Cara renew passport online Malaysia | Korang dah gatal kaki nak travel ke tu? hehhe.. Bestkan bila cerita bab travel ini. Dulu kira KPI aku laki bini wajib travel 1 tahun sekali ke luar negara. Disebabkan 5 tahun sekali renew passport selalunya kita lupalah apa kena buat.
Table Of Content
Aku laki bini nih., ikut perut lah nak travel tau. Korang boleh tekan label travel kat atas ni banyak aku cerita bab travel ikut negara. Ada tips ke Perth, Turki dan jugak ke New york
Tapi sejak pandemik semua dah berubah, kebanyakkan sistem perlu di ‘onlinekan ‘, baguslah our government and swasta mula amik action untuk perbaiki sistem perkhidmatan. Jadi kali ni aku nak share pasal myonline passport Malaysia nih.
Proses renew passport sekarang ni sangat-sangat mudah dan cepat. Ada kawan aku mohon online pada 20/7/22, lepas tu 23/7/22 dan boleh dapat. 3 hari sahaja.
Datang kaunter pun tak perlu tunggu lama-lama, 15 minit sahaja. Kalau korang pergi ke kaunter yang nampak ramai itu untuk urusan lain,
Pendek kata, kalau urusan ambil passport ni sekarang memang cepat.
Tahniah Jabatan Imigresen Malaysia
MyONLINE PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. cara renew passport tamat tempoh
Cara renew passport online Malaysia
Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).
- Buka portal ni > imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPa…
- Cick ‘SETUJU’ lepas dah baca T&C.
- Isi semua maklumat. Nak senang korang ready siap siap passport lama tu senang nak refer.
- Nanti ada list pejabat yang korang boleh pilih untuk pickup passport.
- Bila korang boleh pickup passport tu? Tu nanti sistem akan tentukan based on hari & masa korang renew. If korang renew before pukul 3 petang hari bekerja, boleh dapat dalam hari yang sama.
- Upload gambar ikut kriteria yang ditetapkan:
- Background wajib colour putih
- Pakaian colour gelap
- Untuk perempuan bertudung, wajib pakai tudung colour gelap
- Upload softcopy ya. Jangan guna gambar polaroid)
- Buat payment guna credit card/direct debit (FPX)
- Permohonan Biasa (13 – 59 tahun): RM200
- Warga Emas (60 tahun ke atas): RM100
Peringatan Penting
Pastikan korang simpan resit! Untuk pickup, korang yang kena pegi pickup sendiri ya. Tak boleh wakil! Nanti kena tunjuk IC, passport lama & resit payment.
Untuk pemohon bawah 18 tahun, kena pickup bersama penjaga & bawak sijil lahir.
Lagi senang kalau renew online kan! Tinggal datang pickup je. So, kalau nak renew, refer je thread ni & yang taknak renew lagi pun, save siap siap utk refer di kemudian hari.
Dokumen Penting Untuk cara renew passport online 2022
- Pastikan sudah sediakan kad debit, kad kredit ataupun no akaun bank anda untuk membuat pembayaran secara online
- Pastikan anda sudah sediakan gambar secara online mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
- Pastikan anda masih ada epassport (yang ada chip) yang masih tidak rosak lagi
- Kad Pengenalan / sijil kelahiran (untuk anak anda), pasport yang lama, bukti pembayaran online untuk renew perlu dibawa semasa datang ambil pasport anda yang baru di immigration offices.
Tips Sebelum Renew Pasport Untuk Elak Masalah
- Jika anda mahu proses passport application anda dengan lebih cepat, anda perlu hantar permohonan online anda sebelum pukul 3 petang. Biasanya keesokan harinya sudah boleh datang ambil selepas pukul 10 pagi di pejabat imigresen yang telah anda tetapkan dan pilih sebelum ini.
- Anda mesti ambil sendiri passport anda. Wakil sama sekali tidak dibenarkan.
- Cuma jika untuk anak anak anda, anda sebagai ibu bapa mesti datang bersama-sama anak anda untuk ambil pasport malaysia
Yang boleh walk in Ke Pejabat Imigresen
- Warga emas
- First timer buat passport
- Kanak-kanak 12 ke bawah
- Passport rosak
- Naik haji
- Sambung study overseas
Pesanan terakhir penaja, Semua orang boleh berjalan dan travel. tapi lebih baik settlekan hutang PTPTN terlebih dahulu. Kalau tak naiya kena tahun di Pintu Imigresen. Kawan aku dah kena korang, dahlah kena settlekan dulu amaun tertunggak selepas tu kena beli tiket nak follow keluarga yang dah fly awal sehari tu.
No Comment! Be the first one.