Baru baru ni aku terlihat satu iklan Malaysia Halal Expo 2019 yang akan berlansung pada 24-26 Januari 2019 di KL Convention Centre yang mengfokuskan untuk Olimpik 2020 nanti. Automatik terus aku mengimbau kenangan aku sewaktu travel ke negara matahari terbit ini. Fuh! sukarnya mencari makanan halal di Jepun.
Table Of Content
Tapi bila ada kesukaran di situ, maknanya ada peluang yang baik disitu. Kalaulah aku punya produk yang best aku rasa inilah platform terbaik untuk peluang tembusi pasaran halal di Jepun.
Bukan apa, aku teringat pengalaman aku menjelajah negara Jepun pada tahun 2016 dulu. Memang seronok gila okay pergi Jepun ni, tapi korang tahu.., aku turun berat dekat 3kg kut dalam masa 12 hari sahaja.
Cuba korang pikir kenapa?
Hahahaah.. sesiapa nak kurus cepat sila pergi Jepun., no joke. Confirm turun. Selain dari kesukaran nak mencari makanan halal, kita juga banyak berjalan dari satu lokasi ke lokasi lain. Tak cukup kalori nak burn, abis lemak lemak yang sedia ada ni yang burn haaaa.
Kesukaran mencari makanan halal ni aku boleh rumuskan ada 2 faktor
- Masalah nak mencari tu satu hal, sampai sesat-sesatlah
- Dari segi faktor harga yang memang boleh buat peluh meleleh dengan laju.
Persediaan bawa pre-cook dari Malaysia
Aku memang bergantung pada stok makanan yang dibawa dari Malaysia seperti stok Brahim tu memang penyelamat aku disana, selain itu aku banyak bergantung di Family Mart. Tapi yerlah, itu pun hanya mampu makan roti kosong sahaja. Jenuh scan ingredients menggunakan google apps.
Sebelum aku bertolak ke sana lagi aku dah buat banyak research dan mencari info info yang berkaitan halal ni. Dah ada list restaurant juga. Kiranya dah siaplah list dalam handphone ni. Tapi untuk backpackers seperti aku ni, tambah-tambah yang pertama kali datang ni menguji kesabaran. Kadang-kadang sampai sesat barat orang cakap. kaki dah letih!
Owh, lupa aku nak cakap, aku memang travel bertiga sahaja aku, suami dan anak yang berumur 7 tahun pada masa itu. Dan memang kami susun semua itenirari sendiri, bukannya melalui travel agent yang siapkan semua door to door sevices. Bayar sahaja fees nya korang akan di bawa ke lokasi yang telah dikenal pasti terlebih dahulu.
Nafsu travel aku ni besar, hahah ongkos nya tidak berapa besar. Janji dapat jejak orang kata. Travel with kids berbeza yer, anytime dia boleh mintak makanan kalau dia lapar. Kalau orang tua ni bolehlah ditahan tahan lagi. Tambah tambah kalau musim sejuk memang akan cepat rasa lapar.
Sesat di Gion mencari kedai halal
Kalau pergi osaka, aku suggest korang jejak ke GION bandar situ memang cantik yakmat. Sebab ada satu part tu mereka mengekalkan senibina jepun dan korang boleh nampak budaya jepun yang sangat cantik. Disitu korang boleh lihat ramai orang pakai baju kimono berjalan jalan jalan terkedek dengan terompah yang comel.
Sumpah aku cakap sini part yang paling best. Rasa seperti tengok cerita Oshin. So kami pun layanlah ambik gambar, jalan jalan dengan asyik sekali.
We all memang dah set dalam kepala akan singgah makan di dua tempat ni. Nama kedai tu ayamya dan Naritaya. Aduhai korang tau, dahlah sejuk,kami dah berpusing pusing walapun menggunakan google maps. Hampir 1 jam lebih kami berusaha mencari tempat makan tu.
Si kecik tu memang dah merengek rengek kelaparan dan keletihan. sampai kena dukung dibelakanglah. Akhirnya dapat jumpa satu Japanese yang boleh cakap dan faham english.. aghhh.. penyelamat. Dia siap hantar kita orang makan kat situ sampai depan pintu. (ini memang kelas laa orang jepun)
Bila dah sampai, kena tunggu dulu que beberapa minit lepas tu barulah dapat masuk.
Disebabkan we all ni bajet traveller, hahaha we all amik set yang boleh dikongsi 3 orang ahahha.. portion orang jepun makan sikit oit.. sebab teringin nak makan wagyu. Itu pun dah harga satu RM 160 Pastu agaknya dia kesian tengok hero kecik tu.. siap belanja makan sausages.
Masa di tokyo we all try satu restoran satu set cost us around RM260.. uwaa.. nangis oiit! Abis tu takkan nak masak sahaj. Teringin nak rasa masakan dia orang juga, tapi yang halal lah kan.
