Sinopsis Drama Sweet Dreams

Adaptasi dari Novel Acik lana. Drama ini berjaya mencuit hati dengan teaser yang sangat menarik sebelum ia ditayangkan lagi. Satu lagi aku suka dengan “color grading” untuk drama ni. Memang fresh! I loike. Mari aku kongsikan sinopsis Drama Sweet Dreams ini.

Wardrobe untuk kebanyakkan pelakon terutamanya Mira filzah lain dari lain. Sangat Cute. Bukan sahaja mira filzah tapi kesemua pelakon lah.

Mira filzah juga pelakon utama untuk 
lelaki kiriman tuhan

Watak utama lakonan Mira filzah sebagai Puteri seorang gadis bisu yang Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Kekurangan dia membuatkan dia sangat clumsy. Adakah dia bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Sinopsis drama sweet dreams

Walaupun dengan kekurangan tersebut, puteri bekerja di Publishing company dan mampu membantu emak tiri dan adiknya dari segi kewangan. Seorang yang talented disebalik kekurangannya.

Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri sebagai superhero yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

“Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?” ~ Putri.


Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Qash adam disisihkan ahli keluarga dan lebih malang kedua ibubapanya pula meninggal dalam kemalangan. Qash Adam membawa diri dan memulakan hidup sebagai pelukis jalanan dan akhirnya menjadi pelukis yang sangat terkenal dengan nama QA sahaja.

“This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam

Siapakah Qash Adam

Sinopsis drama sweet dreams

Qash pernah dihina, difitnah dan dicaci oleh keluarganya sendiri. Dan kerana kerana dikatakan mempunyai kuasa istimewa itu membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Ia kelebihan dan satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar terutamanya mimpi tentang puteri.

Korang perasan tak Ben Amir pernah berlakon dalam drama suri hati mr. pilot, alaa tunang tak jadi tu yang buat Warda frust menonggeng.

Namun, kemunculan seraut wajah itu dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan superhero ini. Rahsia demi rahsia terbongkar antara mereka

Sinopsis Drama sweet dreams tambah menarik

Lama kelamaan, Puteri mula menyedari bila beberapa siri kemalangan yang menimpanya pasti superhero itu menyelamatkan dia! Walaupun beberapa kali berjumpa Puteri sah sah lah tidak mengenali langsung superhero tersebut. Dan tidak pernah tahu nama sebenarnya superhero tersebut

Ada beberapa scene dalam drama ini sangat menarik dengan mood slow motion, Qash datang menarik dan memeluk puteri dari dilanggar lori dengan background music yang best. Memang cantik scene tersebut.

Selain dari Qash, antara orang yang sering rapat dalam kehidupan puteri adalah farah dan karl yang sering membantunya dalam setiap kesulitan yang menimpa puteri.

Sebenarnya Karl menyimpan hati pada Puteri sejak dari dulu tapi belum punya kekuatan untuk memberitahunya. Karl ada disetiap pelusuk dalam drama ini. Ending untuk Karl sangat tragik, ending yang sangat tak disangka sangka.

Nasib Puteri bertambah malang bila dia dibuang kerja gara gara tindakan adiknya yang telah mencuri external hard disk yang mengandungi file kerjanya.

Satu tugasan penting untuk dia diterina semula dia kena mendapatkan pelukis ternama iaitu Qash Adam, tanpa dia sedari dialah superhero yang sering menyelamatkannya. Nasib kerjaya Puteri yang terancam dek setiausaha yang seksi bernama Melissa, yang sedang cuba mengambilalih tempat Puteri, adalah dengan cara memujuk Q Adam untuk menjadi cover majalah syarikat mereka!

Ketika sessi memujuk Q Adam,yang diadakan di rumah Qash, Puteri terkejut dan mula menyedari Qash adalah Q Adam. Dan Puteri bertambah terkejut bila menjumpai lukisan potret seorang perempuan yang n sangat-sangat menyerupai dirinya dan ia hasil tangan Qash!

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Mereka akan Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya. Dengan niat untuk melindungi mereka akhirnya berkahwin walau  tanpa cinta. Perkahwinan yang penuh dengan rencah, dari kisah Puteri yang terlampau baik, dan sentiasa mempercayai orang.

Dan tanpa Puteri sedar, dia telah mengubah hidup Qash! Menukar diri Qash menjadi lelaki yang penuh dengan rasa kasih dan cinta.  Namun cinta mereka seperti roller coaster, boleh berubah 180 degree. Sekejap sangat sweet tetapi tiba tiba boleh jadi kebencian yang melampau.

Ada sahaja halangan untuk mereka membina mahligai. Qash beberapa kali buat keputusan sendiri kerana terlalu sayangkan puteri, itu yang Ammar sepupunya katakan bila Farah kata Qash pentingkan diri.

Aduh memang pening kisah mereka, sayang sehingga sanggup korbankan diri. Tapi drama ini juga diselitkan babak sweets bak gula di samping lokasi yang menari, color grading yang sweet juga.

Apakah Ending Drama Sweet Dreams ini… kita tunggu yer… lepas tu baru sis update dalam episod keseluruhan

Sinopsis drama sweet dreams

JUDUL : SWEET DREAMS

TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama – Astro Ria 104 | Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang

WATAK PELAKON

Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

LAGU TEMA / OST

Nieta – di youtube

One Response

  1. miminadam August 21, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!