Tips beli rumah dan habiskan dengan cepat, Aku nak share berkenaan pembelian rumah, moga ada yg boleh ambil sebagai panduan atau sesiapa yanga ada pendapat yg bagus juga boleh share bersama. 5 tips yang aku pegang nak settlekan loan rumah seperti dibawah.
Table Of Content
Perasan tak ramai komen dekat facebook kenapa diorang dah lama buat pembayaran pinjaman tapi principal dia tak bergerak?….Lepas 10 tahun bayar pinjaman diorang, principal dia bergerak sedikit aje yang kurang. Rupanya, pembayaran installment mereka sebelum ni mostly untuk bayar interest/profit sahaja.
Jadi korang kena paham macam mana loan rumah ni bergerak.
Loan Rumah guna formula Rule 78
Maklumat ini aku dapat dari Dr Arzaim Naim
Kenapa 78? basically, dalam setahun ada 12 bulan. Jadi 1+2+3….12 = 78.
- Contoh senang, say that kita ambik pinjaman $3,000 dengan interest 6% untuk setahun. Jadi total interest untuk setahun adalah $3,000 x 6% = $180.
- Jadi total loan kita adalah = $3,000 + $180 = $3,180. Jadi, kalau pembayaran dalam equal installment = $3,180 / 12 = $265 setiap bulan.
- Kita akan bayar $265 setiap bulan selama setahun sampai habis.
Masalahnya, lepas 6 bulan, kita dah bayar = $265 x 6 = $1,590.
Tapi, dari $1,590 yang kita dah bayar, $1,458.46 potong principal loan, $131.54 untuk interest.
Jadi, sepanjang 6 bulan tu, kita dah settlekan 73% untuk interest sahaja ($131.54 / $180.00 = 73%).
Pasal, interest calculation tu di kira (bagi bulan pertama) = 12 / 78 x $180 = 27.69.
Masuk bulan kedua; 11/78 x $180 = $25.38…. dan seterusnya (Rujuk Gambar 2).
Loan rumah habis dalam masa 11 tahun
Aku berkahwin pada thn 2000, dan tekad untuk beli rumah seawal mungkin. alhamdulillah dapat beli pada tahun 2001 dan dijangka siap pada tahun 2003. Sebelum tu dah niat nak habiskan hutang secepat mungkin. Target umur 40 sepertimana mak dan pak mertua habis hutang rumah dan dapat buat haji,.
Misi nak habiskan hutang rumah pada umur 40
Sekali lagi.. syukur alhamdulillah walaupun beli rumah dari sykt talam dua muka.. rumah aku berjaya siap on time. masa tu .. hanya rumah itu yang saya mampu. Lagipun aku ni bukan risk taker. Sekarang ni ralat tak beli corner lot.. huhuhu.. tapi yerlah.. sebab alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. cuba kalau ada masalah.. lain pula jadinya kan.kan
Cuma Sehingga kini strata title rumah aku belum settle sebab Talam ni dah bankrap. Naiya sungguh.
Tahun 2013… saya dah abis bayar rumah.. Yeayy!!!
Nilai Loan rumah pada tahun 2000
Tips beli rumah dari kisah aku. Aku decide buat loan dengan AMBANK selama 30 thn, dengan bayaran bulan RM861 untuk rumah yg berharga RM148K. murah kan..?? tapi dulu aku rasa dengan gaji yg sikit macam beban juga, takut tak mampu bayar, tambah pulak laki aku pernah kena VSS jadi trauma tu adalah sikit.
Banyak juga bank lain yang aku survey sebelum decide ambil dengan Ambank loan ruamh nih
Mulanya aku rasa ralat sebab rasa tertipu dengan pihak bank yang suruh buat pinjaman yg sepanjang mungkin. Aku ambil 30 tahun tetapi rupanya, setelah pergi dengar talk dan pembacaan .. okay juga lahh keputusan aku ni.
Biar tempoh pinjaman panjang. Jadi kita tidak tertekan. ini yang aku nak kongsikan Tips beli rumah, kelebihan ambil loan panjang tapi kita speed pula dengan push bayaran principal.
Aku pujilah sales person AMBank ni datang rumah untuk terangkan proses dan tatacara untuk proses loan.
BACA : lima-tips-menyewa-rumah-ideal-anda
5 Tips Beli rumah dan habiskan loan rumah dengan cepat
Korang hadam 5 benda yang penting ini yang aku pegan sewaktu nak cepat-cepat habiskan loan
- Keluarkan duit EPF setiap tahun
- Rajin2 call bank untuk dapatkan baki yang tinggal.
- Study statement bank yang dapat tiap tahun – tengok pergerakan prinsipal dan interest
- Pastikan cakap pada pihak bank deduct prinsipal, kalau pembayaran di kaunter
- Jangan ambik duit EPF untuk bayar installment . NO! duit anda akan hilang kemana or spend pada lain
Kalau ada lebihan cash pergi bank pun mintak settlekan prinsipal sebab interest x accumulated balance (prinsipal + interes), ini adalah rule 78.
Keluar wang EPF untuk langsaikan hutang
Aku dah suami telah mengeluarkan wang KWSP setiap tahun sebab nak fight dengan interest yangg dikenakan. Cuba bayangkan 3 tahun pertaman bayaran bulan RM861.. tapi prinsipal ditolak hanya RM100-RM200 sahaja. .. aish .. bila nak abis ni..
so baca punya baca.. tanya org.. so aku nak lawan dengan interest yg bank kenakan, kerana interest dikenakan atas baki tertunggak. so dalam masa 5 thn pertama aku tak nak bg interest beranak. so without fail kami keluarkan wang EPF sbb tak nak menanggung hutang di hari tua .. huhuhuh..
Jangan sesekali amik EPF untuk lunaskan bayaran bulanan
Kalau orang tidak terdesak, dan tak ada plan untuk habiskan loan rumah dengan cepat ramai yang ambil duit EPF untuk cover bayaran bulanan.
Tapi, percayalah duit allocation untuk bayaran loan rumah sebelum ini pasti habis pada tempat lain. . Nasihat aku, better habiskan lump sump pada prinsipal dari bulanan.. errr.. sebab aku tak tahu kemana duit aku menghilang. Aku dah laluinya
So tahun seterusnya, kami ambil ‘segedebuk’ untuk turunkan amoun prinsipal
So sekarang dlm proses untuk settlekan dengan bank untuk dokumentasi segala tukaran milik. Rupanya nak tutup ni pun kena enggage lawyer, nasib baiklah ada kawan yg membantu.
Moga semuanya berjalan lancar dan berjaya. AMIN. moga Tips beli rumah dapat membantu korang
kongsilah sikit secret camana nak buat camtu jugak
klau loan 150k bayar bulan 1000 selama 20 tahun .
Assalam..nk tanya. Awak buat refinance rumah yg dh hbis byr tu bank mana?
nazirah, actually bank mana mana pun boleh. setiap bank ada promosi. tujuan asal nak refinance nak invest dalam ASB. Saya tak jadi refinance sebaliknya saya buat loan ASB setelah banyak follow khairul Ezuwan dan lain lain.
Kawan sayang baru refinance dengan Bank Islam. tapi agak slow laa… dah 6 bulan prosesnya masih belum final. Refinance ni bagus sebab dapat settle yang lain. kena tanya banyak bank