Shopping best diluar negara dan makanan yang patut cuba

Aku ni acah acah bajet traveller. Semua nak bajet dari segi tiket flight, tiket hotel, transport, and makan tapi bab SHOPPING kadang kadang rambang mata jugak. (pompuan kan) tapi aku nak share dengan korang lah beberapa info berkenaan Shopping best diluar negara

Sepanjang aku suka travel dari tahun 2005 bermula dengan kembara UMRAH (yang ni wajib pergi dulu  yer  sebelum korang gatay nak travel p UK yang mana kos lebih kurang sama.. sempat bebel). Mata aku baru terbukak, ooo … rupanya barang2 murah jugak kalau pi oversea ni, tapi.. tak lah semua tempat murah.

Kena pandai pilih barang.  Haa ni yang aku nak share dengan korang, so manalah tahu kalau korang berkesempatan ke luar negara nanti.  Aku akan share ikut negara yang aku dah pergi dan rasa berbaloi lah… mana yang aku teringat ingat sampai sekarang heheh.. insyallah akan update time to time

 

pix source : http://manzlie-makkah.blogspot.my/2010/02/aiskrim-2-riyal.html

pix source : http://manzlie-makkah.blogspot.my/2010/02/aiskrim-2-riyal.html

 

Shopping dan makan best diluar negara

1.Mekah/ Madinah

Makanan :

korang wajib cuba makan nasi arab walaupun korang dah ada makanan yang disediakan di hotel, korang p lah cari kat keda -kedai kat luar. Pastu paling aku tak lupa adalah aiskrim dan jus manggo. fuh dia punya rasa mmg sedap giler, or maybe sebab panas yang buatkan ko rasa sedap nak makan.

Shopping :

Jubah wajib uolls kira dah jatuh taraf barang yang wajib shopping, tapi korang cari lah jubah yang kat sini rega rm300, kat sana bawah RM100 kut, untuk orang laki aku dengar jam casio. Satu lagi kalau rasa larat nak bawak, hahaha karpet. dah lah cantik and opkos murah dari Malaysia. Shopping best diluar negara

 

2.UK

nasi arab

nasi arab di birmingham

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Makanan :

Kalau pergi sana mestilah kena cari makanan halal, korang carilah makanan dari paki or pak arab yang jual nasi arab dan kebab.  Jangan lupa portion kat sana tu besar, boleh share 2 orang kowt. Jangan tamak macam aku dulu kekonon lapar sekali tak abis. Harga satu pinggan tu rm40.

Masa singgah di MILAN, italy, Seperti biasa p sana cari pak arab jual makanan halal. tapi hari tu terjumpa org italian yang masuk islam dia jual Gelato. Sedap juga, first time aku rasa and masuk Gelato baru nak masuk malaysia

carboot sale UK

Shopping :

Untuk orang bajet macam aku terdapat banyak benda yang korang boleh pikirkan benda Shopping best diluar negara jika jejak carboot sale  Dia orang ni sangat jujur, kalau ada bag koyak pada part tertentu dia orang akan inform. Aku dapat beli kasut adidas untuk iman, orang tu  tak sempat pakaikan untuk anak dia. Pastu sempat beli bag yang good quality, pastu nyaris nak beli iron steam yang giler murah hahahah tapi sebabkan berat maka lupakan lah.

Pergi sana wajib p PRIMARK. Ya allah, giler murah. baju budak buleh dapat 1 pound, giler apa…. secara relatif compare dengan kita rm5.00 so… murahlah kan..

3.Milan, Itali 

Shopping : Aku tak plan nak beli apa masa tu, tapi aku racun abang aku beli Bag marinaraduck yang mahal nak mampus kat malaysia nih. Kakak aku yang pernah pergi sana pun cakap bag kulit situ sangat berkualiti. Mahal tapi tak semahal di malaysia. kira Shopping best diluar negara lah ni. Banyak beza tu

4. Switzerland:

shopping : Wajiblah beli jam weh. Aku beli Jam swiss Army berharga RM400 dan bila balik  Malaysia dalm harga RM900.00. abang and laki aku pun beli jam. Nyaris tak kena ” bodoh” ngan abang aku sebab tak nak beli jam tu hahha

 

5. USA ( New york, washington DC, philadephia)

halal-food-food di new-york

Makanan :

Aku mmg tak sangka makanan senang dapat kat new york. Korang jangan risau, sebab berlambak kut makanan halal jual kat sana .

Starbuck

hanya rega $2.50 usd kut, bawah rm 10.00, Starbuck tu macam kedai kopitiam jer kat sana. Masa aku p sana aku dapat freeflow masa training. Dok pulun minum sebab jet lag  terlampau banyak sangat minum sampai nafas pun busuk. kih kih..

Untuk makanan heavy pulak kita orang makan mandy with rice. RM15.00 untuk satu pinggan tapi portion dia punyalah banyak boleh share 3 beranak.

