Pemulihan Ar Riqab | Sungguh! buat pertama kali baru aku tahu berkenaan Pemulihan Ar Riqab. Tidak pernah aku fahami betul – betul siapakan golongan asnaf ar riqab ini dan bagaimana bantuan yang diberikan.
Table Of Content
- Apakah Ar Riqab
- Penggunaan wang zakat Asnaf Riqab berdasarkan mekanisme berikut
- Kriteria
- Konsep agihan
- Siapakah Asnaf Ar Riqab
- Kategori Masalah Sosial
- Terbelenggu Dengan Dadah
- Terbelenggu Dengan Masalah Jenayah Syariah
- Terbelenggu Dengan Gaya Hidup Songsang
- Terbelenggu Dengan Kes Juvana
- Terbelenggu Dengan Penyakit Kronik
- Kategori Masalah Akidah
- Memurnikan Akidah Orang Islam Yang Terpesong
- Jenis Bantuan
- Strategi Bahagian Pemulihan Ar-Riqab
- Hubungi Pemulihan Ar Riqab
Alhamdulillah untungya bila berada dalam circle dikalangan Media dan Blogger barulah aku mendapat maklumat yang sahih dari first hand.
So apa yang aku tulis ini Bukan Omongan kosong dari seorang blogger semata-mata,
Aku rasa korang pun kena tahu berkenaan Pemulihan Ar Riqab ini.
Yang aku tahu selama ini ada 8 golongan dalam penerima zakat dan salah satunya adalah Ar Riqab dan aku mengaku aku tidak memberi perhatian sepenuhnya siapakah golongan ini, dan bagaimana pihak MAIS dan Jabatan Agama Negeri lain membantu mereka.
Terus aku rasa jahat /naif sungguh pikiran bila dahulu aku pernah ada stigma negatif setiap kali membaca di dalam media golongan Ar Riqab ini mendapat bantuan dari pihak berwajib. Kadang-kadang ramai netizen mudah untuk melemparkan kata kata nista kepada pihak zakat tidak memberikan bantuan sewajarnya
Apakah Ar Riqab
“Riqab adalah seorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya”
( peluasan takrif riqab fatwa selangor 2009, mereka yang terbelenggu dengan masalah akidah & sosial seperti penghidap HIV, LGBT, Pelacur dan lain lain yang nak bertaubat).
Penggunaan wang zakat Asnaf Riqab berdasarkan mekanisme berikut:
Pihak Zakat, Majlis Agama Islam Selangor pastinya telah menggariskan SOP dan syarat-syarat dalam mengenalpasti golongan ini dan konsep agihan. Dalam perkembangan media masa dan sosial media, aku rasa kita kena lebih banyakkan awareness supaya golongan ini tahun dengan siapa mereka boleh memohon pertolongan kelak.
Kriteria
- Islam
- tiada sumber kewangan yang cukup dan/atau tidak mendapat bantuandaripada sumber-sumber lain; dan
- seorang yang telah disahkan ingin membebaskan dirinya dari belengguyang dihadapi.
Konsep agihan
- Pembayaran adalah berasaskan permohonan dan siasatan dan pengesahan;
- Meringankan bebanan;
- Pembayaran hanya kepada individu yang bersedia untuk menjalani pemulihan dan pemantauan yang diaturkan untuk mereka;dan
- Usaha memulihkan akhlak dan akidah.
Siapakah Asnaf Ar Riqab
MAIS juga telah menetapkan kategori tertentu yang layak mendapat bantuan mereka supaya semuanya jelas dan terang dan tidak akan timbul masalah dikemudian hari.
