Akhirnya terjawab kenapa Pageview jatuh mendadak, hampir 1.5 tahun PV ni memang betul betul bikin jiwa kacau. Kalau dulu boleh cecah 1.5-2.5k sehari tapi sejak bulan April 2020, Pageview jatuh mendadak. Bila masuk bulan November terus lagi menjunam sampai terduduk hanya 200-500 sehari.
Table Of Content
- Bergantung penuh pada carian SEO
- Usaha meningkatkan blog aku yang Pageview jatuh mendadak ni
- 1. Kurangkan size imej
- 2. Tukar Theme nak bagi laju konon
- 3. Tukar Hosting
- 4. Upah Developer untuk Speed up Blog
- 5. Dapatkan maklumbalas dari pihak Hosting Serverfreak kenapa Pageview jatuh mendadak
- 6. Dapatkan bantuan dari geng developer group FB Kedai Kopi WordPress.
- 7. Akhirnya Sifu Serverfreak dalam group FB kedai kopi WordPress respond
- 8. Pageview terus gerak laju
- langkah seterusnya untuk pastikan takkan Pageview jatuh mendadak tak berulang lagi
Owh sebelum tu aku nak habaq awal awal, aku pengguna wordpress. Dari masalah Disk Usage yang exceed tu , akhirnya terjawab sudah apa yang berlaku pada blog aku selama 1.5 tahun ini
Bergantung penuh pada carian SEO
Aku tak sama macam sesetengah blogger, aku jarang buat sharing di sosial media dan aku memang mengharapkan organic search untuk capaian kepada blog aku selama hari ini melalui penulisan secara SEO, Jadi aku pun redholah yakni agak payahlah aku nak capai trafik yang tinggi sepanjang pandemik ini.
Tapi trafik dalam masa pandemik ni teruk sangat sangat, sama macam pandemik pulak hahaha.
Sepanjang masa Pageview ni jatuh, aku mengandaikan disebabkan tiada permintaan dalam content travel due tu pandemik orang tak minat nak travel, jadi kuranglah carian.
Husnozon sangatkan aku nih heheh, husnozon tak kena tempat namanya
Tapi itulah, bagaimana dengan content lain ? Memang pelik takkan takde permintaan macam dulu.
Habis semua google analytic dan google search console aku study, kenapa, apa yang user cari and macam macam lah. Aku buat SEO audit menggunkan Ahreff, semrush. Semualah aku test.
Korang kena ingat tau, algorithm google yang terbaru menetapkan Web Core vital untuk menentukan ranking sesuatu blog dan website. Boleh baca details di capaian sini tapi aku pun pening kalau betul betul nak follow based on case study yang dia orang dah buat. Bagus untuk faham kenapa tak boleh letak gambar banyak-banyak.
Gambar dibawah ni adalah selepas usaha aku menaikkan blog, tengoklah graf tu terus naik , tidak lagi mendatar seperti sebelum ni. Korang kena sambung baca apa proses yang aku lalui untuk menaikan semula pageview nih.
Usaha meningkatkan blog aku yang Pageview jatuh mendadak ni
Tapi aku tak patah semangat okay, nasib baiklah aku ni memang minat teknikal jugak. Dan aku suka baca artikel teknikal related di internet. So ini lah yang aku cuba buat
Itulahkan, banyak yang blogger wordpress kena tahu dan belajar rupanya kalau nak pastikan berada dalam ranking. Ingatkan dah tau SEO boleh dapatkan capaian yang bagus. Rupanyanya banyak weh
1. Kurangkan size imej
Sejak tahun lepas aku baca beberapa artikel yang menetapkan sebaiknya imej yang diletakkan sebaiknya dibawah 50kb. Ada juga yang aku upload content dari hp, imej gambar bersaiz 1MB. kalau tak silap aku, imej tersebut di awal pernglibatan aku dalam blog. heheh masih naif lagi
Mungkin ini relevan untuk pengguna wordpress tetapi tidak untuk blogspot.