Shopping :

Kat US ni shopping lah paling best dari semua tempat yang aku pernah p. Kalau pergi factory outlet woodsburry tu 2 hari pun tak cukup. Kawan aku sorang pernah cakap ko tak habis 10k ko jangan balik. kurang ajar dak kawan aku tu. hahahaha. Tapi kan aku acah acah bajet traveller, tak suka nak abis kan duit sangat. tapi memang barang murah ya amat weh… gila gila punya murah.

So tak sampailah 10k, sbb aku takut berat lebih. tapi rupanya byk lagi space yang aku dpt. rugi rugi.

 

kate spade hand bag

 

Bagi aku ni sebagai seorang perempuan COACH adalah  barang yang wajib shopping. Korang wajib beli bag coach yang boleh dapat bawah RM500, tapi dekat malaysia ni rega RM1000 ke atas. Same goes to Kate spade. Aku jarang beli barang mahal, tapi kalau cenggini punya murah aku amik 3 bag terus, so collection aku sekarang Coach, Kate Spade and Fossil. umor 40 baru nak merasa bag mahal weh.

Lagi satu Shopping best diluar negara jika ke USwajib beli adalah Levis, sah sah lah  mmg US punya produk, baju Gap pun murah nak mampus.

Untuk budak korang barang yang wajib shopping beli LEGO. tapi yang besar punya bukan yang kecik kecik, rugi. laki aku beli baju kerja nautica rega rm60 jer kut.. kat Malaysia mau dekat RM200++. Satu lagi yang paling berbaloi jacket TImberland. kita orang check dekat outlet sini dalam RM800 tapi dekat sana bawah RM200.

 

shopping di factory outlet

 

Untuk mak mak ni.. korang wajib beli Corelle. separuh harga dari kat Malaysia weh, aku memula tak nak beli sbb takut tak muat luggage and takut pecah. sekarang dah menyesal sebab beli 1 sahaja.

Barang barang kat US mmg murah giler. Susah aku nak cakap. dan buat aku rasa nak repeat lagi p US. Hanya orang yang pernah sampai sana jer paham perasaan aku nih .

Baca : Travel ke new york 

 

6. Hong Kong

Makanan :

Kat hong kong ni ada beberapa tempat makanan yang femes tapi aku agak risau bab halal. sanggup masak dekat homestay. tapi untuk try makanan halal tu korang boleh pergi dkt chinesse muslim.  tapi .. harga makanan dekat sana mahal nak mampus…. giler punya mahal…. sakit hati rasa. New york pulak boleh dapat murah.

Shopping ;

hahah tak ada apa yang syiok beli hong kong sbb takut barang made in china.

 

5. Bandung

459532_10150609177677712_1294530272_o

Makanan:

Bandung ni kira macam kampung aku la. purata 2 tahun sekali aku mesti datang sini. Heaven untuk shopping and makan. Wajib makan nasi padang, sunda dan juga western yang kalau kat malaysia ni steak RM60, kat sana ko dapat rm20.00 Banyak kali dah aku kena, makanan padang pulak yang jatuh mahal.

korang wajib shopping di kartika sari, untuk try brownies kukus , pisang bolen, dan roti bagelan/bandung. dekat jakarta pun susah nak jumpa

Shopping :

Sana shopping best giler sbb duit kita lagi besar. Normally aku beli stock baju iman untuk 2 tahun terus. Beli dekat factory outlet tertentu.  Korang wajib shopping baju mandi muslimah yang dekat malaysia RM100++ sana boleh dpt rm50.00 sahaja.

Kain batik, lace mmg murah compare to malaysia.  tapi kena pandai nego lah.

 

7.Jakarta

Makanan:

kalau ke jakarta mmg banyak tempat makan menarik, selain makanan yang aku sebut mcm di bandung, we all try makan seafood pulak. Harga mmg confirm murah dari malaysia with ambience yang best untuk hang out.

Shopping :

Jakarta banyak tempat best shopping. Kalau ke tanah abang pastikan beli barang dlam jumlah kuantiti 6 pasang barulah dapat harga murah. Pergi sana wajib shoping untuk baju dan kain. A

ku beli skirt jeans yang dkt sini harga RM60.00 sehelai tapi aku beli dengan harga RM21.00 shj kut, seluar sukan yang ada skali dengan skirt tu dan juga blouse kerja. Baju batik indonesia pun lawa dan murah.

 

8. Ho chi minh

Beef noodle baik punya. Mai hcm x mkn mee ni x lengkap okay . #hcm #foodreview #beefnoodle

A photo posted by azni (@azni) on

Makanan :

Benda yang ko akan teringat ingat nak makan bila balik malaysia  Pho Mee dan kopi vietnam. Memang best.!! Sana dah banyak makanan halal. korang jangan risau. Bersepah orang muslim kemboja jual

 

 

Shopping :

Kalau perempuan pergi sana haruslah syurga kain dan pakaian . Kain cotton boleh dapat RM23-30 ikut jenis kain. Telekung wajib beli. kualiti lagi bagus dari indon sebab kainnya labuh dan ada yang buatan tangan . Dulu selalu jer aku beli baju siap tapi bila 2/3 kali pergi tak berubah design. Aku suka tempah kalau kesana.

