Tempat menarik untuk staycation. Aku memang berangan setiap hari yang aku akan dapat pergi 5 Tempat menarik staycation yang senang dijejaki dari Selangori selepas PKP ini.
Table Of Content
Ya.. ini lah angan-angan aku bila dah habis covid 19 nanti. Heheh.. tak sabarkan. Kalau dah kaki jalan, orang cakap kita memang panas bontot.
Hampir setahun kita PKP jadinya hampir setahunlah aku laki bini tak dapat travel walhal tiap bulan kami dah siap masukkan duit dalam tabung travel.
Kami ni memang allocate siap-siap duit untuk travel sebab itulah indikasi samada kami ni layak untuk berfoya foya atau tidak. Kalau tabung tu dah menyusut maka duduk diam-diamlah dalam rumah.
Senangkan. Berpijak di bumi nyata gitu.
Dalam fikiran aku ni sebenarnya banyak list tempat yang menarik yang aku nak sangat pergi staycation tetapi masih ada rasa takut takut juga. Rasa stresskan bila kita asyik terperap dalam rumah. Macam duduk dalam gua. Macam nak tunggu pagar tu bukak pastu terussssss lari laju hahah.
Tapi itulah, perasaan fobia pandemik ni masih menebal. Kita tengok lepas vaksin ni keluar apa progress di seluruh dunia nanti. Harapnya kes akan menurun dan kita pun kurang rasa fobia.
So, kalau ada rezeki nak berjalan nanti memang aku dah siap sedia senarai tempat yang aku rasa dalam pikiran aku, yang aku rasa agak selamat dari kesibukan orang ramai. Cuma satu tempat tu sahaja yang aku rasa ramai orang hehehe.
5 tempat untuk short staycation dari Kuala Lumpur
1. Amoss Farmstay Glamping, Cameron Highland
- Aku cukup teringin nak menginap di glamping di satu tempat ni yang aku rasa sejuk sampai ke tulang.
- Aku rasa mereka hanya ada dalam 10 unit glamping sahaja
- Anak sedara aku pernah menginap di sini, feedback dia cuma tempat ini jauh dari tempat orang ramai
- Agak sunyi dan aku rasa kalau tidur disini lebih kepada acara anak beranak merapatkan kemesraan sebab TV pun tak ada hahaha.
- Tapi aku rasa, aku perlukan tempat yang macam ni untuk ketenangan dan aku rasa selamat sebab jauh dari orang
2. Genting Highland
- Paling senang, paling dekat . 1 jam 30 minit dari rumah aku
- Aku suka sebab nak pergi tempat sejuk sejuk fefeling oversea. Hahahah tak dapat pergi oversea jadilah kita menepek di Genting Highland
- Almost every year kami mesti jejak ke Genting Highland. Ada masa kami bermalam di sana , ada masa kami balik hari
- Pernah tidor First world hotel beberapa kali dan terbaru di Swiss Genting pada Dec 2019
- Kami anak beranak suka acara makan makan, shopping ataupun window shopping sahaja
- Mungkin kali ini hanya terperap di hotel tapi nak menikmati cuaca sejuk.
3. The Daun, Janda Baik
- Dah lama aku teringin nak ke sini . Harga nya boleh tahan tapi aku rasa macam best sahaja kalau kami anak beranak dapat menginap walau semalam
- Aku tengok di website macam hotel yang kami pernah duduk semasa di bali, Indonesia.
- Disini, ada beberapa chalet yang menawarkan Indoor pool yang sesuai untuk famili kecil.
- Tengok dekat website macam best sahaja and mendamaikan sangat sangat.
- Bangun pagi boleh terbayangkan bunyi-bunyi burung burung dan pastinya anak aku akan terus terjun kolam.
4. The Kasturi, Kuantan
- Yang ini pun chalet siap dengan swimming pool yang terletak di tepi pantai.
- Agak terpencil tetapi sangat sesuai untuk famili kami 3 branak .
- Aku nak tak tengok sunrise di tepi pantai sambil makan keropk lekor hahaha
- Berangan itu kan free.
- Mungkin siang hari akan panas sebab betul betul tepi pantai, tapi apa susah aircond kan ada.
- Lepas tu boleh terjun kolam, fefeling macam mat saleh pulak lah.
5. The Rubber Escape Melaka
- Aku baru perasan tempat ni dalam apss airbnb. Macam best sahaja sebab dia dalam pokok getah dan agak terpencil
- Lepas tu anak sedara aku pulak pergi, tengok Ig story dia pun macam best secluded
- Sesungguhnya memang aku teringin nak lepak tempat yang rileks nih .
- Tak tau lah panas or macam mana ..heheh tapi experience lagi penting kan
Impian kaki travel mestilah ke tempat menarik untuk staycation
Aduh tak sabarnya nak tunggu pandemik covid19 ni berakhir . Maybe kalau ada window seketika untuk rentas negeri pun dah cukup okay untuk kita travel dan jejak Tempat menarik untuk staycation ini.
Aku and famili janji akan jaga SOP betul betul hahaha sebab kami pun takut.
Impian ini bukan kami sahaja, mostly kesemua kaki travel memang tak sabar sabar menghitung hari bila boleh travel. Tapi buat masa sini aku berani travel dalam Malaysia dahulu.
Luar negara tu memang hold lah beberapa tahun walaupun aku nak ulang trip ke Turki yang aku pergi pada tahun 2019 dulu. Osem weh turki nih .
Jadi, marilah kita berdoa semuanya cepat pulih okay!
nombor 1 tu nampak best, saya suka
Bestnya Cameron dan genting tu… Dah lah sejukkk
Bestnya semua temlat tu.. Cepatla boleh bercuti.. Nak p tempat kolam2.. Atau pantai
Dah kematu rasa asyik terperap kan.. Harap cepat laaa habis PKP. Bukan nka merayap sangat cuma nak rasa freedom ke mana-mana. Rindu nya 2019!
Semua tempat tu menarik utk dilawati..
Glamping tu canrik
Menariknyaa tmpt tu. Yg mcm rumah triangle tu lisa tk penah prrgi lagi. Harap ada masa tuk smpai sana nti
saya suka glamping tu…dah selalu duduk hotel..sekali sekala kena ubah
mmg teringin sangat nak pergi situ aihh
Teringin nak pi jalan cuti cuti Malaysia gak. Marilah plan dari sekarang hehe
yer… marilah kita plan hahaha..
banyak gak yang tak jejak lagi walaupun dekat je pun.. nnati dah dapat vaksin…kita pi la jenjalan,huhuhu
Best best..tapi banyak tempat nak kena rentas negeri Selangor tu. Kena tunggu lepas hari ‘pembebasan’
Semua tempat tu teringin nak pergi. Tapi bila dah boleh pegi nanti mesti memanjang full je.
hahaha betullah jugakkan ..
Menarik sangat yang nombor satu! saya tak pernah sampai lagi!
Best nya semua tempat-tempat tu.. lama tak pergi genting tu sebenarnya… Cepatlah back to normal life kan.. tak sabar nak staycation dengan family… huhu