Itinerari 3 hari 2 malam ke bandung RM790 all in

Awal januari baru ini, akhirnya aku berjaya membawa rakan rakan semasa  belajar di USM dulu ke kota bandung.  Opkoslah kerana nak ber “me time”  tambahan pula ada diantara kami  yang belum berpeluang untuk ke luar negara. So inilah Itinerari 3 hari 2 malam ke bandung ke bandung. Short and Sweet jer.

Maklumlah ada antara kami yang susah nak dapat lesen berjalan atas komitmen kerja dan keluarga . Dah dapat  3 hari 2 malam  ini pun bersyukur lah sesangat kan… Semua dah mak mak ni banyak benda nak kena consider. Sangkaan awal mereka kos akan melebih RM1200++.

Aku bilang,

kalau aku kenakan charge sebagai agent memang la korang kena bayar dengan harga macam tu, ini aku yang jadi planner untuk korang ler.

Sebenarnya, renyah dah susah juga nak set time, belum lagi masa nak book flight. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh buat kerja kerja renyah macam ni. Kalau agen pelancongan tak apalah kan, hahah berbayar.

BACA: Restoran halal di Perth

Tapi, bagi aku janji aku dapat berlibur dengan kawan kawan disana. Maklumlah ada yang hampir 15 tahun tak pernah berjumpa. Jadi kita amik lah pahala rapatkan silaturrahim sikit sebanyak yer dak? Lagipun sementara semua masih sihat . Umur pun semua dah 44 tahun sikit lagi nak masuk 5 series.

Bandung memang sesuai untuk bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan

Korang tahu, satu entri aku berkenaan Libur di Yogyakarta memang di kecam hebat dalam satu group di FB huhuhu. Niat aku hanya nak share sahaja apa yang aku rasa the other side of yogyakarta instead of cerita yang best sahaja. Tak nak nak jadi macam aku, sebab dengar yang best sahaja End up aku sendiri agak frust bila sampai ke sana.

Kekurangannya di Yogyakarta dari segi bab shopping atau mungkin yang aku tak jumpa sebab yang aku nampak banyak shopping batik sahaja. Dan satu lagi, lokasi antara satu spot sangat jauh selain dari harga yang dikenakan untuk setiap spot yang sangat mahal bagi aku dan adalah sebab lain.

Nak tau korang kena lah baca entri aku  pasal Yogyakarta. Cuma aku nak cakap kalau untuk percutian rileks2 macam tak sesuai ke yogyakarta, better bandung.

BACA : Tidak semuanya indah di Yogyakarta

Why we choose bandung ?,sebabnya yang pergi trip ini  kategorinya ada lah pertama kali, perempuan, suka shopping, emak emak dan 3 hari sahaja. So Bandunglah tempat yang paling sesuai. lagi pun dengan masa yang ada hanya Itinerari 3 hari 2 malam ke bandung, masa itu penting tambah pulak dia orang semua jenis nak rasa semua benda kan, makan +shopping+view+libur.

So aku tetap rasa bandung ini juga tempat yang best untuk bercuti melainkan kita memang betul betul hardcore peminat sukan lasak sesuai sangat nak ke Yogyakarta seperti hiking, dan aktiviti seperti turun bukit and lain lain. Mahalnya di Jogjakarta tu di pantai timang, dan mount merapi itu memang spectacular.

Tapi Kalau setakat nak selfie jer err.. bandung pun  sekarang dah menyediakan beberapa spot yang menarik. Apa yang ada di Yogyakarta sekarang ni banyak juga telah dibuat di bandung .  Tapi journey untuk sampai ke sesuatu kawasan di bandung lebih dekat dan tidak mengambil masa. Bandung memang  sangat sesuai untuk bawa anak anak sekali again aku nak stresskan disini faktor masa 3 hari 2 malam.

Maklumlah aku ni dah berumur 44 kan takde lah nak acah acah mcm orang muda, kalau nak travel nak pikir suami macamana, anak macamana.. haa gitulah mak mak.