Baju kain chiffon dan siap tempah dalam RM110.00 sahaja. Laki aku kalau pergi sana akan pesan bag deuter atau kalau nak kualiti elok cari karrimor. Aku hanya pergi satu kedai yang di luar ben thanh sebab kualiti tak sama macam orang jual di tepi jalan.

Korang boleh baca Tips shopping di Ho chi Minh untuk lebih details

9. Thailand ; krabi, danok, bangkok

Sup tulang

nenas manis

Makanan :

Haruslah Tomyam. Power giler kut. Lagi satu kalu p area sana korang try makan pulut ayam ker, pulut udang and opkoslah pulut durian. Heaven…  Lepas tu aku tak ingat satu tempat tu, abang aku bawak satu tempat makan, sup tulang thailand ni memang power jugak berapi, pedas pedas masam. Memang best juga travel by car kesana

Sewaktu singgah di hatyai sempat singgah di satu tempat yang semua makanana dijual diatas bot femes dengan panggilan floating market. Gambar kat atas tu, kita orang singgah makan nenas manis ya amat.

Shopping :

Aku tak berapa minat barangan thailand lah tapikorang boleh senang dapat jersey bola dari gred A sampai gred C. aku tak shopping sangat kat sana. Cuma kalau ke bangok aku pergi ke chatu chak kat sini ada banyak jugak barang menarik

 

10. Perth

Fuh, aku tak sangka Perth ni pun seronok untuk bershopping. Paling penting kenalah pergi Factory outlet Watertown yang terletak di CBD.  cuba teka harga setiap barang yang aku beli di bawah ni. Bila ingat balik memang boleh rasa “eh… napa sikit sangat aku beli”

Makanan

Australia memang terkenal pengeksport ternakan lembu, so dagign lembu and kambin agak murah di sana. Jadi korang kenalah cuba Daniela chicken Charcoal. Kalau korang ke sini aku nak suruh korang amik Lamb Ribs dia.. perghh tak jumpa lah kat malaysia ni. Kalah abis Tony romas or Tgi Friday.

Aplle strudel corica pun sedapnyer… sangat fluffy dan cream yang best. dan tidak terlalu manis. Tapi kalau korang nak cuba makanan halal yang lain boleh refer Tips Makanan Halal di Perth ni.

Shopping

haha heaven juga. Korang kalau ke sana pastikan Correlle tu wajib beli 2 set. nanti menyesa. Murah yakmat! berbeza dengan harga Malaysia. Bermula dari harga RM150 untuk design lama hinggalah RM300.00. BOnds pun wajib beli, lepas tu pergilah Kmart kalau berani.hahaha aku naik tak tentu arah weh.

Kalau aku nak cerita banyak tak habis. Entri ini mukadimah sahaja. Korang boleh intai apa lagi yang seronok shopping di Perth

 

11. Jepun

aku pergi ke Jepun dalam tahun 2016. Fuh kalau cakap pasal jepun ni seronok yakmat tapi boleh menangis sebab currency kita dengan Jepun memang sangat sanagt lah rendah. Jadi boleh kata kami kurang bershopping di sini. Namun taklah tak sampai tak shopping kan heheh

Makanan

Makanan jepun mahal, tapi disebabkan teringin juga nak rasa makanan di sana kami adalah mencuba beberapa tempat yang memamng dalam list wajib cuba.  kalau korang turun ke Osaka, di shin osaka station almost everyday aku akan membeli wafel dia. aku yakin halal lah.. setakat tepung jer. Sedap weh . macam belgian wafel.

Di kyoto kami sempat makan di  …. di tokya we all try satu tempa yang menyediakan wagyu. Satu hidangan dalm Rm260.00 huhuhu kami share 3 beranak. Jadilah buat merasa

harga dalam rm3.00 di malaysia di family mar dalam RM6

 

 

huhu sedap sangat tapi cecah harga RM20.00 kuuuutt

Shopping

Setengah orang pergi ke sana beli kasut, beli bag anello tapi kami tidaklah minat nak beli. Kalau nak shopping murah pergi ke Book Off haa.. situ mampu milik.  Uniqlo pun tidaklah murah sanagt. Ingatkan seperti US bilama barangan local made akan murah. So kami sekadar masuk dah keluar.

Tapi sebelum pergi aku dah aim satu Facial brush yang telah menang award. Aku jumpa di Mitsui outlet dan Isetan malaysia. Disini berharga RM300 tapi disana aku dapat dalam RM150. almost 50%,. Ini berbaloi!!

Shopping best diluar negara

 

TIPS nak shopping ni, before korang nak berangkat tu .. rajin rajinlah p survey dekat mall then you akan appreciate barang tu murah atau tak.  contoh abam kita dah siap survey harga jam Gshock sebelum trip ke japan end of Nov nnt.

 

Best travel ni, dapat refresh your mind and soul dan  semua orang boleh travel. Korang boleh baca dekat tips menabung untuk travel JOM Travel.!! Sapa kata tak boleh belanja RM1000 ke luar negara .Aku dah buat. 2 kali aku bawak geng dan famili aku bandung. Nanti kora

 

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!