Ramadhan Buffet RM55 sahaja ! Macam tak percayakan di Kuala lumpur masih ada hotel yang tawarkan buffet ramadhan serendah ini pada tahun 2021 . Seingat aku sebagai food hunter buffet ramadhan harga RM 55 ni aku sempat merasa di beberapa hotel pada tahun 2000-2005. Selepas itu terus harga mencanak naik. Tersangat murah untuk kategori buffet . Mana nak dapat oit.
Table Of Content
Haa… ni aku nak share dengan korang
Hotel Koptown EDC
Alkisah aku dapat jemputan bersama geng geng blogger untuk memeriahkan dan mencemar duli untuk persediaan buffet sempena ramadhan 2021 nanti. Hotel Koptown EDC, Hotel yang terletak di Jalan Raja laut. Hotel Koptown EDC sebenarnya telah mengambil alih hotel PUteri Park dan telah melalui proses renovasi. Aku pernah datang ke hotel ini beberapa kali sewaktu kursus beberapa projek disini.
Kiranya kali ini aku tengok macam hotel barulah. Lain sungguh
Hotel Koptown EDC memang berwajah baru, berkonsepkan minimalis. Kombinasi warna biru teal memang mengubah suasana hotel ini. Lokasi yang sangat sesuai untuk mereka yang suka bershopping di kuala lumpur.
Pengangkutan Publik pun senang diakses samada grab, taxi dan ERL. Memang mudah.
BACA : Resepi Nasi Tomato Dengan Acar Nenas
Buffet Ramadhan terletak di Sudirman Cafe
Sekiranya berminat untuk mencuba Ramadhan Buffet nanti korang terus tuju ke Sudirman Cafe. Iya…. sempena nama penyanyi hebat Malaysia satu ketika dahulu, Arwah sudirman haji Arshad. Sambil menikmati makanan nanti korang boleh melihat beberapa koleksi arwah sendiri yang disumbangkan oleh ahli keluarga Allahyarham sendiri.
Terharu dan seperti mengimbau kenangan lama melihat gambar gambar yang ada di dalam cafe tersebut. Mereka yang hidup zaman sudirman mungkin akan lebih menghargainya. hahha kebetulan aku bawa Iman maka
Sudirman cafe boleh memuatkan sekitar 50 -70 orang dalam satu-satu masa. Tapi kalau korang nak datang lebih dari tu untuk syarikat, dorang jugak ada ballroom yang boleh masuk dalam 300 .
Surau yang luas dan selesa juga disediakan di Tingkat 12 Blok B untuk pengunjung menunaikan solat tanpa perlu rushing ke masjid yang berdekatan dengan kawasan hotel. Memudahkan sangat untuk individu, keluarga atau pun rombongan korporat untuk majlis berbuka puasa.
Untuk mengelakkan pembaziran, pihak hotel lebih prefer kalau kita buat tempahan terlebih dahulu.
Juadah Ramadhan Buffet RM55
Untuk Nilai RM 55 per person aku rasa sudah cukup menyenangkan. Menu semuanya masakan ala kampung
- Nasi putih
- Nasi tomato
- Ayam masak Merah
- daging masak lemak cili api
- siput sedut lemak cili api,
- kari kepala ikan (padu wehhh),
- asam pedas tetel (my favorite),
- sayur campur mewah,
- Pucuk manis masak lemak,
- ikan bakar,
- kambing bakar,
- koh po sotong dan ada lagi la.
- Burung puyuh.
- Bihun sup
Pelabagai jenis air, termasuklah ABC dan tidak lupa juga kuih-kuih Melayu, kek, ABC, bubur semuanya ada. Insya Allah sedap. Cukup rasa
Kalau korang berpeluang untuk makan disini, pastikan korang ambil gulai burung puyuh tu. Aku tak pasti masakan apa tapi aku yang sempat merasa kuahnya sahaja pun rasa sedap sangat-sangat. Cukup rasa, cukup lemak
Kedua, bread butter puding tu memang lain dari yang lain, Aku tercari cari kuah custard tu. Rupanya lain sikit dari yang lain. Pisang pisang yang dipotong halus sudah mencukupi rasa bread butter puding ini.. mmmm daaap… hahaha
Harga Buffet
Bagi harga pakej Sinar Ramadhan Buffet 2021 Sudirman Café @ Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
- Dewasa (Seorang) – RM55
- Kanak-Kanak (umur 6 – 12 Tahun) – RM35
- Percuma 1 tiket untuk tempahan secara berkumpulan seramai 9 orang.
Bagi yang berminat untuk tempahan Sinar Ramadhan Buffet 2021 atau sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak EDC Hotel di talian 03-40519191 atau 012 9112569.
Alamat Sudirman Café [WAZE] :
Sudirman Café@ Koptown EDC Hotel
Kuala Lumpur Jalan Raja Laut,
50350 Chow Kit,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
website : https://www.edckl.com.my/
lauk-lauk macam ni memang mavelesssss