Review Jujur norwex. Aku nak kongikan Review Jdari sudut hati aku sendiri. Sungguh aku tak sangka akan jatuh cinta dengan kain norwex.
Table Of Content
Tujuan aku nak beli sebab aku stress dengan cermin coffee table, Skrin Tv yang bertanda dan paling menyampah Kitchen Cabinet melamin yang aku tempah 2 tahun lepas ada bekas bekas gam yang tak best yang ditinggalkan oleh kontraktor.
2 bulan rasanya aku pikir dan ambil keputusan nak beli kain norwex ni di Instagram, sebab aku rajin follow #homedekomalaysia hehah nak rumah cantik follow lah hashtag ni. Alahai rumah dia orang memang cantik- cantik kemas.
Bila tengok harga Norwex memanglah rasa gila apa mahal ni. Kain lap jelah kut. So aku pun follow sahaja beberapa IG yang share. BIla aku pikir pikir balik mesti lah ada usaha usaha R&D yang dia orang dah buat.
Dan Norwex ni dah femes 26 tahun yang lalu di Norway, ni baru 2 tahun masuk Malaysia.
Bak kata kawan aku nina, semua surirumah teringin sebenarnya teringin nak memiliki kain norwex. Masa dan kewangan yang akan menentukannya.
Aku dah bernorwex hampir 2 minggu. Habis semua aku tenyeh hahahah… mana mana kotoran degil yang aku aim nak hilang tu aku target dahulu . Tu diaa.. aku habaq, memang aku puas hati.
Bagaimana aku terjebak dengan Norwex dan ini review jujur aku sebagai pengguna
Kisahnya aku ni beli untuk kegunaan sendiri. Aku tak berani nak jadi agen or consultant untuk apa produk pun kalau aku sendiri tak cuba. Aku sejenis orang yang malu kalau benda tu tak menjadi hahaha.. Tambah tambah kalau produk MLM.
Spark My Joy
But Somehow kain norwexy ni spark my joy macam marie kondo cakap. hahah aku rasa bahagia sekali. Aku sejenis orang yang suka pergi department cleaning di Ace Hardware. Memang macam2 benda yang aku beli. Ada jadi, ada tak jadi
BACA : 10 Sebab kain norwex best dan trending dikalangan suri rumah
So aku keluarkan modal sebanyak RM271 untuk 3 jenis kain plus 2 jenis bahan cucian tambahan paste and UPP. Pejam mata oit . Lepas tu bila aku kongsikan di sosial media Eh.. ramai tanya aku jual tak. hahahah maka terus lah aku jadi tukang jual atau consultant. aaa… glamer lah sikit
Aku dah macam pak pandir, so udahnya untuk jadi consultant aku kenalah beli starter kit. tapi .. tak rugi pun
Kalau korang berminat nak beli cuba boleh cuba tanya dengan consultant dengan tekan link ni > ReaderModernmumthingyNakCubaNORWEX < confirm dia akan layan pertanyaan korang-korang.
Pengalaman pertama sebagai pengguna norwex Review Jujur dari hati nih
Sampai je barang ni kat rumah memang aku terus lap meja coffee table aku ni. perghhh kilat bersilau Memang best Window Cloth ni. Bahagia sungguh . Objektif tercapai
tapi ada satu perkara yang kelakar .
Masa beli kain ni abam tak tau rega. Padahal pakai tabung rumah. Pastu sis suruh dia lap TV nun.. trick sikit .. Sebenarnya aku takut kena marah sebab belanja duit dalam keaadan sekarang.
Tapi Ya Allah dia cakap, “biar I lap TV ni ni sebab ni my territory”
hahahha debor dan alhamdulillah okay approved katanya sbb selama arini bercapuk2 kat kaca tv tu. Jenuh we all dah beli macam-macam solution dah try .
Insiden kedua bertambah yakin dengan Norwex
Masa mula dapat produk ni aku datang bulan daaa.. huhuhu kena setepek dekat sofa masa . Heheh paham dak? Alaaa masalah global org pompuan laa . 2/3 bulan ni aku period heavy juga.
