormon kemudian baru boleh buat rawatan kulit atas nasihat doktor yang bertauliah.
Setuju, kadang rawatan laser x sesuai dengan kita..elok nak hilangkan jadi bertambah plak scar…syukur SA xde masalah scar teruk sampai perlu di laser
owh Sa pun sama kaa… tulaaa … ni kira jadi penuh scar lah nih
Dah oldskool ni mudah naik pigmen kan kak.. moga dapat kulit idaman kak.. apa pun kak azni tetap comel dan glowing dalam gambar.
Betul..setuju…saya pernah bat pico laser dekat Bangi..mcm x kurang dan x nampak hasilnya..ada baki sesi..bila cakap dekat pusat tu mcm x nak tukar dengan sesi lain..tp masa ajak join rawatan kemain pujuk..pandai2 la di akhirat nanti
Antara masalah yang palingggg risau kalau hinggap kat muka. Lebih-lebh lagi bila umur pun makin mendaki naik nih.
alamak skrg yanie dah start ada jeragat jugak huhu
geram betul dengan jeragat yg dah makin banyak kat wajah..nak laser takut tak sesuai dan kos pun seram
Kalau bebetul okay, ingatkan nak suruh emak buat jugak..Huhu