10 info Penting COVID19. Kalau positif covid-19 apa yang akan korang perlu tahu dan lakukan ? Sesungguhnya bila ada mula rasa bergejala, korang akan mula rasa blur, panik, stress dan sesetengah orang akan panik attack. Memandangkan sakit ini dah kira wabak satu dunia, setiap negara telah menetapkan proses dan SOP yang perlu di patuhi mengikut negara masing-masing.
Table Of Content
Tapi sesungguhnya Proses Covid19 ini memang memeningkan. Pening sebab ianya bukan benda yang berlaku selalu dalam kehidupan kita . Mestilah jadi kelam kabutkan . Orang Utara cakap tak tahu mana nak hala. Information overloaded .
BACA : simptom monkey pox
Dalam entri sebelum ni aku dah ceritakan betapa kelam kabutnya hidup kita orang bila iman positif. Ada banyak sebab kami pening, korang bayangkan 220 students positif , dan bayangkan betapa panik nya kesemua ibu bapa.
Pening and clueless untuk uruskan hal kuarantin iman
- What is the best way untuk handle dia. Cukup selamatkah dia dalam bilik tu. Kalau dia sakit teruk macam mana? aduhh pening pikir tau.
- Kami ni berdua ni masih negatif, tapi kami masih ragu ragu apa yang boleh buat dan tak boleh buat. Sepatutnya kena dapatkan gelang pink dari KKM tapi kami takut untuk keluar. Kami jangkiti orang dan atau kami pulak akan dijangkiti. Jadi macam trauma semacam.
- Ketiga disebabkan kami ni kluster lestari perdana 7, yang mana hampir sepenuhnya dari kalangan sekolah iman jadi kami bergerak secara berkelompok. Ada yang kami setuju dan ada yang kami perlu buat keputusan sendiri. Contohnya kami elak nak pergi CAC 2 kali sbb rasa masuk situ macam war zone. Bayangkan masuk medan perang yang penuh dengan periuk api, salah pijak meletoplah!
Bila terlampau ramai ibu bapa masuk dalam group telegram dan wassap maka information overload. Dah tak tahu nak follow sapa. Tapi pujian aku harus berikan kepada sekolah iman, Pengerusi dan guru besar dia memang berusaha bersungguh sungguh untuk membantu para ibu bapa. Mereka berjaya menguruskan dengan pihak KKM secara berkelompok.
Selama hari ini memang kita tahu pasal covid19 nih, setiap hari keluar berita dan sosial media. Tapi itu tidak cukup membuatkan kita faham dan selami apa yang berlaku until ko atau family members yang terkena calitan covid19 nih . Aku admit aku amik sambil lewa segala terminology yang berkaitan dengan COVID ni huhuhu. Dah kena baru tau !
BACA : PENGALAMAN KUARANTIN DI RUMAH
Apa yang korang perlu tahu 10 info Penting COVID19 ini?
Ini aku rumuskan apa yang kami lalui semasa iman kena covid19 supaya korang boleh bayangkan apa yang korang kena buat. Aku tulis ni sebab aku pun blur pada awalnya apa aku kena buat untuk seterusnya. Nak tanya orang kena tanya orang yang ada pengalaman .
Tapi yang pasti pengalaman setiap orang tu berbeza
Bila ahli keluarga mulai demam, jangan tunggu sehingga seminggu untuk check. Dalam keadaan sekarang memang selalu jawapan nya COvid19. Bila ada close contact kena terus buat walaupun tak ada bergejala contohnya iman hanya demam sekejap sahaja. Bagi ubat terus baik., tapi the next day dia demam bali.
Jadi ikut instict, Kami decide buat untuk iman sebab dia demam dan ada close contact.
Nak tunggu apa lagi kan!
Aku sangat takut jika kami telah menyebarkan pada orang lain. Rasa bersalah tu memang menyelinap dalam jiwa aku. Aku tak dapat bayangkan kalau aku yang menyebabkan kematian orang lain pula. Aduh! Disebabkan ini lah kami tidak kisah lansung tidak dapat beraya ke kampung tahun ini.
Wabak ini bukan main main korang, Kita kena perangi abis abisan.
10 info Penting COVID19
- Swab test di KKM or private
- Pilihan swasta atau KKM.
- KKM FOC tapi ramai sangat orang, dan takut terdedah dgn orang yang positif. dari negatif pun boleh jadi positif
- Private ada yang tawarkan walkin , drive thru, tapi perlu call terlebih dahulu. Malah ada hospotal ada yang buat appointment calendar di website sahaja
- PCR or RTK?
- RTK (Rapid Test Kit) 80%, PCR 99% -accuracy atau ketepatan.
- Harga RTK RM100-RM200
- Harga PCR RM180-RM300
- Keputusan RTK cepat, dalam 4 jam sahaja dah dapat tapi setengah orang terpaksa ulang PCR pula. err macam double kos kan? So buatlah PCR terus.
- Tunggu keputusan Swab Test
- Kalau Positif derang akak call dengan cepat. Iman within 18hrs consider cepat untuk PCR (polymerase chain reaction )
- Kalau Negatif selalunya lambat, jadi berdoalah lambat dapat call heheh
- Penting untuk faham report CTR. kalau bawah dah 20 maknanya keboleh jangkitan adalah tinggi. So ketatkan kuarantin!
- Bekas makanan kalau boleh yang pakai buang sepanjang kuarantin
- Bila perlu buat SWAB TESt?
