Fuh! sekolah asrama atau sekoalah harian?. Soalan ini berlegar-legar dalam pikiran kita orang sejak iman kecil lagi. Aku alumni MRSM, abam pulak SBP. Tapi masalahnya Iman ini lah satu satunya anak kami. Anak tunggal. adui berat tau nak buat keputusan besar ni Yang pasti kalau dia masuk asrama memang rumah kami akan sunyi nanti
Table Of Content
Tambah-tambah aku baca pulak artikel yang cakap
“hidup anak and ibu bapa hanya berlegar 12 tahun sahaja, naik sekolah menengah mereka lebih suka bersama kawan kawan. Jadi, hayatilah masa bersama anak anak.”
Nampak tak konflik disitu ?
Kalau ikut hati memang aku nak dia masuk asrama, sebab bagi aku hidup aku lebih teratur jika dibandingkan dengan hidup dirumah. Maklumlah keluarga besar rumah kecik. Banyak yang kau belajar bab agama di asrama. Tapi itu dahulu, berbeza dengan dia
BACA : Prasekolah
Husband aku pulak agak tidak berapa setuju masuk asrama kerana sejarah hitam dalam hidup dia, bukan kena buli tapi baginya dari aspek pelajaran. Sepanjang dia belajar di SBP kiranya dia tidak dapat catch up dengan style pembelajaran di asrama
Yelah lain orang lainkan.
Cubaan ambil Peperiksaan untuk MRSM atau SBP
Pikir punya pikir sampai terlepas untuk periksa MRSM, hahahha, tapi kami sempat apply untuk SBP. Kami decide apply dulu decide kemudian. Biarlah Allah yang lorongkan hati kami nanti
Iman berjaya menduduki peperiksaan kemasukan SBP di Alam Shah, sewaktu hantar dia untuk peperiksaan tersebut, masa tu pulak tiba tiba laki aku cakap seronoknya tengok alam shah ni. hahah ko rasa? Dengan environment sekolah dan juga berdekatan dengan rumah. Iman pun mula terbayang bayang dia kan bersekolah disitu
Malangnya Iman gagal untuk permohonan SBP yang pertama , salah satu faktornya aku rasa pilihan sekolah dari kluster 1, Sekolah di Selangor, Kuota untuk budak sekolah swasta untuk masuk asrama yang sedikit, atau data sekolah integrasi yang tidak cukup mungkin.
Sekarang menunggu rayuan kedua yang katanya akan keluar pada 22 april nanti. Moga Allah tentukan yang terbaik buat Iman dan kami. Janji kita dah usahakan!
Plan untuk Iman semasa sekolah rendah
Selama 6 tahun iman bersekolah di Sri Integrasi Puncak Jalil. Kiranya apa yang kami aim dapat capai, Iman tiada masalah untuk kami suruh menunaikan solat 5 waktu, solat Jumaat, Bab agama dan sahsiah.
Walaupun tidaklah sempurna tapi kami cukup berbesar hati dia membesar dengan environment yang lebih tenang disitu walaupun kemudahan sekolah agak limited kami hantar ke pusat tuisyen seperti eye level
Dari segi kos sebenarnya hampir sama dengan sekolah harian dan lebih banyak memberi benefit kepada kami suami isteri.
Iman macam tak gembira masuk Sekolah Menengah Kerajaan
Walaupun di sekolah yang sama juga menawarkan sekolah menengah tapi kami mahu iman bercampur dengan bangsa india dan cina pula. Dari sekolah integrasi ke sekolah Menengah biasa. Yer.. itulah plannya kami dari dulu .
Sebenarnya untuk kami agak susah dan rasa renyah dengan proses permohonan di pejabat pendidikan dan sekolah. Lokasi PPD pula di shah alam, sekolah pula di kinrara. Terus terasa macam lecehnya dibandingkan dengan sekolah swasta dahulu huhuu
Minggu pertama iman masuk disekolah menengah dia agak down dan kurang motivasi sebab kawan kawan sekelasnya yang berbangsa china dan india tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia atau English.
Agak frust katanya,
Berhari hari dia cuba minta kami pindahkan sekolah lama dia, aduh! pening dibuatnya
Minggu kedua dia nampak bersemangat sedikit, walaupun masih kurang berkomunikasi dengan mereka. heheh Abam cakap kita kena tanya progress and puji puji sekolah dia setiap hari, nak jaga emosi dan psikologi dia nih. Dan alhamdulillah sekarang kurang dah permintaan untuk pindah sekolah lama di PUncak jalil
Moga yang baik baik untuk Iman, sekolah biasa atau asrama
Dalam keadaan pening lalat untuk buat keputusan sekolah biasa atau asrama, kami tetap apply SBP. Sekarang kami tunggu keputusan rayuan terlebih dahulu. Peningkan bila pikir pili
Entahlahkan Mungkin yang terbaik iman bersekolah biasa sehingga tingkatan Tiga disekolah kerajaan disebabkan dia agak bersaiz kecil. Sebenarnya belajar di mana-mana pun sama janji dia ‘belajar’ dan dapat melihat dia membesar depan mata. heheh itulah dilema anak tunggal macam iman
Sebagai parents aku nak dia rasa Indahnya zaman belajar dahulu, tidak mahu dia rasa tertekan. Kalau tanya dia if dapat pulak SBP macam mana?
dia pun tidak tahu
Bila sampai masanya nanti kita biarkanlah ALLAH tentukan yang terbaik untuk kita semua nanti. Doakan untuk iman berjaya yer
Pastinya ada kelebihan sekolah asrama dan kelebihan sekolah biasa , yang penting memang dia kena pulun belajar dalam zaman dia orang yang aku rasa berbeza dengan zaman aku dahulu.
Memandangkan pelajar sekolah menengah agak mencabar mungkin aku perlu mula rancang pembelanjaaran dia dengan mengambil tuisyen secara online seperti RELY
kalau ammi, fikirkan lokasi kediaman ammi lebih prefer anak-anak masuk asrama bagi mengelakkan masalah sosial. bukanlah kata lokaliti disini tak bagus tapi dah nampak banyak kes budak masa sekolah rendah baik budi bahasa tiba-tiba masuk sekolah salah pilih kawan, sronok berkawan dengan budak sembarangan dan terikut2. risau betul
itulah tu … bab kawan and envornment paling penting utk bdk2 nih
Amin.. moga urusan Iman dipermudahkan..
saya berimpian untuk ke sekolah asrama penuh pada zaman dulu-dulu tapi sayang tiada rezeki kat situ.
alhamdulillah dua anak dapat masuk ke asrama agama dan MRSM
sekolah biasa kurang persaingan dan ini memberi satu kelebihan…kurang tertekan