Pre Trips ke bandung

Sebaik kami  sahaja kami decide untuk travel bersama, Mula-mula terfikir juga jakarta, Bangkok dan bali tapi Bandung menjadi pilihan kerana ada pelbagai kategori. Jika dibandingkan dengan Jakarta sebenarnya harga tiket ke sini sedikit mahal.

Harga tiket selalunya boleh dapat dalam RM 250-RM350 untuk return jika 5 months sebelum berangkat tapi kali ini kebetulan Malindo Air ada buat promosi flight + hotel : RM489 pada bulan August yang  lalu. So we all terus grab

Next step aku suggest pada kawan kawan aku ni buat kutu bandung, RM50 untuk setiap bulan dari bulan Aug 2017 – Jan 2017, Jadi tidaklah rasa terbeban sangat untuk kawan kawan semua.

BACA : Tips menabung untuk travel

Our Journey Begins , from Rumah to airport

  • Aku seperti biasa abamlah yang akan hantar sampai ke airport,- cost abang bayar hahahah
  • 5 orang   naik bus dari OU ke Klia 2, dari OU tiket dalam Rm15, dari Kl sentral dalam RM10kemudian naik ERL ke KLIA pula.
  • 1 orang naik grab dari kota kemuning yang berjumlah RM70.00

Flight pukul 8 pagi, pastikan ada di sana dalam 5.30 pagi untuk urusan drop baggage dan sembahyang subuh.  Malindo di KLIA 1 yer.

Nak info perjalanan boleh google skybus. Parking kat open parking kalau one card member sehari rm2. Kalau tak sehari rm3

Hari pertama

Sebaik sampai di airport, supir dari Kiki bandoeng transport dah bersedia menunggu.  Normally dia akan bekalkan portable hostpot dan boleh terus top up online.  Kelebihan dengan kiki bandung ni sebab ada potter sedia menanti di pasar baru untuk guide dan bawa barang barang shopping. Memang mabeles part ni. Kalau di pasar baru ni letih bawak barang pun boleh spoil mood tau.

Ini kali kedua aku menggunkan khidmat kiki bandung. Boleh wassap pada no ini +62 85221660678 www.kikibandungtrans.com. So far okay and menyenangkan.

1.  Pasar Baru 9.30 pagi -3 petang

Ini tempat wajib kalau datang ke bandung. Tak lengkap rasanya kalau tak datang. Tapi dinasihatkan berhati hati kalau pergi ke sini. Handbag tu pastikan berada di hadapan yer.

Pastikan beli lace, baju renang muslimah, telekung,  tudung,  pisang cheese, kacang bandung dan lain lain. Untuk orang yang tak biasa shopping macam agak capek atau penat. Ada geng kami yang sampai demam dan kena pergi urut malam tu. hahahah maklumlaah dah 40an mestilah stamina kurang yer dak. So nasihat untuk orang yang kurang  aktiviti macam ni pastikan tidor malam awal dan ada ambik supplement yer.

Kalau dah penat memang lah tak best nak shopping, serius tak best.

itinerari 3 hari 2 malam bandung

jangan rambang mata, beli yang perlu aja. tapi memang murah lah

Ada kawan yang dah kelaparan, jangan risau.. ada food court di tingkat atas. Kali kedua aku datang dia orang bawa kedai yang sama. Harga okay tapi sikit mahal hahah sebab aku expect semua di Indonesia mestilah murah heheh.. Dia cadangkan amik set, tapi we all tak makan pun sayur-sayur tu.

BACA : Pengalaman bercuti ke New York

Aku tetap rasa food court situ mahal. Ada yang aku dtg sendiri makan di salah satu kedai di situ aku rasa mahal juga.  Tapi tiada pilihan sbb nak kejar masa.

