Tips Masuk Rumah Baru dari Interior designer puan Nazihah dari NZ Design . Setiap kali orang masuk rumah baru aku yang teruja sebab masa aku pindah rumah baru dulu heheh bajet nan hado. Aku buat yang basic basic sahaja.
Table Of Content
- Ini tips dari Pakar Interior Designer, bukan aku
- Ini pulak content berkaitan Deko di Modernmumthingy
- Tips Masuk Rumah Baru Untuk Rumah lebih Wow
- Siling dan wiring
- Cat Rumah
- Kitchen Cabinet
- Lantai
- Curtain/ Blind
- Perabot, wall frame dan aksesori
- Built in wardrobe and cabinet
- Displin dan Sabar dalam Mendeko rumah dengan Tips Masuk Rumah Baru
- Jom Follow IG Deko sis
Impressed betul tengok orang yang ada bajet buat rumah dan panggil ID yang bayar puluh ribu ni. Banyaknya duit korang huhuhu .. mesti semua gaji besor besorkan.
Aku memang tak mampulah huhuhu, sebab priority aku dari dulu hingga kini bab travel and makan. Kalau travel pun bajet traveller style sahaja yang mampu.
Cuma.. Semenjak PKP ni baru lah aku beria sikit nak kemas rumah, upgrade apa yang patut. Aku banyak spend dui untuk travel jer hahah tapi sekarang banyak yang dah makan usia huhu . So sekarang banyak benda yang aku upgrade buat secara DIY. Even DIY pun makan amount yang besar juga
Itu yang aku hairan orang yang renovate rumah kow kow nih. Mesti ada bisnes part time atau husband and wife gaji besar
Tapi eh ! aku bukan dengki hahaha aku cuma impressed dengan penyusunan kewangan orang lain.
Walaubagaimanapun, tak cukup duit tak bermakna kita tak boleh mendeko. Kita cari dan followlah orang yang terer bab ini.
Aku suka baca perkongsian dari Puan dari syarikat NZ design ni memang best. memang selalu follow FB dia. Seronok baca tips dia, tak kedekut ilmu lansung.
Ini tips dari Pakar Interior Designer, bukan aku
Ini dia share sedikit beberapa tips untuk mereka yang nak buat sendiri urusan reno dan deco
Aku ni setiap hari berangan nak buat renovasi di kawasan rumah, itu yang segala info info berkaitan renovasi, dan juga ID aku suka baca dah kumpul untuk aku sendiri. Ini kan blog aku hahaha so macam diarilah .
Nanti senang aku nak refer. Kalau save dekat Fb kadang susah nak cari.
Kalau korang navigate menu diatas bab ” Deko” senang nak cari info pasal bab ini sahaja. So jom kita ikut status puan pasal deko
Kalau ikut story Puan apa-apa pun mesti kena ketahui bajet anda dahulu sebelum memulakan reno dan deco rumah kediaman anda. Rugi kalau tak tak kongsikan dengan korang Tips Masuk Rumah Baru dari orang yang berpengalaman macam nih
Ini pulak content berkaitan Deko di Modernmumthingy
- DIY repaint Kitchen Cabinet RM250 sahaja
- Simpan tudung dengan Ikea Billy sahaja
- Dekorasi Bilik Anak Lelaki
- DIY Wainscotting Modern
- 11 cara ubahsuai rumah ; DIY vs Kontraktor
- Tempah Chesterfield secara online
Tips Masuk Rumah Baru Untuk Rumah lebih Wow
Siling dan wiring
- Faktor utama nak bagi rumah nampak cantik adalah siling. Tak semestinya kena buat plaster ceiling design mewah2, tak semesti juga kena buat cornice atau frame apa-apa. Design plaster ceiling jenis flat pun cantik.
- Yang penting banyakkan point lampu yang tersusun kemas dan point kipas juga diletakkan ditempat yang betul. Kalau boleh janganlah tambah point lampu atau kipas menggunakan casing. Sekarang ni kebanyakan developer agak kedekut nak bg point lampu di bilik tidur.
- Kadang-kadang 1 point je dengan keluasan bilik tidur yang agak besar. Jadi nak tak nak kita kena tambah point lampu dengan buat plaster ceiling. Sebab kalau kita hack slab lagi melibatkan kos yg tinggi.
- Selain kelebihan nampak kemas dan cantik, kita boleh tambah beberapa point lampu deco untuk menaikkan seri sesuatu ruang. Contoh point untuk eyeball, tracklight, pendant lamp dan lain2.
- Untuk point aircond juga pastikan dirancang betul-betul. Kalau boleh elakkan tambahan casing untuk site kepongmas ni saya guna design L box jenis memanjang terus dari living hall ke dining area.
- Untuk salah satu projek yang dia pernah buat disebabkan siling rumah mereka agak rendah(tuan rumah xnak box untuk kipas), jadi design yg lebih sesuai dan praktikal adalah L box dengan 2 point kipas, 1 point lampu gantung di tengah antara ruangan tersebut dan mainkan dengan downlight jenis cool white, T5 color kuning, eyeball warm white.
- Manakala di dapur saya gunakan design jenis flat dan beberapa eyeball di atas kitchen cabinet. Kami sediakan beberapa point aircond siap2 di living hall dan bilik
Cat Rumah
- Bila siling rumah dah cantik, dinding pun kenalah lawa kan.
- Kita boleh tetapkan beberapa tema color. Pemilihan color cat mestilah berdasarkan tema yang kita minat.
- Ada orang suka natural yang lebih kepada grey, beige, soft brown, cream dan putih. Warna-warna seperti ni sesuai untuk semua jenis tema.
- Kalau minat dengan tema farmhouse, dinding color putih amatlah sesuai.
