Tips pilih kursus Universiti lepasan SPM | Apakah kecenderungan kerjaya anak-anak kita? Walaupun berjaya dapat 10A belum tentu akan sukses di Universiti dan Alam pekerjaaan. Kadang-kadang bila kita jumpa dengan kawan kita yang pernah skor dengan flying colors zaman SPM tapi kerja biasa biasa sahaja, tapi sebaliknya ada yang result SPM biasa-biasa boleh sampai jadi orang kuat, Top Management di syarikat mereka
Table Of Content
Ada banyak faktor sebenarnya.
Keputusan SPM telah pun keluar semalam. Tahniah kepada ibubapa yang anak-anaknya berjaya dalam keputusan SPM mereka. Tahniah kepada anak anak yang telah berusaha kuat untuk mendapat kejayaan SPM.
Tahniah jugak buat anak-anak yang telah berusaha dan memberikan keupayaan terbaik mereka namun keputusan tidak seperti apa yang diharapkan. Redhalah dengan apa yang telah Allah berikan. Perancangan Allah itu lebih baik.
Insha Allah akan kita fahami kemudian hari nanti. heheh aku lah antara contoh orangnya tapi aku salah isi borang UPU hampir tewas tapi aku bernasib baik dapat kursus yang kena dengan jiwa aku
Ke mana anak-anak ini selepas SPM?
Ramai yang akan melengkapkan borang UPU untuk memilih bidang yang akan mereka pelajari di peringkat tertiari. Terdapat banyak senarau kursus UPU yang ada, tetapi belum tentu ‘ match’ dengan result dan ‘ kuota’ yang ada .
Memang sangat challenging !
Berhati- hati dengan ijazah atau kursus yang tidak laku di Malaysia, dan ambil tahu kursus yang kurang popular di Universiti. boleh refer Ini pula data lokal dari Critical Occupational List, Talent Corp – setiap tahun dikeluarkan pekerjaan apa yang ‘hot’
kebiasaanya mereka ada pilihan mengikut kejayaan agregat dan subjek pilihan kepada cabang dibawah
- Matrikulasi
- Asasi Sainas
- Diploma
- Ijazah – seperti di UTM
- Sijil
- Tingkatan 6
Ada yang mendapat cemerlang di matrikulasi tetapi tersalah pilih kursus pula selepas tamat. Dengan kata lain adakah mereka tahu kecenderungan kerjaya masing-masing?
Adakah anak-anak sudah tahu bidang yang sesuai dengan diri mereka?
Sebenarnya pilihlah kursus yang sesuai dengan personaliti dan minat kita selain daripada mengkaji keperluan kerjaya 5-10 tahun akan datang. Lebih elok pilih bidang yang diceburi nanti selari dengan kecenderungan kerjaya diri sendiri.
Bagaimana nak tahu kecenderungan kerjaya kita? Buat ujian kerjaya.
Kebiasaannya guru kaunselor sekolah telahpun membuat ujian kerjaya kepada pelajar-pelajar semasa mereka di tingkatan 4 atau 5. Dan keputusan ujian kerjaya boleh memberitahu jenis bidang kerjaya yang bersesuaian dengan diri dan minat masing-masing.
Bagi yang belum tahu minat kerjaya mereka, ujian kerjaya juga boleh dibuat melalui online. Search internet ‘Career Test’ ataupun Inventori Minat Kerjaya.
Disarankan guna Holland’s Career Test ataupun Inventori Minat Kerjaya Sidek. Banyak juga penerangan tentang ujian kerjaya ini di dalam internet.
Mestikah nak buat ujian kerjaya ni?
Jawapannya Ia bukanlah satu kemestian. NAMUN jika kita buat ujian kerjaya ini, kita akan tahu dan boleh faham jenis-jenis kerjaya yang sesuai dengan personaliti diri dan juga nilai hidup yang kita pegang.
Bila kita belajar bidang yang sesuai dengan diri, proses akan menjadi lebih mudah kerana kita sedang mempelajari perkara-perkara yang kita minati.
Menurut kenalan aku di salah sebuah Universiti, Dia telah memberikan kaunseling kepada ramai pelajar di universiti yang sangkut dan bermasalah untuk meneruskan pengajian di universiti.
Bila diminta mereka membuat ujian kerjaya, hampir 90% pelajar-pelajar ini mempelajari bidang yang bukan minat mereka. Lari jauh daripada kecenderungan kerjaya diri mereka.
Dengan sokongan kaunselor pelajar-pelajar ini membuat permohonan menukar bidang pengajian mereka. Ada yang bernasib baik diberikan peluang kedua oleh pihak uni. Walau bagaimanapun, mereka sudah rugi belajar beberapa semester dan tidak dapat grad bersama-sama dengan rakan sebaya.
So,ibubapa kepada anak-anak yang akan mengambil SPM serta yang baru sahaja result SPM, pastikan anak kita tahu kecenderungan kerjaya masing-masing sebelum memilih bidang kursus di universiti
“Tapi… Parent saya nak saya jadi doktor”
Sudah sampai masa kita educate parent kita yang dunia dah berubah. Kerja bagus dalam dunia ni bukan hanya jurutera, doktor, peguam, arkitek. Bukan salah parent, sebab parent kita hanya tahu kerja itu je yg bagus. Kita la kena educate!
Pastikan result cemerlang anak-anak semasa SPM akan kekal cemerlang semasa di universiti kerana mereka seronok dan minat belajar bidang kursus yang mereka ambil di univeristi. Untuk kes aku, aku memang bernasib baik Pihak UPU pulak yang meletakkan aku dalam kursus yang sesuai dengan kelayakan aku, korang bacalah kisah aku dalam entri cara pilih course
Rumusan Tips pilih kursus Universiti
- Tahu minat dan kekuatan diri
- Tahu kerjaya apa sesuai dengan diri
- Tahu jenis/sektor kerja tinggi permintaan
- Buat pilihan kursus yg melayakkan anda dapat kerja tersebut
Maka, tak semestinya A level itu terbaik dan STPM itu lekeh.
Salah! sebab aku produk STPM, budak MRSM. tapi korang kena baca entri kegagalan yang penuh hikmah dan aku harga
Memang bagus dan perlu buat ujian tu. Baru tahu apa langkah seterusnya kan.
Saya setuju.. parent juga perlu tahu kemana arah tuju sesuai dengan kelebihan anak tanpa abaikan minat dan kemampuan anak.