Kelas property abang ensem | Akhirnya.. tercapat hasrat nak join kelas abang ensem. bertahun tahun baca pasal property pada 18 Aug 2015. aku dah baca buku pasal property ni dah lama.. tahun 2004. buku azizi ali. rupanya pada masa itu pun, abang ensem pun join kelas pada tahun tahun tersebut. tapi korang tengok dia sekarang. Kalau lah pada masa itu aku terus menerus memecut laju mesti aku pun dah kehadapan.adui giler hebat. !!
Ilmu tanpa guidance memang boleh jadi sonsang. Kenapalah pada zaman aku muda muda tak banyak kelas macam ini.
BACA : Akhirnya aku buat loas ASB setelah attend kelas KEY
Walaupun aku berjaya membeli rumah ke2 untuk buat investment , tapi itu hanyalah belajar belajar sendiri and kaedah cuba berani. Alhamdulillah takder masalah.. tapi bila dah attend kelas abang ensem ni. hahaha banyak benda yang nak kena godek. serius banyak.
Masa aku cuba cuab gatal nak membeli. aku takut jugak. Sebab takut tak cukup modal. Nampak mudah jugak tapi banyak jugak kos kos yang tak dijangka masa dalam proses aku nak beli rumah ke 2 tersebut.
Kenapa aku promote Kelas property abang ensem dia ni? actually kelas sapa pun boleh jer pi. janji kena p menuntut ilmu. memang banyak sifu sifu yang boleh kita p. tapi kelas dia ni sempoi… dalam rm80 jer sorang. murah tu. kelas dari 2-5ptg. boleh sgtlah kan.
so apa giveway Kelas property abang ensem yang akan korang dapat?
- Teknik apply loan
- cara documentation
- cara kawasan yang menarik
- kenali jenis property.
- teknik tgk rumah lelong
ish banyak lah lagi. kadang kita rasa kita dah cukup ilmu di dada, bila join dengan orang mcm ni.. huhuhu baru tahu tinggi rendah ilmu kita. nak pergi kelas yang mahal macam faridzual ridzuan tak mampu lagik. takpalah kita mula sikit sikit.
lagi muda tahu ilmu ilmu ni lagi penting sebab faktor apply loan nnt tengok jugak umur and commitement kita.
tapi kejayaan yang paling best sbb dapat tarik abam kita join sekali. setengah orang minat tapi takde driving factors. sekurang kurangnya dia sukalah dengar talk abang ensem ni. katanya tak over promising. very relax and santai. sapa rajin buat…dan katanya sangat objektif. Iman kita orang harung jer sekali… mmg lah mencabar sikit. abis tu sapa nak jaga. kenalah bawak dia masuk kelas.
so korang kalau ada masa cubalah join kelas yang berilmiah mcm ni… huhu ini cakap dari orang tua yang umor 41 yang beru nak berjinak ilmu ilmu hartanah. masa tak boleh patah ke belakang uolls.
Lagi muda beli rumah lagi untuk. Sebab kalau kita nak beli rumah akan kira faktor umor kita untuk buat loan. aku faham faktor takut tu.. sebab orang muda sekarang abis belajar sahaja banyak hutang yang nak kena pikir. Hutang abis belajar pun dah puluh ribu.
Cuma aku nak tekankan disini, kalau kita ada ilmu semua akan jadi senang. Jadi korang anak muda pergilah cari tempat tempat yang patut untuk menimba ilmu okay.
2 Comments