2. Check in hotel 3.30 petang

Hotel Fave Hotel yang we all pilih di braga,. Hanya untuk urusan check in, sembahyang, dan untuk bersihkan badan. Very basic hotel tapi lokasinya di dalam Mall. Tapi kami sendiri tidak sempat untuk pusing area sini sebab nak kejar ke tempat lain

3. Rumah sulam 4.00 – 5.00 petang

Kebetulan salah seorang kawan plan untuk bisnes, jadi supir bawa ke sini. hurmm.. agak outdated bagi kami so end up tiada siapa pun bershopping disini.

4. Rumah mode 5.00 – 7.45 petang

Kata orang tempat ini wajib sampai kalau nak p factory outlet.  Lokasi dan persekitaran memang best. Ini kali ke 6 sampai. Hurmm.. harga rumah Mode agak tinggi lah. Tapi masih dapat grab beberapa baju untuk anak dan diri sendiri.

5. Stone Cafe 8.30 – 10.00 malam

Memang dah plan untuk dinner yang boleh menyaksikan bandar bandung. Lokasi berada di kawasan bukit di jalan Dago. Memang best sangat.  Harga makanan masih reasonable dan murah berbanding dengan harga malaysia. Sirloin steak  boleh dapat dalm RM35.00  Jika dibandingkan dengan suasana dan ambience cafe ini bagi aku memang sangat berbaloi lah.

Ada kawan aku cakap alamak mahal kut tempat ni. tapi aku bilang.. “Dun wori.. semua dah include dalam bajet rm300.00 kita kutip setiap orang tu” terus muka sorang sorang happy. Yerlah , tempat ini agak ekslusif kalau dekat malaysia mau makan riban kut untuk 7 orang.

BACA : Backpacker, flashpacker or rombongan cik kiah ke bandung

Hari kedua

Seawal 7.00 pagi aku dah set dengan kawan kawan perlu siap. Kalau tak memang akan banyak miss, sbb takut dengan macet disana yang tak berapa best hehehe. Promosi malindo yang kami ambil ni without breakfast. Pak supir bawa kami ke Kampiun antara cafe yang telah buka awal pagi.  Cozy place dan nasi goreng dia sedap.

1. Floating market  8.45 – 10.00 pagi

Ada banyak spot yang menarik di sini.  Entrance fee pun murah jer, siap tebus dapat coffee.  sangat sangat relaxing. juga ada beberapa sub taman yang disediakan seperti taman arnab, taman keretapi dan kalau dah penat ada beberapa pondok yang best untuk lepaskan penat lelah.

kalau ada anak anak memang bestlah, itulah yang mak mak ni dok ulang cakap. Selain itu tarikan disini ada gerai gerai jual makanan indonesia.

2. Taman mini 10.00 -11.00 pagi

Ini antara tarikan terbaru, 2 tahun lepas (2016) belum ada lagi or maybe aku yang tak perasan. Cantik jugak setiap rumah yang dibina khas untuk anak anak. Ala ala kidzania. Setiap rumah ada offer beberapa experience yang berlainan cthnya fire dept, police station and lain lain. Kalau bawak anak anak pastikan you all dtg sini ok.

Lokasi memang berdekatan dengan floating market. Ada shortcut untuk masuk ke kawasan ini dan juga harus di bayar entrance fee berasingan.

3. Dusun bambu 11.30 – 1.30 tengahari

Dusun bambu ni kira wish list aku sendiri, aku memang terpesona dengan sangkar burung yang ada disediakan malangnya cuaca hari tu angin agak kuat, so kawasan tersebut ditutup sebab dikhuatiri akan jatuh kepada pengunjung.

Ini namanya nak kena datang lagi lah kan.

Dalam kawasan dusun bambu ada macam macam tarikan semula jadi. Pengunjung perlu naik buggy ke kawasan utama.  Terdapat rumah rumah sawah yang disediakan untuk orang yang ingin menikmati pengalaman di sawah padi. Selain itu terdapat tempat makan yang besar, ada beberapa taman bunga yang disediakan. Untuk anak anak pula ada kawasan rekreasi comel dan menarik.

Di kawasan ini juga terdapat kawasan tasik yang sangat nyaman, dan kita boleh juga menikmati makanan sambil menikmati pandanagn tasik di dalam rumah rumah kecil di situ.