Jadi, ada yang aku usahakan menggunakan plugin tapi masih belum cukup syarat. akhirnya aku buat manual setiap satu imej tersebut menggunakan photoshop. Korang boleh refer entri aku untuk optimizekan imej
Okaylah aku puas hati, selepas aku audit setiap satu imej dengan bantuan Ahreff site audit.
2. Tukar Theme nak bagi laju konon
Tak puas hati punya pasal terus aku tukar theme, kononnya theme yang sedia ada bermasalah. Konon Theme sedia ada dah ketinggalan.
Owh lagi satu pada masa ini aku menggunakan shared web hosting, yakni hanya kawan aku seorang sahaja yang bertindak sebagai webadmin boleh masuk ke dalam Cpanel
Berhempas pulas aku cuba implement theme baru yang menggunakan wpbakery. Complicated nak faham tapi aku seronol pulak dan puas belajar, but bad sidenya adalah theme ini banyak menggunakan plugin. So ia telah memberatkan blog aku bak kata kawan developer sorang nih.
Dari bulan Feb, 2021 install hinggalah ke bulan 7 tiada progress walaupun dah pasang them baru. So masih keciwa.
Tapi faktor theme memang penting, bila aku patah balik kepada theme lama plus perubahan secara back end aku nampaklah pergerakan pageview aku.
3. Tukar Hosting
Akhirnya bulan June 2021, Aku buat keputusan tukar hosting baru disebabkan dah sampai masa nak renew . Masih setia dengan servefreak tapi disebabkan aku nak akses dan tengok sendiri Cpanel untuk blog aku. Tapi kalau korang tak tahu jangan cuba cuba kacau file. mau murung korang nanti.
Aku rasa tak puas kalau tak godek. Kebetulan pula aku ada side projek dengan geng masscomm aku dengan melancarkan blog baru https://surihack.com ( jangan lupa visit tau) tapi content masih sikit hehehe. Jadi aku host bersama blog terbaru tersebut.
Mungkin bila tidak menggunakan shared hosting yang banyakcapaian trafik boleh tinggi. Konon lah. ini semua andaian aku. hahaha.
4. Upah Developer untuk Speed up Blog
Kalau ada yang alert, Google telah menetapkan kelajuan sesuatu blog penting untuk mendapatkan ranking. Ini semua termasuk dalam Web core Vital yang dilancarkan pada bulan May.
Jadinya, memandangkan aku dah kawal sendiri, aku terus cari developer yang boleh speedkan blog, sebab percubaan aku untuk adjust sendiri menggunakan plugin Litespeed Cache tidak berjaya. Tiada perubahaan hahaaha. Jenuh aku cuba study melalui youtube dan documentation. Masih gagal untuk mendapatkan score di Gtmetrix dan page speed insight
So developer ini berjaya memberikan result yang super osem. Dalam masa 2 hari score yang diperolehi adalah A, 100%. memang superb.
Tetapi dalam masa 4 hari developer tersebut telah setting plugin tersebut dan yang lain, aku telah dapat emel Disk Usage Warning. Aku dah pakai 172% dari yang aku beli. Alamak.
GIla!!
Macam tak masuk akalkan. Jeng jeng apa yang berlaku sebenarnya?
5. Dapatkan maklumbalas dari pihak Hosting Serverfreak kenapa Pageview jatuh mendadak
Bila dapat warning Jadi aku terus hubungi dengan teknikal person serverfreak, tapi aku rasa yang reply aku tu macam robot sahaja. Yelah aku tanya jam 12.30 malam
Bila cakap Disk usage aku dah kena warning, dengan senang hati dia suggest untuk aku upgrade lagi. Eh, baru je kut. Aku terus rasa tak lojik sebab blog aku hanya ada 490 entri. Bukan macam orang lain .
So tips untuk korang, jangan terus setuju untuk upgrade hosting yer. Kalau tak selidik kena macam aku. hahaha naiyalah korang membayar
So aku terus buat carian di youtube untuk memahamkan sebab-sebab berlakunya kes sebegini. Aku juga praktikan beberapa tips tapi masih gagal.
Aku cuba lagi hubungi dia orang keesokkan harinya. Nasib baik lah dapat orang yang reply dan dia pun dapati ada beberapa table di phpyadmin mysql yang agak meragukan. So selepas tu aku cuba lagi belajar dan fahami cara mysql ni bergerak.
