Kalau aku tak join event Hi Tea dengan Beauty Expert Academy Spa cheras, mati mati aku ingat semua sulam bedak itu haram. Orang kata sesat jalan bertanya kan. Haaa ini baru kena dengan perumpaan untuk aku yang membuat andaian sebegitu. Tapi aku rasa bukan aku seorang sahaja betul dak?
Table Of Content
Yang aku dengar dan faham sebelum ini ianya seperti teknik semi permanent, macam teknik tatoo. Uih aku dengar pun melompat. Tapi rupanya di sini lain kaedahnya. Korang baca penerangan aku sampai habis, mungkin korang pun akan agree.
Pemilik The Beauty Expert Academy
Berkenalan dengan Puan Mastura Pemilik Spa Kecantikan The Beauty Expert Academy yang terletak di cheras barulah aku faham perihal yang berkaitan dengan Facial treatment ini. Bukan calang calang orang. kecil molek orangnya dia adalah pegawai VTO Tenaga pengajar yang diiktiraf untuk kursus dibawah Sijil Kemahiran Malaysia
Seronok dengar bila dia berkongsi perihal kecantikan, teknologi dalam bidang kecantikan dan aspirasi dia sendiri dalam bidang ini . Yang pasti ianya ada perbezaan dengan spa kecantikan yang aku pernah pergi sebelum ini.
Kalau korang follow entri aku sebelum ini memang banyak aku kongsikan journey aku dalam usaha nak melawan melasma di pipi kanan aku ni. Terus aku rasa macam tak sabar nak cuba facial disini. Padan muka aku kan! masa muda tak rajin nak jaga sekarang dah umur 46 ni ber huhuhu sahajalah. Tapi eh! kalau tak rajin mencari info mesti korang pun tak tahu segala jenis rawatan kecantikan yang ada di pasaran.
Kalau rajin korang godek godeklah entri aku bawah kategori beauty, ada yang okay ada yang tak okay tapi at the end subjektif pada penerimaan badan kita.
Since aku dah sampai kesini rugi pulak tak kongsikan beberapa servis yang ditawarkan oleh pihak puan Mastura
The Beauty Expert Academy Cheras
3 benda penting yang aku dapat relatekan dengan tempat ini, ianya menawarkan perkhidmatan seperti ini
- Khidmat Servis Aesthetic dan tradisional
- Kursus Aesthetic dan spa therapy
- Aesthetis Spa #1 tanpa injection
Servis yang mendapat permintaan tinggi
- Sulam bedak kristal
- Phyto White
- BIO Dermagun
- Palcentex
- Micronano Oxygen
- Boost Uplifting
- Lift Up Eye treatmet
- Fat Busting Treatment
Antara senarai di atas aku tertarik nak kongsikan 3 servis yang puan mastura kongsikan tempohari. Aku memang tertarik sungguh nak mencuba satu hari nanti. Sesi Hi tea kami hanya lah sesi perkenalan dan soal jawab berkenaan perkhidmatan di tempat beliau. Aku plan nak cuba ketiga ketiga facial ni nanti.
Meanwhile aku kongsikan dulu dengan korang.
- Sulam Bedak kristal
- Okay now aku nak kongsikan teknik sulam bedak kristal atau BB Glow di sini.
- Ianya mampu membuatkan kulit wajah nampak lebih cerah dan sekata dengan serta merta selepas rawatan.
- Di The Beauty Expert Academy Spa Cheras, ianya bukanlah injection tetapi permukaan kulit akan dipolish secara halus tapa menyakitkan dan tiada pendarahan sama sekali
- Berlainan dengan Sulam Bedak yang di katakan haram ia memasukkan bedas asas pada lapisan bawah kulit secara kekal
- Bio Dermagun
- Rawatan melibatkan Crystal Tytaniun Trandermal yang tidak menyakitkan dari Asid Hyalruink, Vitamin, Enzim dan Amino Acid yg kaya ke dalam kulit untuk jadikan sel kulit lebih terhidrat.
- Memulihkan tona dan keanjalan kulit muka
- Placentex
- Rawatan menggunkan DNA Salmon yang boleh merawat ke akat umbi dan membaikpulihkan sel kulit yang rosak dan tidak baik.
Info The Beauty Expert Academy Spa Cheras
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari laman sosial;
- Facebook: www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
- Instagram: @thebeautyexpertcheras
- Emel: spacher351988@gmail.com
- Telefon: 03-9546 7094 / 013 257 6447
- Alamat: The Beauty Expert Academy Spa Cheras, No 14B, Jalan Suadamai ½, Bandar Tun Hussein Onn, 43200, Cheras Kuala Lumpur
46? macam tak percaya 😀
Meriahnyaaa… betul tuu kalau kita tak pelajari sesuatu kita banyak jatuhkan hokum terus kan
Betul tu..x semua sulam bedak tu haram
Tak macam 46 pun…
hahaah.. ada.. kena zoom sikit .. nampak lahh kedutan tuu
hmm, umur 46. Aku percaya dah ..