Tapi takkanlah sis nak amik videokan. Tak sanggup oit nak share hahahah masa tu nasib baik norwex baru sampai. huhuhu nasib baik oit…
Tak pernah pernah pulak kena. Macam tahu tahu sahaja. Nasib baik bukan sofa 3 seater cerah baru yang sis beli online dengan Ella furniture aritu . Ini sofa ikea hijau tu.
Mau meroyan kalau tak hilang. Sebab tula kena stby kain ni satu kat rumah. … Sbb tulah kain ni really spark my joy sbb tulah nak share dgn orang and buat giveaway.
So itula kisah sedikit sebanyak bagamaimana aku terjebak. cuma aku ni macam pak pandir laa sebab untuk melayakkan jadi consultant kena beli kit dia samada RM95 or RM368.
tapi .. eh tak rugi lah sebab boleh asing2 penggunaan. hahah orang perempuan dan kain lap ni banyak darjatnya
Kain Norwex tipu?
Aku sendiri berpuas hati dengan kain ini sehingga aku terjebak nak jadi ejen.
Ni aku nak kongsikan kisah kawan aku sendiri. Hahah sis ada sorang kawan. Dia lama teringin nak beli norwex tp akhirnya dia belilah jugak dgn sis. Bila dah pakai baru dia tau perbezaannya.
Tapi dia cakap kalau nak kongsi testimoni ni jangan tag di FB, sebab malas nak layan stigma orang have have sahaja pakai kain kayangan. Malas nak panjang cerita
Sblm ni dok dengar org ckp sama je mcm kain eco. Tapi to be fair kena experience dulu barulah adil untuk bg pendapat.
Dan sis perhati orang yang membeli akan ni ada 3 jenis orang akan happy atau sebaliknya dalam bab kemas sahaja tau
- OCD mmg dia takkan happy sbb dia rasa dia cuci lagi bersih
- Jenis nak cepat and shortcut mcm sis
- memang jenis tak minat kemas and malas. So tak dpt tangkap value tu
Selalu yang akan happy dan repeat adalah orang yang ke2 mcm aku sbb dia paham value part memudahkan kerja walaupun harga mmg mahal sikit
Kain ni bukan kain magik harry potter yang akan jalan sendiri… tetap memerlukan kederat 2 tangan.
Macam mana nak jadi agen norwex
Kalau korang berminat nak beli or nak jadi consultant or nak cara jadi agen norwex boleh tekan link ni
Dok lalu lalang kat timeline. Jahat tau! Tergoda sudaaa HAhaaa
Serba salah nak pecahkan tabung ke buat tabung baru beli Kain kayangan ni.. Tak kira nak cuba gak!
memang teringin betul kain lap norwex ni, semalam pergi pos barang kat J&T banyak kotak norwex ni, hahahha dah jadi fenomena and trend sekarang. Nak tunggu giveaway azni ni, mana tahu ada rezeki haha
Kain buruk pun harga kayangan. Tapi kalau sangat membantu keje-kerja membersih rumah, kami orang perempuan ni pejam mata je kan. Selagi tak beli tak tenang hidup ni..duk teringat je..
kih kih betul sangat ..
Ramainya yang review norwex ni. Bahaya. Takut terjebak.
hahhaha mai laaa aisya…. PM sis
wah! silau
Kain Norwex ni nampak best, sangat membantu tugasan didapur bersinar terus tenang fikiran.
ramai dok cerita pasal kehebatan kain norwex ni.tengok pun rasa tergoda bila tengok rumah berkilat bagai nak rak ni..adudu
ramai yang bagi review produk ni sangat baik.
kalau berkemampuan, serius semua surirumah memang happy dapat hadiah norwex ni kan.
kak pip pun akan rasa happy kalau dpt hadiah cenggini.
ok, kena menabung dulu baru beli ni.
Isk geram tengok berkilat semua 😍
cukup la baca satu review ni.. bimbang terbeli..
Memang best pakai kain ni. Nad pun dh cuba.. Memamg lain dri kain biasa.. Takde bekas, takde kesan bila lap.. Berkilat je