Resepi Buttermilk Chicken | bulan bulan posa ni kalau rasa buntu dah apa kata korang jadikan ini salah satu resepi untuk korang berbuka. Yelah kalau tiap hari korang makan asam pedas, daging masak lemak, rendang ayam, gulai ikan or sup ikan apa kata cuba resepi fussion ni pulak,
Table Of Content
Kiranya resepi ayam buttermilk ni kategori resepi alaf baru. Tapi kalau makan terkena cili padi tu perghh memang meletop jugakkan. Terangkat. Sama juga macam ayam korea ala Kychon, siap pakai sos gochujang barulah dapat rasa yang sama seperti di restoran korea.
Tapi ada terbaca yang resepi ini bermula di India, bilamana tokey chicken tandoori yang tidak habis jualan telah melahirkan idea supaya daging ayam tersebut tidak terbuang. Memandangkan ayam tandoori sudah bersifat kering jadi mestilah berlawan dengan susatu yang berkuah dan lebih baih creamy.
Maka terhasillah resepi buttermilk chicken, hurmmm lojik jugak dari India sebab ada daun kari dan cili padi tu hehehe.
Senang sangat-sangat nak buatnya. Jadi mari kita tengok bahan bahan yang diperlukan untuk buat ayam buttermilk ini,.
Resepi Buttermilk Chicken
Bahan Perapan Ayam
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada sulah
- isi ayam potong kecik2
Bahan- Bahan untuk Sos
- Bahan-bahan (sos):
- 3 sudu besar mentega
- Daun kari
- 1 sudu besar cili besar & hijau
- 1/2 sudu besar bawang putih
- 1 sudu besar bawang holland
- 100ml susu cair
- 1 sudu kecil garam/gula/perasa
- 1 sudu kecil lada hitam
Cara-cara nak masak Resepi Buttermilk Chicken
- Salut ayam bersama tepung gandum, tepung jagung, garam dan lada sulah.
- Goreng hingga keemasan.
- Untuk membuat sos, cairkan mentega dan tumis daun kari, cili padi dan bawang putih.
- Masukkan susu cair dan didihkan hingga pekat. Kemudian, masukkan garam, gula,perasa dan lada hitam.
- Tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng.
- Gaul hingga rata.
- Siap untuk dihidang!
Struggle mak-mak di bulan ramadhan
Disaat aku menulis ini di bulan ramadhan, maka biasalah aku akan sentiasa pikir nak masak apa setiap hari. struggle mak mak. kalau ramai anak lagi banyak kena pikir nak suap mulut anak anak dan juga ayahnya.
Asal jumpa resepi best aku simpan siap siap dalam blog aku, hahah lebih senang untuk aku refer dari aku tengok tempat orang lain.
Apa sahaja resepi yang korang jumpa ni adalah kiranya resepi yang aku akan cuba buat sendiri bukan sekadar suka suka.
No Comment! Be the first one.