- Family and close contact terus buat swab test bila T1 positif.
- Iman T1 positif, Aku dan husband T2, so apa lagi tunggu pergilah swab test
- kalau aku positif, opis mate aku pun kena terus pergi test. Nampak tak rantaian tu?
- Mysejahtera akan terus update status
- Hospital dan Klinik Private akan terus update sistem berpusat KKM. Dan automatik my sejahtera akan update.
- Result negatif kami terpapar dalam Apps My sejahtera, sepatutnya korang tak boleh masuk mana-mana premis kalau ada positif.
- Sebarang pergerakan boleh di track melalui mysejatera ini .
- Tunggu PKD or KKM call untuk pergi CAC (Covid Assesment Center)
- Otomatik maklumat orang positif dimuat naik dalam database.
- KKM or PKD (Pusat kesihatan Daerah) masing-masing akan call. Malangnya Kami masuk hari ke3 tak dapat call. Masa ni dah mula stress.
- Iman tak bergejala tapi kami tak tahu nak buat apa so mengharapkan KKM call untuk guide
- Iman sepatutnya perlu pergi ke CAC or KK untuk dptkan gelang Pink yang mana CAC yang decide kena kuarantin di rumah atau maeps
- Nasib baik hari ke4 dapat hubungi dengan pegawai PKD Petaling mrs jenny yang sangat helpful.
- Tak bergejala boleh request untuk kuarantin di rumah
- Iman stage 1, kami decide tak pergi CAC, tapi kami bernasib baik dapat bercakap dengan Person in charge PKD yang sangat membantu
- Antara soalan yang ditanya, berapa orang dalam rumah, Berapa bilik yang ada . Bilik mana yang ada direct akses ke dalam toilet
- Jadi iman stay dalam master bedroom kami dan kami turun tidor tingkat bawah
- Sebaiknya jangan berada dalam tingkat yang sama.
- Sediakan ubatan yang bersesuaian
- Panadol, paracetamol, ubat batuk, betadine untuk kumur-kumur
- Air kelapa dan lemon sebagai alternatif dan juga kena banyak minum air.
- Jangan yang negatif ni tak boleh jadi positif, sila jaga kesihatan yer.
- PKD / KKM akan panggil negatif patient utk 2nd swab
- Dalam masa yang sama kami yang negatif sepatutnya perlu pergi ke klinik kesihatan pada hari ke 8
- Orang negatif perlu kuarantin juga, paling kurang 10 hari.
- Kalau yakin tidak bergejala seperti kami, kami tidak keluar rumah lansung dan kami agak takut nak pergi ke Klinik kesihatan sebab takut terdedeah dengan orang positif yang ada variant yang lebih ganas.
- Alhamdulillah semua okay dan kami jujur tidak keluar rumah lansung
- Positif patient kena daptkan release letter dari CAC
- Iman tiada Gelang pink, tapi iman perlu dapatkan surat rasmi pelepasan in case di persoalkan nanti.
- Jadi kami terpaksa buat appointment dengan PKD terlebih dahulu yang kami akan pergi pada sekian hari
- Pastikan dapat surat sebagai bukti yer
Jangan Panik, tapi bertenang
Macamana? nampak susah atau senang? atas paper nampak senang tapi yang pasti korang memang akan kelam kabut sebab dalam masa yang sama korang akan risau tahap kesihatan keluarga.
Trauma tau! Aku harap 10-info-penting-covid19 dari bekas family yang pernah melalui fasa ini dapat membantu korang.
Yang penting sekarang korang jagalah diri dan follow SOP, refer http://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat penuh nanti
Syukur Iman dah sihat..riaunya kalau anak- anak yang kena kan..tak dapat bayangkan macam mana awak dan suami blurr dan x tau nak buat apa…sedangkan i yang tak kena ni bila dengar orang sekeliling kena terus diserang anxiety…gelabah secara tiba- tiba…itupun dah cukup sakit…
Semoga Covid19 cepat berakhir.0
thanks share info ttg covid ni. alahai ,mmg merisaukan sgt bila ada contact dgn covid19 patient.
semoga covid berakhir dengan tenang.
betul tu.kdg2 kita tak tahu secara jelas psl covid ni..msih ramai lagi yg tak ada awarenes psl ni.. hrap2 smua rakyat peka dan prihatin.
Info yang bermanfaat sangat. Kalau Marina pon panik, tak tai nak buat ape
Alhamdulillah family Kak Nini, terutamanya Iman dah sihat. Info yang akak share ni penting bagi orang umum. Sekolah anak saya ada juga 2 orang kena. Terus pontengkan anak sampai sekolah bagi pengumuman rasmi keadaan semasa. Alhamdulillah tak ada rantaian dari 2 orang pelajar haritu.
Senang ja nak cakap kan.. tapi kalau kena diri sendiri tak terlepas dari tak panik… mama sy hari tu ada close contact di ofis.. syukurlah result mama sy negatif.. Apapun stay safe.. semoga dipermudahkan urusan buat akak sekeluarga.. Info yg sangat membantu ..
Thanks a lot, I will take note on that.
Terima kasih kak! Bagus sekali perkongsian akak ni. Tabahnya akak
Tahu bukan mudah kena betul-betul kiat semangat dan positif. Semoga kita semua dilindungi dari wabak Covid-19. Aamiinnn
Memang kene kongsi bab2 ni, sebab kita tak tau kan nak buat apa. Bila baca pengalaman orang sedikit sebanyak dpat membantu