Tapi hahah bukan forte aku. Aku surrender. Aku perlukan 2nd opinion.
6. Dapatkan bantuan dari geng developer group FB Kedai Kopi WordPress.
Jadi dengan rendah diri, aku mohon team developer dan sifu-sifu dalam group ini berikan tunjuk ajar apa yang aku hari lakukan untuk masalah ini .Terus terang aku cakap aku adalah blogger/ content write yang handle blog berasaskan wordpress tapi aku kurang pengetahuan teknikal
Aku hanya faham konsep hosting file manager semua nih tapi aku memang tak mampu untuk sentuh. Sepertimana yang technical support serverfreak diagnosed sebelum ini, file size tidak besar hanya 3.2 GB total. database yg consumed size yg banyak iaitu 47GB ++. file wp_statistics_visitor table juga lebih dari 1g++
Pergh peningkan dengan semua nih. Tapi nak tak nak aku kenalah juga faham
Kesemua geng developer sangat membantu, banyak yang aku belajar dari mereka. hampir kesemua mereka terkejut bila dengan mysql boleh cecah file sebanyak itu.
Something wrong somewhere kata dia orang.
7. Akhirnya Sifu Serverfreak dalam group FB kedai kopi WordPress respond
Dalam banyak-banyak yang respond tu ada teknikal guy dari Serverfreak yang turut menjawab dan diagnosed masalah aku ni.
Macam jumpa doktor pakar terus, fuh! lega
“Your wp_options table has 47GB Data. 19k rows. One of the plugin causing it and still growing non stop”.
mr lee sam- server freak
Ada kaitan dengan wprocket yang aku gunakan untuk speed up blog aku rupanya.
Tapi seingat aku, sewaktu aku transfer file dari hosting lama pun dah agak besar untuk mysql aku nih. Mungkin ada kaitan dengan plugin lain yang aku gatal gatal cuba sebelum ini. Bila aku cakap dengar geng developer yang pakar database pun cakap memang ada faulty untuk plugin ini.
Ada yang kata mungkin aku kena Sql Injection, macam hacking la. Tapi tulah memang power and bestlah serverfreak hosting company yang betul betul clean up database aku sebab keesokkanya hanya 3.78GB disk usage aku banding dengan sebelum nih
Memang dalam group KKWP ni pun cakap serverfreak memang terbaik.
8. Pageview terus gerak laju
Inilah yang aku nanti-nantikan. Leganya mak aih.
Pageview aku dalam masa 4 hari ni dah cecah 1,500 sehari ke atas ada hari yang cecah 2,500 sehari juga. Buat masa ni aku happylah sangat-sangat oit. Dekat 1 1/2 tahun murung tengok PV tu. Ingatkan content tak cukup, ingatkan orang tak suka blog aku dan macam-macam.
So aku terpaksalah menten dengan theme blog aku sebelum ini. sementara nak dapat momentum semula. Agaknya berkat aku tolong beberapa kawan aku setup blog agaknya. Dipermudahkan juga usaha aku ni.
langkah seterusnya untuk pastikan takkan Pageview jatuh mendadak tak berulang lagi
Next aku kena betulkan balik google adsense aku, kena revisit balik plugin and setting yang aku dah buat, dan aku kena selalu monitor progress blog aku melalui cpanel.
Aku pun takut benda ni bersifat sementara, mana tahu pulak ada injection ikut pesen lain. Aduhhh pening
Lesson learned kan. Moga blog aku kembali sihat seperti sebelum ini. Moga entri aku ni dapat bantu korang juga nak faham kenapa dan bagaimana pageview boleh derop
wah bestnya , teknikla un tak tahu , main tulis je 🙂
Dahsyat betul penangannya. Memang susah hati kalau PV tak gerak macam biasa.. lagi bila rasa tau ada masalah tapi tak reti nak repair.. hihi
tahniah kak, bagus betul improvement ni, terus mendadak trafik blog
saiz gambar tu sangat penting. stress juga bila masuk website, slow gila. rupanya sebab gambar terlalu banyak
Menarik perkongsian ni. Saya pun pengguna wordpress. PV saya setiap hari dlm 100 je, tapi saya blogger baru (baru 2 tahun), content tak banyak lagi dan mmg 100% niche travel, jadi saya tak mengharapkan byk sgt buat masa sekarang ni. Kalau sudi dan ada kesempatan, harap puan boleh visit blog saya dan berikan komen jujur dari segi website speed dan apa yang saya boleh buat untuk improve user experience. Terima kasih, dan semoga terus maju jaya!