- Ada yang berani dengan warna2 yang terang/gelap. Boleh je kalau pandai mix and match dengan perabot yang sesuai. Tapi make sure jangan semua dinding, fokus pada feature wall sahaja
Kitchen Cabinet
- Ruangan dapur adalah ruang yang kita kena berhati-hati Jangan ada yang tersilap pilih material, kod color dan kontraktor.
- Salah pilih memang bahaya, sebab nak tukar lain dalam masa terdekat memang susah dan ia melibatkan kos yang agak tinggi
- Di pasaran sekarang banyak kontraktor2 kabinet yang menawarkan harga yang murah. Tapi kena hati2 dari segi kekemasan kerja yang dibuat, material yang diberikan, hasil kerja mereka dan aksesori yang disediakan.
- Ada yang suka asingkan ruangan dapur kepada dry dan wet kitchen. Ada yang suka open concept kitchen dan ada juga yg suka ada privacy untuk ruangan dapur mereka.
- Semua bergantung pada bajet dan size keluasan dapur.
- Antara material yg ada adalah melamine, 3g, 4g, formica, solid nyatoh, mdf dan lain2. Bagi saya semua ok cuma kod dia je kena pilih betul2.
- Nak selamat pilih putih, hitam, grey dan warna elemen kayu.
- Nak nampak elegant boleh pilih color2 yg berani seperti emerald green, dark blue, mint, turquoise
Lantai
- Lantai jenis tiles atau lantai kayu kedua2nya cantik. Pemilihan jenis lantai ni berkait rapat dengan kos yang diperuntukkan. Kalau ada bajet lebih boleh lah tukar kepada lantai kayu. Sebab lantai kayu ni nampak lebih modern, kemas dan cantik.
- Lantai kayu ni ada banyak jenis. Terpulang pada citarasa masing2. Cuma apa yg saya nak bagitahu kalau size rumah agak kecik dan kurang elemen pencahayaan pilihlah kod lantai yang soft.
- Jangan ambik yang gelap nanti rumah nampak sempit *Tuan rumah pilih lantai kayu jenis SPC untuk rumah mereka. Ia lebih tahan dan kualiti
Curtain/ Blind
- Setelah selesai semuanya, sekarang masa untuk pemilihan curtain dan blind.
- Curtain ni dipilih berkait rapat dengan color cat yang kita pilih awal2 tadi. Kalau cat lebih kepada light, curtain kena pilih yang dark sedikit untuk naikkan seri.
- Kalau nak pilih curtain, pilihlah material jenis blackout dan untuk menjaga privacy mestilah ada day and night curtain(sheer).
- Bila siang barulah tak risau nak buka curtain, syariat pun terjaga.
- Jenis2 jahitan yg ada adalah jahitan cangkuk biasa, eyelet, double pleat, box pleat, ripple fold, pinch pleat dan lain2.
- Nak nampak kedutan yg cantik dan terletak boleh gunakan jenis double pleat, tp kos ni agak mahal sedikit.
- Untuk bagi nampak ruang lebih luas ukur curtain mestilah wall to wall dan full height. Kalau kelebaran frame tingkap tu kecik, tak apa kita buat curtain besar. Baru nampak wow
Perabot, wall frame dan aksesori
- Boleh katakan hampir semua orang akan excited kalau part ni. Yelah nak pilih perabot dan aksesori ni memang feel dia lain sikit. Kalau rumah jenis apartment jangan beli terlalu banyak perabot.
- Cukuplah sofa 2/3 seater, armchair, bench/stool, coffee table, tv bench.
- Kita jangan sempitkan lagi ruangan yg ada. Kecuali kalau betul2 ruangan tu besar. Untuk entrance, kita mainkan dengan console table, chest of drawers atau cabinet yang sesuai.
- Bagi ruangan makan pula pilih meja makan berdasarkan size ruangan. Aksesori pula cukuplah nak bagi sesuatu ruang tu nampak seri, tidak perlu berlebihan2.
- Minimalis tu cantik. Ingat ye, semua pemilihan bergantung pada tema yang kita dah pilih awal2 tadi
Built in wardrobe and cabinet
- Ini last keperluan kalau kita mempunyai bajet yang lebih. Kita boleh buat terus masa awal2 proses reno tu, tapi kalau tak ada bajet lagi tak apa boleh buat kemudian selalu wardrobe jenis material melamine full heigth 2 pintu dalam 2k+.
- Bila ada wardrobe ni lebih kemas dan tersusun. Semua barang2 tambahan seperti toto, luggage bag, bantal2 boleh simpan dalam wardrobe.
- Tapi tak apa, ia bukanlah satu keperluan wajib untuk sesuatu dekorasi
Displin dan Sabar dalam Mendeko rumah dengan Tips Masuk Rumah Baru
Kedua2nya inilah amat penting dalam proses reno dan deco. Kena displin dalam pemilihan tema dan color. Jangan kejap nak color pastel, tiba2 dinding lain color purple Sabar dalam setiap proses yang dilakukan.
Kalau tak cukup bajet atau masa lagi buat satu2 ruang. Yang penting masih lagi tema yang sama.
Jangan buat sekaligus semua ruang tapi setiap ruang tu siap separuh kerja dan last sekali elemen kekemasan sangatlah penting.
Bila kita displin dan sabar, setiap kerja kita akan nampak kemas. Tahniah kerana memiliki rumah kediaman, enjoy dengan setiap usaha yang dibuat
Jom Follow IG Deko sis
heheh jom geng deko kita sama sama follow IG .
lagi satu jangan lupa follow IG aku yang baru khas untuk rumah sahaja IG Makeover_no13
No Comment! Be the first one.