Punca kerosakan buah pinggang | Aku bukanlah orang yang terbaik untuk menceritakan dengan lebih details bab-bab kesihatan. Tetapi aku jumpa 1 perkongsian yang menari dari Dr. Haji Noorul Amin. Mungkin perkongsian beliau ini dapat memberikan manfaat untuk semua pembaca.
Table Of Content
- Siksanya sakit buah pinggang
- Penyakit kerosakan buah pinggang
- Punca kerosakan buah pinggang dikalangan Rakyat Malaysia
- Hidangan ‘ Animal Protien” setiap hari
- 2 Peringatan untuk pesakit Kencing manis
- Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan
- Kurangkan beban kidney dengan
- Faktor rosakkan buah pinggang
- Kebaikan Mengamalkan Sunnah Rasullulah SAW
Aku sejenis suka simpan yang aku baca supaya senang aku nak refer balik 1 hari nanti.
Siksanya sakit buah pinggang
Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Kasihan kalau tengok pesakit buah pinggang. Di tebuk perut untuk ‘Peritoneal dialysis’. Di operate utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah.
Kadang-kadang akan berlaku situasi dimana susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain.
Bila tengok orang, tak berapa rasa, tapi kalau berlaku pada ahli keluarga atau diri sendiri, barulah tahu – how they suffer.
It’s really PAINFUL.
Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya.
Take care of our own kidney.
BACA : sakit jantung tak kenal usia
Penyakit kerosakan buah pinggang
Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini.
Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumbalah syarikat pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang ‘melabur’ di Malaysia sebab pulangannya amat lumayan.
Rakyat Malaysia dianggap sebagai ‘lubuk’ utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.
Punca kerosakan buah pinggang dikalangan Rakyat Malaysia
Rakyat Malaysia sangat terdedah @ ‘vulnerable’ utk dapat sakit buah pinggang?
Jawapannya adalah kerana PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA. ya , ini lah Punca kerosakan buah pinggang
Dr. Haji Nooul Amin telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini. Dan akhirnya telah mendapatt jawapan utk soalan ini.
Ya… pemakanan kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu banyak sumber ‘ANIMAL PROTEIN’.
Hidangan ‘ Animal Protien” setiap hari
Setiap hari kita makan 3 kali sehari dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.
Akibat daripada tiga hidangan ‘Animal Protein’ setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya ‘malas’ nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu…
“buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT”.
Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialisis.
2 Peringatan untuk pesakit Kencing manis
Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi ‘bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini’ iaitu:
- Kawal kadar gula dalam darah mereka.
- Kawal pengambilan protein haiwan.
Cakap memang senang. Tapi bagaimana caranya?
Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan:
- Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli).
- Tukar beras putih kepada beras perang.
- Tukar gula putih kepada ‘coconut sugar’. ‘Coconut sugar’ DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA (Gula Melaka, Gula Anau).
Kurangkan beban kidney dengan:
- BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.
- Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.
- Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sebg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE.
Faktor rosakkan buah pinggang
- Kerap tahan kencing.
- Kurang minum air.
- Suka makan makanan masin.
- Suka minum minuman bergas.
- Kerap kena jangkitan ‘kencing kotor’ (urinary track infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
- Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid)
- Kerap makan pil tahan sakit.
- Obesiti.
- Alkohol.
- Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.
Kebaikan Mengamalkan Sunnah Rasullulah SAW
Buah pinggang kita amanah Allah. Jangan jadikan ia sebahagian dari statistik pesakit buah pinggang kronik.
Mengapa Rasulullah saw menganjurkan umatnya untuk tidak minum sambil berdiri?
Dalam perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sebagai penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum tentu 100% disteril utk diolah tubuh.
Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup. Air yang tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dapat menyebabkan penyakit buah pinggang.
Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bagi umatnya.
- Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
- Pengarah Urusan
- Primum Medicare Centre
- Pusat Dialysis Ibnu Sina
Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share mesej ini mungkin ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut.
Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Malaysia dari menjadi ‘bahan pulangan pelaburan sykt asing’.
Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yang bermanfaat.
Harap diamalkan, bukan dibaca dan diforward saja.
Tapi apa2pun, tiada sesiapa yg boleh bantu diri kita, kecuali kita sendiri.
Pilihan untuk menjaga kesihatan diri sendiri terletak di tangan anda sendiri.
Tq share