owh saya ada komen blog umi smlm. blog umi cantik kena dengan niche travel. Blog umi dalam bahasa inggeris sepatutnya boleh pergi jauh untuk trafik
tapi munggkin sebab bukan penulisan secara seo dan penggunaan keyword yang tak betul ni.
header juga terlalu besar akan menyebabkan loading yg lambat. so samada umi nak go for self satisfaction atau nak kejar capaian trafik
sbg ux designer mmg saya kalau boleh nak cari template yg ringan dan laju. sbb itulah keperluan pengguna yg utama
Bagus belajar dan korek ilmu nak menyelesaikannya.. sama je WP gan blogger, mesti ada sumting wrong kalau tiber PV jatuh kan…
kalau pv jatuh merundum macam ni memang boleh kemurungan. mencabar juga nak setup setting untuk lajukan blog, baca pun tak berapa faham..hehe
Saya pun kecikkan gambar dulu sebelum pos…dulu tak tau… lepas capture..sumbat dalam blog terus…
Thank you for sharing this! Now I know what to do about this already! At least you are teaching right, we all facing the same problem.
Kalau sebut pasal pageview turun memg pantas akan cari solusinya ya. Rasa muring kalau rundum.. Huhu.. Bagus kak azni cek sampai jadi balik..
Sekarang dah resize gambar..tapi entri lama-lama banyak lagi tu yang problem.
Banyak yg sy belajar dr entri ni. Terutama dr segi cara maintain PV blog. Ahak menarik
Walau apa pun platform blog kita guna. Kena mahir at least bab teknikal dan keyword. Bahagian programming, kita bleh guna plugin. Satu bab tak pening bila guna wordpress. Tapi, harus berhati-hati sebab plugin ni kadang-kadang back door utk ganggu sistem keselamatan dan ada juga memberatkan storage. Selain template responsive yang ringan, plugin pun kena basic yang top digunakan sahaja pun dah ok. Hosting ni kadang sebelum kita subs dijanjikan bulan bintang reply dalam 24 jam lah. Tapi hampeh. So hosting yang bagus adalah after sale service. Rajin-rajin tengok testimoni. Hehehe. Utk sharing comment exchange tidak akan memberi trafik bulan bintang kak. Itu utk berkomuniti sahaja. Yang penting content dan rajin-rajin ping article. Organic search juga perlu berkenalan dengan dunia ping. Jangan putus asa. Tiada betul or salah. Teruskan apa yang kita suka buat. Kadang tiap blog ni berlainan method yang sesuai. At least kalau pageview rendah giler, ada sahabat komuniti komen, terubat juga gelisah pasal pageview kan. Oh ya, saya dulu guna wordpress. Sekarang dah pindah balik ke blogger. Lebih comfortable di blogger dan malas berurusan dengan hosting. Saya doakan akak terus menulis blog dengan jayanya. Chaiyokk!
wah terbaiklah komen ruby…
Kita pun ada hadapi isu sama juga time PKP ni memang jatuh teruk trafik dan juga persinggahan user kurang mungkin ramai terkesan tak ada akses internet kot ..
Faham sangat perasaan tu sebab pernah rasa. Tapi memang betul bila sampai satu tahap blur tak tahu dah nak buat apa melainkan jalan terus. Tapi bila rajin cari punca masalah dan usaha untuk membetulkan pasti akan ada jalannya. Terbaiklah kak harap kekal momentum tu sebab akak seorang blogger yang hebat.
kaaan… tulah dari masalah lain .. dapat trigger masalah lain. lega banyak dilla oit