Kalau ikut banyak masa memang teringin juga tapi sebab ingin bawa kawan kawan ke kawasan kampung daun selepas ini .

Itinerari 3 hari 2 malam ke bandung

4. Kampung Daun 2.00 petang – 3.45 petang

Kampung Daun ini kiranya tempat favourite aku dari dulu. makanannya enak, dan ambience  didalam hutan dan dengan deruan air terjun itu yang buat best dan menarik.

Kalau dahulu perlu tunggu lama  dan beratur untuk dapat tempat makan tapi hari yang kami pergi orang agak kurang. Hurmm.. timbul tanda tanya juga, kenapa agaknya. Aku mengandaikan banyak tempat attraction baru yang telah di buka dan persaingan yang hebat.  Tapi macammana pun kami sangat enjoy di sini sambil melayan makan, sembang sembang dan juga menikmati pemandangan yang best sehinggalah terlari planning seterusnya. hahahha.

5. Dago dream park 4.30 – 7.00 petang

Kami sampai agak lewak, rasanya dalam 4,30 petang dan park ini akan ditutup dalam jam 5.30-6.00 petang. Terdapat beberapa attraction menarik disini. Tapi disebabkan tiada masa kami terpaksa memilih spot yang kami nak pergi.

Kawasan ini pun rasanya attraction baru, kiranya dapat memuaskan hati anak anak dan semua peringkat umur.  Kalau orang tua mesti nak relaks2.. anak anak pula pasti nak main aktiviti berbasikal dan memanjat.

highly recommended untuk bawak keluarga bercuti di kawasan ini.

Itinerari 3 hari 2 malam ke bandung

6. Beli perfume 7.30- 8.30 malam

Nasib baik sebelum sampai ke sini ada dengar . pasar perfume bandung yang murah dan berkualiti. Inilah kali pertama aku sampai ke kawasan ini. Sebelum ini agak skeptikal dan aku bukanlah pandai sangat bab perfume. Tapi ada geng geng yang dah buat study terlebih dahulu , dah google info perfume disini.

Hanya mentioned kepada supir untuk bawak kemana mana perfume store dan kami telah dibawa ke perfume “wi” yang terletak di jalan….

Harganya memang best lah. Rm12 untuk botol kecil, dan yang paling best boleh pilih ikut kataloq. Boleh lah untuk buat pakai santai santai kan. Aku sendiri grab 5 botol untuk dibawa pulang and bagi aku sangat sangat berbaloi.

7. Heritage 8.45 -9.20 malam

Agak kecewa dengan Rumah Mode semalam, kali ini aku ajak untuk pergi timbal balas di factory outlet yang lain . hurmm.. lagi banyak pilihan untuk aku sebab aku mencari baju baju yg bertangan panjang dan blouse kerja. Harga boleh dapat around rm 40-rm60.

Itinerari 3 hari 2 malam ke bandung

8. Restoran Braga 10.00 -11 malam

Kami balik hotel sempat lah nak bermandi manda sekejap dan terus bersiap untuk makan malam. Memang bercadang nak pusing pusing di kawasan braga sahaja sebab disitu pun banyak kawasan yang menarik sebernarnya.

Disebabkan agak lewat hanya beberapa restauran sahaja yang masih buka.  Kami terpaksa memilih restoran braga ini, sebab ini antara restoran yang akan bukan sehingga pukul 1 pagi.

BACA : Pengalaman bercuti ke Jepun

Malangnya servis agak lambat, dan makanan tidak berapa enak. Kalau lihat rupa setup kedai ini memang hebat betul tapi itulah Indah khabar dari rupa.

air vitamin bo>

ster ni jelah yang sedap.[/caption]

Hari ketiga

1. kartika sari

Hari ketiga

1. kartika sari

kalau datang ke bandung tak datang ke sini amatlah rugi. Segala kek dan pastri keluaran kartika sari hanya boleh dpt di jajahan bandung. malah dengarnya orang jakarta pun turun ke sini .

