Kepentingan Perancangan Persaraan |. Perkongsian dari Haji Zainudin di Fb memang dekat sangat di hati aku., tapi ada macam-macam perasaan , sat ada dalam mood debar, takut dan bersemangat. Kadang kadang tu berkontradiksi juga dengan ayat Alquran
Table Of Content
“ CELAKALAH golongan yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung
(Al-Humazah:2).
Ambik tahu salah, tak ambik tahu pun salah. Jadi aku tetapkan dalam hati, kita usaha dulu, kita plan dan yang utama kita serahkan pada Allah untuk menentukan perjalanan hidup kita selepas bersara nanti. Dan nasib baik aku baca salah sorang komentar berkenaan ini mengatakan maksud sebenar ayat ini juga ..Jadi aku pun rasa legalah sikit
Jangan disalah ertikan menghitung-hitung. Menghitung2 bukan maksudnya mengira2. Maksudnya adalah menyimpan harta tapi berkira sesama keluarga atau sesama manusia, satu sen pun inda mahu mengeluarkan untuk membantu atau tujuan membuat amalan, inda mahu berbagi2 and so on. Atu maksudnya ye.. Jangan kedekut, jangan berkira, jangan berkata2, jangan mengungkit
Serahkan hidup pada Allah
Betul… Apa yang perlu kita lakukan ialah serahkan hidup pada Allah.
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
(Surah Al-Ghafir : 44 )
Maksudnya: dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. (Surah Al-Ghafir : 44 ).
Aku dah suami aku pekerja swasta, bermakna tiada skim pencen. Jadi nak tak nak kenalah plan perjalanan hidup kami dengan awal. Tak lojik kalau tiada perancangan kan. Anak dahlah kecik lagi. Sebaik kami pencen kelak iman baru nak masuk UNiversiti
Aku beli rumah seaawal umur 28 tahun dan berjaya selesaikannya pada umur 40 tahun. Tapi benda ni aku dah set dalam kepala seawal mungkin, seawal usia aku beli rumah. Alhamdulilah berjaya. Walaupun kaki hartanah tidak bersetuju dengan cara aku ini tetapi aku nak Debt free seawal mungkin.
BACA : Tips ketenangan Meniti Usia Emas
Next, plan untuk education anak, plan untuk settle hutang dan plan untuk persaraan. Persoalannya
“How much is enough” untuk bersara awal cara minimalist?
Inilah soalan yang kerap ditanya kepada saya oleh rakan-rakan yang bercadang untuk bersara awal. Saya sudah bersara pilihan sendiri lebih 8 tahun dari perkhidmatan kerajaan dan masih mampu tersenyum kerana saya bersara sebagai seorang minimalist.
Haji Zainudin
Minimalist bermaksud mengurangkan gaya hidup (downsizing your lifestyle) selepas bersara berbanding semasa zaman bekerja. Ianya mudah untuk dilakukan oleh seorang pesara yang tidak lagi ‘bernafsu besar’.
hahah ye itulah keywordnya “kurangkan nafsu besar tu“, kalau dulu suka lepak starbuck maybe kopi kampung or mengopi dirumah sahaja. ( yer ker ?? hahaha… kadang duduk di starcbuck or coffee bean ni aku suka tulis blog.
So inilah perkongsian yang best dari haji Din yang aku rasa perlua aku amalkan, dan mungkin juga untuk korang.
Kunci Perancangan Persaraan Secara mimimalist
- Kunci merancang hidup sebagai minimalist selepas bersara ialah menyenaraikan semua aliran duit keluar setiap bulan dan usahakan untuk mengurangkan ketirisan wang dari poket anda. Misalnya jika anda makan di restoren sepuluh kali sebulan, seorang minimalist boleh kurangkan kepada dua kali sebulan.
- Berpindah kepada rumah yang lebih kecil boleh mengurangkan bil utiliti dan penyelenggaraan. Tidaklah sampai anda perlu memasang kipas angin sahaja ketika tidur walhal semasa zaman bekerja anda memasang aircon 16’C setiap malam.
- Jika kaki golf, anda boleh kurangkan bermain golf atau bertukar hobi lain yang lebih murah.Apa-apa pun seorang minimalist mesti tiada hutang apabila bersara nanti.
Hutang perlu dilangsaikan agar boleh bersara dengan bergaya. Saya telah selesaikan bayaran semua hutang pada umor 48 tahun. – Haji din
hebatkan haji din .. aku masih ada hutang sikit2 .. rumah sewa, hutang utiliti tu la, dia memang dah perancangan persaraan awal lagi. Follow lah FB dia .
Kalkulator persaraan
- Kiraan mudah seorang minimalist ialah perlu ada minima passive income 80% dari ‘last pay’ setiap bulan.
- Jika anda bergaji RM6,000 sebulan sebelum bersara, anda perlu RM4,800 untuk hidup ‘comfy’ setiap bulan selepas bersara.
- Ini bermakna anda perlu RM57,600 setahun (RM4,800×12) dan RM1.15 juta untuk 20 tahun selepas bersara, jika tiada passive income.
- Satu lagi kaedah kiraan ialah cara 25. Jika pulangan dividen KWSP adalah 4%, anda boleh mengeluarkan 4% (1/25) setiap tahun.
- Ini bermakna simpanan di KWSP anda tidak akan berkurangan.Jika anda perlu RM4,800 setiap bulan, anda perlu keluarkan RM57,600 setiap tahun dan ini bermakna anda perlu simpan RM1,440,000 (RM57,600×25) dalam dana KWSP sebelum bersara.I ni hanya contoh kiraan.
