Puasnya kena fisio dengan The Rehab Physio, Korang paham tak bila aku cakap “sakit yang sedap”. hahaha sebab memang dia target terus apa yang aku sakit. Aku ni memang suka massage, almost tiap bulan aku buat apa apa sahaja treatment untuk badan aku ni. Kali ni bila buat rawatan fisioterapi di rumah sahaja lagi senang dan selesa.
Table Of Content
Selalunya aku gilir-gilir, tradisional massage, refleksologi, sport massage. Kalau ikut purata memang aku akan pergi massage yang aku biasa pergi. heheh orang kata kalau selalu urut akan lebih awet muda gitu. Sebab perjalanan darah pun akan lebih cantik.
So kali ini aku UP lagi percubaan aku. Aku nak cuba rawatan fisioterapi di rumah pulak. heheh korang ingat aku suka-suka ka nak buat semua benda ni. Sebab sakitlah aku buat. Aku dah sakit tumit ni almost setahun dan aku memang tak buat apa apa cuma aku pergi urut dan refleksologi seperti yang aku cakap tadi tulah. Tapi masih belum cure jugak.
Akhirnya aku menyerah diri jumpa doktor GP berhampiran rumah aku ni. Aku memang malas nak pergi klinik sebab aku malas nak makan ubat. Sebab bila amik ubat ni kadang buat aku rasa ‘gassy’. dan akhirnya agree untuk amik GL untuk rujuk dengan doktor pakat
Aku sakit part mana sebenarnya?
Bila dah tua ni memang macam macam lah sakit. Hahaha redho sahajalah. Tambah #wfh ni kerusi pun tak ergonomik so memang sakitlah badan terutamannya di bahagian pinggang. Selepas tu kita orang imvest duit untuk setup proper work area demi menjaga kesihatan diri.
Okay aku share apa yang sakit
- Plantar facitis ( Tumit kiri)
- Lower Back pain ( badan kiri)
- Kemungkinan capal tunnel ( tangan kanan)
nanti aku akan ceritakan lebih lanjut, sakit semua nih. Tapi selepas Puan Atiqah, The Rehab Physio ini diagnosed sah memang berkaitan dan maybe juga puncanya dari tengkuk bahagian kanan.
rupanya badan kita ni cross section
Korang pernah dengan sakit plantar facitis? Sakit tumit terutamanya pagi pagi. Aku dah start sakit pada tahun lepas, 2019. Kena betul betul selepas joging. Dan aku yakin punca aku kena sebab aku menggunakan kasut yang semua untuk sport aktiviti aku hahah. kasut tu lah untuk zumba, volleyball dan juga jogging.
Now I know kepentingan teknologi setiap kasut tu.
Aku nak cerita panjang lebar pasal fisioterapi ni aku pun tak pakar, tapi aku nak cakap kompleks sungguh badan kita ni. If sakit dekat tumit ada kaitan dengan pinggang dan juga temgkuk.
Sekarang yang banyak problem di bahagian kiri aku . So Puan atiqah ni memang tekan or massage sungguh di kawasan tengkuk.
bak kata dia .. dia heran macam mana aku boleh aktif bersukkan, sebab melalui testing yang dia buat pada aku , tak padan dengan kederat. Tak ada power. kih kih.. apakah sebenarnya aku semangat yang lebih or tak sedar diri?
Lower back pain ni of course lah sebab duduk lama sangat kan. So jawapannya kena lah streching. so atiqah ni memang tekan dan renggangkan kawasan kawasan yang terlibat hahaha. Sakit oit.. Tapi best
Aku Sempat lah jugak suruh di check laki aku tu, sama je lower backpain. Tapi dia lagi special, dia ada masalah skolasis, alaa. tulang yang bengkok seperti S. Sebab tulah dia nak rukuk kaki dia memang problem .
Yang paling cuak bila dia cakap anak pun boleh kena, so aku pun panggilah dia check iman tu sekali. Fuh .. nasib baik
Puan Atiqah ni dah lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang ini dan telah mempunyai beberapa pengalaman dari beberapa syarikat termasuklah Nick Boden yang femes tu, husband kepada Elaine Daily.
So kalau berminat boleh lah contact dia terus, Aku memang teruja sahaja kalau kongsikan benda baik macam ni.
Boleh Follow Ig and FB
- Contact number : 011 5553 2903
- Ig : therehab_physio
FB RehabPhysio
Rawatan fisioterapi di rumah dari The Rehab Physio
- Manual Therapy – neck & lower back.
- Sports masggage & deep friction massage upper body.
- Thoracix mobilization.
- Nerve Stretching (PNF)
- Posture pump for neck release
- Streching lower back &neck.
Background Fisioterapis
- Atikah mokhtar
- Qualified dari Masterskill university college & health .
- 7 years experience in musculoskeletal & sport injury .
- Working with chiropractor ( Nick boden )
- Specialised in scoliosis , knee & spine problems .
- 3 yearsrs as a senior physiotherapist in neuro rehab centre
- Specialised in stroke rehabilitation , vertigo , traumatic brain injuries
best yer kak, satu hari nanti nak juga lah dapatkan servis rehab ni. huda mmg ada macam2 sakit especially part pinggang
mmg rasa nak repeat .. kan best kalau boleh claim hahahaha
Best tengok tu.. Nad pun sakit2 badan ni.. Tapi tgk dia buat.. Adoii..
Nakkkk! Tapi takot! Hahaha!