Baraang wajib beli segala jenis brownies and kek., bagelan atau roti bandung, kalau teringin tahu semedang sini pun ada jual.

Pisang cheese pun ada tapi agak mahal berbanding di pasar baru.

2. Pasar baru lagi

memandangkan flight pukul 3 jadi saya cakap kita ada masa shopping sehingga pukul 12. so ada masa dalam 2 jam lagi as long tahu apa yang nak dibeli.

Sempatlah teringat nak tambah telekung, tudung dan juga bedak Pixy .. hahaha yes aku beli sbb orang kata best. Aku beli dengan harga RM11.00 sahaja

3. Airport bandung – 12.30 tengahari

Alhamdulillah sampai seperti yang di plan. Flight delay sejam, jadi kami sempat susun barang semula. Dalam gambar bawah ni yang kotak kotak tu hehehe adalah pisang salai dan juga kek dari kartika sari. Sebaiknya kek dan brownies tu bawak lah ke atas.

Tips ke bandung

  1. Shopping di pasar baru dimulakan awal pagi, nanti panas makin tak larat and bila capek semua gone. rugi!!
  2. Pastikan badan fit walaupun untuk shopping, nanti cepat penat and tak larat shopping. Atau bawa supplement
  3. Pastikan ambil light breakfast kalau tak kelam kabut cari makanan
  4. Tak payah friendly sangat dengan penjual penjual fridge magnet yang dtang pada kita nanti susah nak lari hahaha
  5. Kalau nak ke Lembang seawal pagi, elakkan macet.
  6. Pilih percutian yang tidak clash dengan cuti indonesia kalau tak warga jakarta turun bandung, Aduhh abis
  7. Ini hanya Itinerari 3 hari 2 malam ke bandung kalau  4 hari jangan lupa ke kawah putih
  8. Jangan makan di warung pojok, ramai yang kena cirit birit
  9. Jangan kedekut makan di restoran Mahal, confirm sana lagi murah
  10. Pakai yg sesuai.. sport shoes or walking shoes lagi bagus.. letih oiiit jalan.

Untuk kaki travel, pastikan kit travel korang sentiasa ada. Salah satunya dengan harga RM42.90. korang boleh order ikut link ini . Siap ada lampu LED tu. okay sangatlah you all.

40 Comments

  1. Ayidonara January 24, 2018
    • azni January 24, 2018
  2. Hasnita Sawal January 24, 2018
    • azni January 24, 2018
  3. SalinaJohari January 24, 2018
    • azni January 24, 2018
  4. Leyla Nurjatiey January 24, 2018
    • azni January 25, 2018
  5. mas saari January 24, 2018
    • azni January 25, 2018
  6. Nadia Johari January 25, 2018
  7. Julia Johari January 26, 2018
  8. lisak January 27, 2018
  9. shazillahsani January 29, 2018
    • azni January 29, 2018
  10. Nina Mirza February 1, 2018
  11. athirahassin@trex February 13, 2018
  12. Moon March 25, 2018
  13. unaizah April 27, 2018
    • azni April 27, 2018
  14. Maria May 11, 2018
  15. SITI NADIMAH MUHAMMAD May 19, 2018
    • azni May 19, 2018
    • azni May 19, 2018
  16. Mohd Alif Ikhbal Bin Mohd Suhaimi May 28, 2018
    • azni May 28, 2018
  17. akila July 22, 2018
    • azni July 22, 2018
    • azni July 24, 2018
  18. anakahfatin wakiyu July 24, 2018
    • azni July 24, 2018
    • azni August 2, 2018
    • Dhani Tour Bandung September 7, 2018
  19. Dicky September 5, 2018
  20. Dhani Tour Bandung September 5, 2018
  21. DHANI TOUR BANDUNG September 5, 2018
  22. Dhani Tour Bandung September 13, 2018
  23. M. Halimi September 24, 2018
  24. Dhani Tour Bandung November 30, 2018

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!