- Jika anda perlu RM3,000 setiap bulan, anda perlu keluarkan RM36,000 setiap tahun dan ini bermakna anda perlu simpan RM900,000 (RM36,000×25) dalam dana KWSP sebelum bersara.
- Pesara Kerajaan pula menerima duit pencen 60% dari gaji hakiki terakhir.
- Mereka perlu tambah passive income 20% agar pendapatan bulanan semasa bersara menjadi 80%. 20% pendapatan tambahan boleh didapati dari dividen TH, trust fund atau lain-lain pelaburan yang perlu anda buat semasa zaman bekerja.
ini semua hanya panduan untuk kiraan mudah dan masing-masing perlu menyesuaikan dengan kehidupan dan gaya hidup sendiri.Jadi apakan perbelanjaan bulanan yang perlu dibayar selepas bersara? Jangan malas, kalau tak suka cara yang ditulis diatas korang boleh refer kalkulator online untuk buat perancangan korang. Disitu pun ada banyak jenis cara pengiraan samada nak kira hutang , nak kira camana nak simpan.
So korang jangan malas okay … cuba buat and kira-kira supaya korang taklah berangan macam korang tu anak raja hahaha.. hiduplah didunia realiti disamping kita berserah kepada Allah.
Satu lagi korang boleh refer kalkulator persaraan KWSP juga untuk membantu korang buat simpanan untuk hari tua nnti
Contoh kiraan mudah untuk minimalist
Aku harap aku berada dalam golongan minimalis hahaha.. so ini antara andaian kos yang akan terlbiat.
- Bil utiliti rumah – RM500
- Transportation (petrol, repair, service kereta) – RM250
- Makanan – RM300
- Insurance – RM200
- Percutian – RM500
- Entertainment – RM300
- Kontigensi – RM200
Jumlah sebulan = RM2,250.
Ini contoh perbelanjaan seorang minimalist sebulan dan dari kiraan diatas anda hanya perlu RM675,000 (RM2,250x12x25) dalam dana KWSP sebelum bersara.
Kiraan boleh rendah atau tinggi mengikut lifestyle atau gaya hidup anda selepas bersara. Mungkin ramai masih berfikir bahawa tarikh persaraan masih jauh lagi.
Percayalah, masa berlalu sangat pantas dan pejam celik pejam celik, anda sudah sampai umur bersara. Buatlah persedian dari sekarang agar anda akan bersara dengan bergaya cara minimalist. “Retirement is just a never-ending vacation” kata orang Parit Jawa.
Dah bersedia untuk pencen? Apa perancangan persaraan korang
Sesungguhnya aku nak pencen with style tapi memang susah untuk orang biasa biasa macam aku, tapi bagi aku dah cukup makan pakai anak habis belajar pun dah cukup nikmatkan. Yang penting kita tak susahkan orang lain. Selagi ada kederat opkos aku terus belajar nak tambah ilmu dah incom
So work for and plan for it dan ingat ! Jom mulakan perancangan persaraan
Serahkan hidup kita kepada Allah.
Hebatnya plan dikongsikan tu kak.. memang kena plan sungguh-sungguh kalau nak bersara awal dengan hati senang ni.
Beautiful post. This is a good information sharing. Yeah, hidap dlm kesederhanaan memang lebih bags. Sebab semuanya Allah yg punya.
sangat bagus how u planning. betul bile kita decide bersara dan downsizing life plan tu penting supaya kita tak terkejut dgn new life kita sblm ni. selebihnya Allah yang akan tentukan.
Terima kasih di atas perkongsian ini. Betul, walaupun saya berpencen, masih juga mencari peluang untuk mendapat passive income agar dapat menampung usia emas kelak, insyaAllah.
Perkongsian yang sangat bagus. Tak ramai yang fikir pasal benda ni sangat lagi lagi yang muda muda tu kan.. iena pun dulu sebelum beli rumah tak fikir yang ni tau..haha sekarang da beli dua bijik rumah..ada rasa terduduk siket lah bila fikir macam mana bila dah pencen hahahah..adoii kene plan balik bebetul
Memang penting simpanan persaraan ni. Airah yang tak ada income ni risau pulak hihihi kena start rancang simpanan sendiri
Bagusnya tip perkongsian ni. Dah kene rancang dengan baik ni. Baru lah kita ada simpanan di hari tua
moga fafa dah mula juga utk perancangan hari tua
mmg kena adakan tabung persaraan.. kita tidak tahu di usia senja kita mcm mana. btw tq for the tips
Alhamdulilah, Suami Sis baru je pencen, tapi perancangan tu memang kami dah buat awal agar masa pencen tidaklah gabra tak tau nak buat apa.. now pun still bekerja tapi semuanya settle sudah, syukur..
Thanks for sharing this, actually we all should take a moment and plan for our retirement
wow bagus perancangan ni. to be honest khai seorng yang sangat boros berbelanja yaa hahaaha dan kadang2 jadi terlalu pemurah. kena buang sikap tu
Good information kan! Terus nak kira2 cukup ke duit simpanan yang ada sekarang untuk persaraan nanti… risau terus jadinya… Macam kena slow down sikit entertainment life skrg and put more on investment with good return for retirement nanti..
Walaupun tak faham sangat bab merancang kewangan nih tapi saya suka baca akak punya plan . Bolehlah tiru sikit2 . Yang penting ada saving ada pelaburan jangka masa panjang memang bagus dan bolehlah nak bersara awal.
Perkongsian yg amat baik kakni . Insya Allah akan dirancang sebaik mungkin.
Dah usia2 macam ni nak hidup chill chill jer. Semoga tubuh sihat dalam mengharungi hari tua nanti.