Dah tau Cara kira zakat simpanan? Nak sampai hujung tahun ni, apa kata kita kira balik berapa simpanan yang ada sebab kita kena tengok berapa zakat yang akan dikenakan supaya simpanan kita lebih berkat. Walaupun di musim Covid 19 ini semua orang terkesan tapi yang wajib janganlah dilengahkan Cumanya sesetengah kita ini keliru bila dah tunaikan zakat pendapatan kenapa perlu tunaikan simpanan pula.
Table Of Content
Ianya 2 benda yang berasingan tau kawan-kawan. Zakat ni pula ada macam-macam jenis. Jangan tak ambil tahu dan ianya wajib untuk kita sebagai orang islam
Zakat ini wajib kepada semua umat islam termasuklah simpanan kanak-kanak yang mempunyai simpanan cukup nisab yang ditetapkan. Boleh rujuk artikel ini.
Zakat ini pula akan dapat pilihan rebat cukai, jadi untuk aku memang sentiasa buat zakat pendapatan, zakat ASB dan juga zakat simpanan. Zakat Emas belum hahaha sebab tak berapa banyak nak ada
Syarat Wajib Zakat Simpanan
- Cukup nisab (*bersamaan nilai simpanan sebanyak 85 gram emas mengikut harga semasa)
- Cukup haul (cukup tempoh setahun disimpan ).
Nisab tu kita kena selalu check dengan pejabat Zakat yer . Ianya berubah-ubah. Contohnya, kadar nisab terkini untuk negeri Selangor tahun 2020 adalah bersamaan RM18,510.72. Manakala pada tahun 2019 pula RM13,490.
Maksudnya, kalau wang simpanan kita dalam akaun tu menyamai RM18,510.72 atau melebihi nilai nisab tu, barulah ia wajib dizakatkan.
Kalau tidak cukup atau tidak menyamai nilai RM18,510.72 tu, maksudnya tak wajiblah untuk dizakatkan simpanan tersebut.
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.Surah At-Taubah (ayat 103)
Apakah yang dimasukkan dengan wang simpanan
- Akaun Simpanan/Akaun Semasa. Akaun Mata Wang Asing
- Deposit Tetap/Deposit Berstruktur
- Simpanan di Takaful/Insuran (Nilai tunai polisi takaful / Insuran yang boleh dikeluarkan)
- Jumlah baki KWSP ketika umur 55 tahun ke atas (Bagi yang MASIH BEKERJA selepas umur 55 tahun)
- Jumlah baki KWSP (Bagi yang TIDAK BEKERJA selepas umur 55 tahun)
- Lain-lain tunai (peti besi, simpanan di rumah dan sebagainya)
- Hutang boleh terima daripada penghutang
Cara kira Zakat simpanan
Kebanyakkan kita mungkin mempunyai 2 jenis simpanan yang asas ini. Simpanan tetap yang jarang kita sentuh dan simpanan biasa yang mungkin kadang kadang kita keluarkan mengikut keperluan. Betul tak? kalau simpan dalam tabung haji, jangan risau dah siap zakat. Kalau dalam ASB kena zakat yer . Untuk ASBF lain pulak cara pengiraan. aku ada share dalam entri cara kira ASBF
So basically aku rumuskan kita mungkin akan ada
- Simpanan tetap – Jadi untuk simpanan ini setelah cukup haul simpanan iaitu 354 hari dan/atau mencukupi nisab (andaian RM18,510.72) wajib dikeluarkan zakat.
- Simpanan biasa – Simpanan ia adalah berdasarkan jumlah baki terendah satu tahun atau beberapa akaun simpanan dalam tempoh satu tahun. Ia juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu tempoh bilakah bermulanya dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.
- Contoh simpanan biasa
- Baki terendah bagi tahun 2019 adalah RM15,000.00
- RM15,000.00 x 2.5% = RM375.00
- Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM375.00).
- Sekiranya ada pertambahan yang cukup setahun, maka wajib dikeluarkan zakat atas pertambahan tersebut.
Satu situasi lagi kita, sesetengah orang ada macam macam teknik simpanan. Ada yang 1 akaun, ada yang banyak akaun. haa.. ini pun kena amik kira yer . Jangan terlepas . Yang banyak akaun tu kena lah gabungkan.
Simpanan Dalam Satu Akaun dan Tetap
Katakan seseorang mempunyai penyata simpanan seperti berikut:
Tarikh Simpan | Tarikh Keluar | Amaun (RM) | Baki (RM) |
01/01/20XX | 100,000.00 | 100,000.00 | |
23/04/20XX | (5,000.00) | 95,000.00 | |
30/05/20XX | (5,000.00) | 90,000.00 | |
10/07/20XX | 2,000.00 | 92,000.00 | |
12/08/20XX | (5,000.00) | 87,000.00 | |
11/11/20XX | 2,000.00 | 89,000.00 | |
31/12/20XX | 2,000.00 | 91,000.00 |
Baki terakhir bagi keseluruhan tempoh dalam jadual di atas ialah RM91,000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/20xx hingga 31/12/20xx.
Justeru, zakat Wang Simpanan:
= Baki Terakhir (Setahun) x 2.5%
= RM 91,000 x 2.5%
= RM 2,275
Cara bayar Zakat
Dalam zaman sekarang kita ini semuanya mudah. Jalankan tanggungjawab kita.
- Mana mana cawangan Pusat Zakat, mengikut Negeri
- Secara online contoh Lembaga Zakat Selangor di https://fpx.zakatselangor.com.my/
Info Zakat
- Website : fpx.zakatselangor.com.my
- Facebook : Lembaga Zakat Selangor
- Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor
TQ share info
Mudah dah nak bayar zakat, online je kan. Mudah menyimpan di Tabung Haji..dah tolak zakat siap-siap.
bagus info ni kak.
mudah dah nak bayar zakat online je, nak-nak di waktu covid19, memang memudahkan sangat urusan.
terima kasih untuk perkongsian ni.
Terima kasih Untuk perkongsian ini
Okay dah faham..moga semua tunaikan zakat bagi yg mampu tu ya.
Thank you akak sebab share info ni
thanks share info. semoga bermanfaat utk semua.
syukur alhamdulillah saya dah buat siap-siap pemotongan zakat melalui potongan gaji setiap bulan. untuk mengelakan masalah lupa saya he he he
Baru tau pasl zakat simpanan ni.. Kita simoan kat tbaung haji siap tolak zakat dh kan.. So ni persona la ye
Senang la bila dah boleh online transaksi
Nilai nisab ikut tahun rupanya, baru tahu..
baru tahu kiraannya huhuuuu good info kak tq
Jom bayar zakat. Thank kak kongsi ilmu.
Banyak cara nak berzakat kan… Jom berzakat…
Tq kak info.. walau dah lama masih berguna.