Resepi Nasi Tomato ni memang makanan yang simple selain dari nasi Ayam. Kombinasi Nasi Tomato haruslah dgn Ayam Masak Merah dan ini pun dah cukup menyelerakan.. Kiranya memang senang dah mudah untuk menyediakan sajian ini.
Table Of Content
Bahan Bahan selalunya memang kita dah ada di rumah. Agak-agak mati kutu nak makan apa , tengoklah dalam peti ais tu dah boleh jalan terus .
Resepi Nasi Tomato
- 3 cawan beras basmathi
- Air secukupnya – anggaran air 1 cawan beras basmathi ( 1.5 cawan air)
- 1/2 cawan susu cair
- 2 helai daun pandan
- 3 sdb tomato puri
- 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
- Sedikit minyak/marjerin
- 4 biji bwg merah
- 3 ulas bwg putih
- 1 inci halia
- 1 kiub pati ayam
- Garam dn gula secukup rasa
- Beras direndam dlm 30 minit, basuh dan toskan
- Panaskan minyak, tumis bwg dan halia Masukkn 3 sekawan dan daun pandan
- Bila da layu masukkn tomato puri
- Masukkn beras Masukkan susu cair, air secukupnya,
- kuib pati ayam dan garam Transferkan dlm periuk nasi
- Biarkan nasi masak Bila dah kering kacau guna garfu
- Taburkan kismis dan bawang goreng
Haaa yang tadi kita buat tu hanya untuk part nasi sahaja. Now kita terus buat untuk masak ayam masak merah pulak.
Ayam Masak Merah untuk nasi tomato
Bahan-Bahan
- 1/2 ekor ayam
- 2 cawan cili kisar
- 2 biji bawang besar *
- 4 ulas Bawang putih *
- 1 inci halia *
- 3 sekawan
- 2 sdb sos cili
- 1 sdb sos tiram
- Air anggaran 1 cawan kalau nak berkuah letak lebih
- Garam dn gula secukupnya
- 1 biji bwg besar hiris (hiasan )
- Daun bwg Kacang peas dalam tin
- Ayam digoreng dgn garam kunyit
- Blendkan bahan yg bertanda *
Cara Masak Ayam Masak Merah
- Panaskan minyak dn tumiskan bahan * sampai naik minyak
- Masukkan 3 sekawan dn cili kisarTumis sampai cili garing
- Masukkn sos cili dan sos tiram Masukkan air, garam dan gula
- Bila dah mendidih masukkan ayam dan bawang besar hiris
- Boleh masukkan kacang peas jika suka
- Hiaskan dgn bwg goreng dan daun bawang
Acar Nenas dan Timun Bersunquick
- 1/2 biji nenas
- 1 btg timun
- 2 biji cili merah
- 2sdb oren sunquick
- Garam dan gula
- Potong nenas dan timun
- Hiris cili
- Gaulkan semua bahan
Nampak sedap la nasi tomato ngan ayam masak merah tu..memang combination yang perfect..cuma acar tu tak pernah buat lagi gaya macam tu..nanti nak cuba la..