Weh! buat pertama kali iman suka minum susu Fernleaf UHT! Semuanya bermula gara – gara nak masuk contest susu Fernleaf UHT. Boleh pulak si hero kecik tu tersuka dengan susu ni. Aduiii.. Miracle, Mak rasa nak nangih nih … Iman ni seorang budak yang tersangat lah payah nak suka makan dan juga minum susu, in fact 2 minggu lepas dia hampir kena gastrik. Memang tak sangka Iman boleh tersuka susu fernleaf UHT 100% mmmmm ni.
Table Of Content
Boleh sujud syukur tau!
Last iman minum susu pada umur 4 tahun. lepas tu memang tak hingin dah susu-susu ni, dia kata… macam untuk budak budak jer minum susu. Padahal dia amik dengan cornflake dia tak sedar.. hahaha budak budak kan ada part pelik disisi mereka.
Iman bersaiz agak kecil kalau dibandingkan dengan kawan kawan dia, kalau ikut kawan kawan aku yang bekerja dalam bidang perubatan dah advice banyak kali supaya dia kena ambil banyak protien and kalsium kalau ingin cepat membesar. Tapi budak, apalah dia fahamkan mana datang kalsium semua tu.
Kata iman dia tau sebenarnya sebab dah belajar dalam kelas sains darjah 2, tapi heheh sebelum ini iman tak minat lah susu.
Maybe, kesilapan mama dia juga hahah sebab banyak expose dengan pelbagai makanan sampai membuatkan dia picky eater. Padahal Kalsium antara zat yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Jadi disebabkan perkembangan positif macam ni confirmlah lepas ni aku tak akan putus belikan susu fearnleaf ini untuk iman setiap minggu.
Props Kotak Susu fernleaf UHT dah kena rembat
Sebenarnya ada 4 kotak 200ml yang dah standby untuk dibuat props untuk contest nih… tapi dah tinggal sekotak huhuhu semuanya sebab iman nak. Yang tak tahan tu dia siap call bila dah sampai rumah dari sekolah “Mama, boleh tak dia nak minum lagi “.. Adehhh… takkan tak nak bagi. Permintaan yang jarang jarang sekali dengar tu.
So apa lagi kelam kabutlah mama dia pergi Giant and top up stock untuk di rumah.
Aku bukanlah peminat susu coklat tapi Full Cream milk tu pulak wajib ada di rumah kalau nak buat coffee latte atau mocha. Ala – ala starbuck gitu kan. Memang dah lama tinggal condensed Milk yang kurang sihat tu.
BACA : Iman berjaya surprise kan Mama & Papa
Selama hari ini hanya beli susu full cream original, tak sangka pulak Iman suka susu chocholate. hahaha thanks to Fernleaf yang anjurkan contest ni dan secara tak lansung iman suka dan jadi bahan bekalan wajib untuk dibawa kesekolah untuk beberapa hari ini.
Agaknya apa yang buat iman terjatuh cinta dengan susu Fearnlef UHT ni?
New Zealand ni aduh, negara yang sangat sangat cantik dan tak tercemar. One of my wish list juga nak pergi nanti. The best thing pasal New zealand ni disebabkan kerana iklim cuaca dan suasana yang amat nyaman. haaihhh…..bestnya. I wish my wish become reality.. haahahha
Okay jom kita sama sama paham kenapa Susu Fernleaf ini memang terbaik
- Lembu bebas meragut di Luar.
New Zealand adalah salah satu daripada beberapa tempat di dunia di mana lembu tenusu dapat meragut di luar kandang hampir sepanjang tahun di rumput segar yang memberi mereka yang terbaik dari alam untuk menghasilkan susu berkhasiat.
- Rumput yang sangat berkuatliti.
Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara bersih dan air, pastinya segala ternakan seperti lembu ini akan dapatmenghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.
- Mengeluarkan Susu secara Natural dan Terbaik
Kesemua lembu di sini mengeluarkan susu secara natural. Haiwan ternakan pun seperti manusia, bila kita happy confirm kita akan hasilkan yang terbaik. Malah yang paling best disebabkan 90% masa dibiarkan meragut secara bebas di luar secara tidak lansung semua ternakan mendapat Vitamin D jadi tentulah susu yang dikeluarkan pun berkhasiat.
- Pakar Tenusu
Hurmm cakap pasal new zealand sehingga adalah lawak yang mengatakan haiwan ternakan lebih banyak dari manusia. New Zealand memang pakar dalam bab pengeluaran Susu. Mereka mempunyai 140 tahun pengalaman dalam menguruskan bidang penternakan
- Susu Fernleaf adalah SUSU UHT
UHT bermaksud Ultra High Temperature, salah satu teknik dan teknologi dalam penternakan yang melalui kaedah penstrilan dengan suhu yang tinggi mencecah 135-145% Celsius. Pemanasan ini bertujuan untuk membunuh seluruh mikroorganisma (baik bakteri pembusuk maupun patogen) & spora. Jangka hayat sisi ini boleh bertahan selama 6 bulan walaupun di luar peti ais. Tapi kalau dibuka kena lah simpan dalam peti ais yer.
BACA : Usaha tingkatkan selera iman dengan Bonissan
100% Mmmmm Susu fernleaf UHT
So sebab itulah susu Fernleaf 100%mmmmm… haaa panjang mmmmm tu. Sebab memang terbaiklah kan. Jaminan yang diberikan sangat meyakinkan dengan angka 100%mmmmm pastilah dijamin mampu sedap dah berkhasiat tanpa was was.
Tapi lagi Mmmmmm… kalau berpeluang tengok ladang di New Zealand tu…. bestnya….
Boleh refer https://www.facebook.com/fernleafmalaysia/ untuk maklumat lebih lanjut
Anak² yang besar pun suka susu Fernleaf ni.
Wah, bgusla, iman minum susu balik..budak2 kan sush minum susu..Fariza pun suka perisa coklat..tak manis sangat
amboi comel jer iman minum susu camtu, memang lain dari yang lain rasa susu fernleaf UHT nih , saya siap buat resepi omelette guna susu nih
Lamanya tak minum susu fernleaf, ai memang suka minum susu… Dap dap nyewwwwr
Wah suka betul anak kak azni dgn susu fernleaf ni. Huda pun terpaksa sorokkan, lepas photoshoot baru huda bagi minum. Hehe
saya sendiri start susu fernleaf la sy minum susu tau.
stiap bulan restock fernleaf ni sbb my fav 🙈 fernleaf squad here 😝
Boleh geng dgn anak hehehe