Kategori Masalah Sosial
Terbelenggu Dengan Dadah
- Penagih dadah
- Bekas penagih dadah
Terbelenggu Dengan Masalah Jenayah Syariah
- Minum arak
- Zina
- Judi
- Khalwat
- Muncikari (Ibu Ayam)
- Sumbang mahram
- Buang anak
- Mengandung luar nikah
- Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan islam
- Persetubuhan haram
- Mempersendakan Al Quran dan Hadis
- Dan lain lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995
Terbelenggu Dengan Gaya Hidup Songsang
- Pelacur
- Lesbian
- Gay
- Maknyah
- Tomboy
- Gigolo
- Pengkid
- Homoseksual
- Biseksual
Terbelenggu Dengan Kes Juvana
- Gangster
- Jenayah melibatkan harta benda
- Kes rompakan
- Pergaduhan yang melibatkan kecederaan
- Pecah rumah
- Kes rogol
- Jenayah yang melibatkan senjata berbahaya
- Ugutan yang melibatkan keganasan
Terbelenggu Dengan Penyakit Kronik
• HIV / AIDS
• Hepatitis
• Kanser
• Tibi
• Lain lain
Kategori Masalah Akidah
Terbelengu dengan Masalah Syirik dan Khurafat
- Doktrin palsu
- Mengaku menjadi Nabi
- Menghina islam
- Pemujaan salah
- Mempersendakan Al Quran dan hadis
Memurnikan Akidah Orang Islam Yang Terpesong
- Orang yang ingin atau berhasrat murtad
- Orang yang dalam proses beristitabah (memohon taubat atau menganjurkan bertaubat. Juga disebut pemurnian akidah).
Jenis Bantuan
- Bantuan pemurnian akidah;
- Bantuan pemulihan akhlak; dan
- Tabung pembebasan fi ar-riqab
Strategi Bahagian Pemulihan Ar-Riqab
Hubungi Pemulihan Ar Riqab
Sekiranya kita mempunyai kawan dan keluarga yang menghadapi masalah di atas, jangan segan silu untuk hubungi mereka.
- Nombor Telefon 03-33614080 / 03-33614000
- Website : http://www.mais.gov.my/al-riqab/
- Facebook : Majlis Agama Islam Selangor
- Instagram : @mais_officialhq
Sama-sama kita sebarkan info ini kepada yang lain agar lebih ramai yang mendapat manfaat. InsyaAllah.
Tiap orang mmg patut diberikan peluang utk berubah.
Bagus info ini kak Azni. Kadang kita tahu ada ‘orang ini’ memang perlu dibantu. Cuma kita tak tahu mana saluran yang betulnya untuk bantu mereka.
alhamdulillah, semoga terpelihara kesejahteraan ummah.
Ada rupanya bantuan untuk golongan ini. Moga diberi hidayah oleh Allah SWT
1st time dengar bantuan ni. Good sharing & info. Semoga ada sinar harapan utk mrk yg nk berubah.
Pernah borak dengan orang dari LZM, dia ada terangkan pasal ni. Masa tu terkejut sebab baru tahu ada bantuan-bantuan untuk golongan yang macam ni. Tapi, setiap orang ada peluang untuk berubah. Maybe ni salah-satu dari caranya.
This sounds like a good rehab centre. I hope this place will be a success in the future. Thank you for sharing.
bru.jelas ttg zakat terutama ttg zakat riqab ni.. terima.kaaih atas.perkongsian ini
Ramai yang tidak tau akan bantuan ini kepada mereka kan, Sis masa mula terbaca pun ehhh boleh ek? Tertanya-tanya, tapi bila fahamkan dan baca lagi dan lagi, barulah faham, mereka berhak menerima bantuan..
Marsha pun baru jelas kak bila baca entri akak ni. Semua orang ada peluang kedua kan.
Bagusnya usaha murni pihak MAIS ni. Ye la..kita semua manusia pendosa dan layak untuk dapat peluang kedua
Ramai yang akan terdidik dan memahami Al Riqab dengan perkongsian ini. Dan kemungkinan golongan yang layak juga tidak mengetahui bahawa mereka layak kan.
this is such a good sharing and so much info was shared here…
nice sharing kak azni. buka mata , sumbangan pada mereka yang memerlukan dan lebih layak
Thanks for sharing this, I m glad to know that there are kind hearted people who is willing to help them.