RESEPI SUP EKOR THAI ni kenapa berhantu sangat aa. Dia tak macam sup kita kan sebab ada pedas-pedas dan masam-masam. Dulu aku ingat semua sup ni sama jer sehinggalah aku pergi trip ke krabi dengan famili aku. Abang aku ni rider so geng geng motor ni memang expert bab #jjcm.
So ada satu tempat tu makcik tu buat sup ekor thai, perghhh power power. Aku syak resepi tu lebih kurang macam nih. Jadi aku simpan dulu dekat blog aku ni senang aku nak refer nanti. Korang pun boleh try kan.
BACA : Resepi mudah Ramadhan
Kalau korang malas korang boleh sahaja cuba di kedai kedai tomyam yang ada, tapi nak dapat yang original yang Thai tu susah. antara kedai favourite aku adalah Alissara Thai yang terletak di puchong Intan. Kalau korang pergi situ menu pun di tulis dalam bahasa siam tau. Aku tak pernah lagi jumpa menu menu di kedai dia tu di tempat lain. contohnya kerabu ikan kembung, kari sotong siam, telur dadar sohoon udang, daging matahari eh dah macam macam lagilah.
Tapi dah PKP nih hahaha, memang payah lah nak gerakkan. Terpaksa lah korang buat sendiri. So nah.. trylah follow resepi ni. Confirm terangkat!
Bahan- Bahan Resepi Sup Ekor Thai
- 500gm ekor lembu
- 1 biji bwg besar – dipotong 4
- 1 inci halia
- 4 ulas bwg putih
- ½ biji bwg besar – dipotong 4
- 1 biji tomato – dipotong 4
- 3 batang serai
- Sedikit daun limau purut
- Sedikit cili api
- 2 sudu besar sos nampla
- Sedikit asam limau nipis
- Sedikit daun ketumbar
Cara-cara masak
- Rebus ekor lembu bersama 1 biji bwg besar + halia selama 4jam atau lebih (sehingga lembut)
- umis bwg putih (api besar mcm kat kedai tu, tp jgn sampai hangit ye).
- pastu masukkan cili api, bawang besar, serai, tomato, daun limau purut..kacau seketika
- Masukkan rebusan ekor, sos nampla, dan perasakan dengan garam
- Perahkan asam limau + taburkan daun ketumbar semasa menghidang
wah menarik betul ni , nanti rajin kena buat.
Alahai..sedapnyaaaa…SA memang suka sup ekor Thai ni…nampak bahan macam senang nak buat kan…eh…SA nak cuba la nanti…