Korang tau , sepanjang perjalanan mencari kedai makanan halal tu, bersepah family mart and kedai serbanika yang kita orang masuk. Mencari makanan halal sementara dapat jumpa kedai tu. Kira orang hanya minum coffee dan roti kosong yang we all confident makan. Paling sedih masa tu, roti tu pun habis .. uwaaa.. kelaparan
Cuba bayangkan kalau ada produk halal di Familiy Mart tu, tandanya produk kita dapat tembusi pasaran jepun. Masyaallah kan seronoknya.
Family Mart & Lawson tumpuan utama
Kalau pergi family mart kat Malaysia ni memang rasa macam nak makan semua sebab macam macam ada. Balas dendam hahaha. Sekarangkan demam family mart di Malaysia.
Feel paling kelakar masa kat Jepun, tengok oden yang cucuk-cucuk tu, rasa nak makan je masa sejuk sejuk tu hahaha.. mesti best makan panas-panas. Tapi korang tau lah kan, sah sah tak boleh!
Itu yang bila bukak dekat malaysia abis kena serbu family mart tu.
Masa kat Jepun, situlah memang tempt nak cari roti dan juga nasi separuh masak. Ishh.. kalau lah ada sambal hitam kat situ ya allah senangnya hidup ni. Sebab di Family mart ni memang complete microwave dan coffee. Macam pit stop orang jepun makan untuk yang lebih murah.
Pleaselah, harapnya banyak produk halal ada di sana selepas ini sebab harganya mampu milik, sesuai sangat untuk bajet traveller macam aku ni ha!. Jenuh menabung tau untuk travel
Masak sendiri pun best.
Aku dah cakap awal tadikan, aku hanya bawak stok brahim macam nasi goreng, nasi lemak tapi paling best aku rasa masa kat Jepun, aku ada bawak pes asam pedas brahim.
Kalau korang pergi jepun, aku galakkan korang ambik homestay contohnya dari airbnb sebab korang boleh masak masak untuk bekalan sewaktu berjalan-jalan.
Lepas tu korang beli lah seafood kat sana. Masyallah punyalah sedap. Aku andaikan sebab ikan, sotong, udang kat sana fresh yakmat. Bila masak tu kan masakan ko yang pakai pes brahim tu pun sedap sampai menijilat jari. Aku tanya dengan kawan aku yang duduk sana , dia kata sebbab semua tangkapan hasil laut memang fresh.
Jadi kalau lah ada pes-pes untuk masakan yangboleh kita beli dengan mudah dah selesai masalah kita tak payah nak bawak banyak banyak kat sini.
Malaysian Halal Expo 2019
Malaysian Halal Expo 2019 ini adalah inisiatif dari Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama SME Corp Malaysia Ia akan melibatkan pameran dari pengusaha pengusaha produk Halal tempatan. Simple sahaja, tujuan expo ini adalah untuk memasarkan produk produk Halal tersebut ke Jepun sempena sukan Olimpik 2020 akan datang.
Sebab tu aku cakap awal awal tadi, kalau ada produk best aku pun nak join sebab aku tengok potensi market ni luas. Lagipun sijil halal Jakim diiktiraf di Jepun.
Bukan sahaja pelancong dari Malaysia, tapi Indonesia, brunei, dan negara islam yang lain memang akan mencari produk produk halal bila melancong ke sana nanti
Aku rasa macam nak singgah pameran ni sebab masa pameran ini lah akan nampak produk yang susah korang nak jumpa di mana mana mall sebab sesetengah mereka memang target untuk pasaran luar negara. Pandai kan diaorang, market sah sah lebih luas.
Jom kita jumpa di sana nanti pada 22-26 Januari nanti di KL Convention Centre.
Facebook : Malaysia Halal Expo 2019
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 24-26 Januari 2019
Ramai jugak kawan yg bgtau bila ke sana susah sgt nk cari makanan halal. Kalau ada pun mahalnya melampau².berkenaan dengan family mart,kat Malaysia ni pun dah banyak cawangan mereka kan. Kita tak pernah lagi masuk family mart, terignin nak try oden tu
Teringat masa pi Jepun dulu. Dah la bawak anak 2 tahun, makan pun kena jaga on time. Mmg spare masak nasi, goreng telur kat AirBNB je masa tu. Haha. Kenangan betul!
Masa ke Tokyo, Rawlins duk makan briyani je sebab tu je yang confident. Boss pula ajak makan seafood restaurant – nasib dia yang belanja. Haha. Bagus ada expo sebegini – memudahkan pelancong Muslim ye.
Ya Allah. Cx dok baca ni pula rasa Ya Allah laparnya. Cx dah pernah merasa lapar sgt tp tak dapat makan. Aduhai. Dahlah berjalan byk tempat di Jepun tu, then tkde tenaga dah sebab tak makan kan? Kesian si kecil tu. Family Mart cx tak pernah masuk lg sebab tkde dkt Melaka. Hahaha. Teringin jga nak masuk sbb asyik viral je. Hihi
That’s so sad to know kan. But Japan food memang nice everywhere. Hmm maybe pork-free also would do for ppl in Japan? However Japan is one of my most fav country in the World. Not only for their food but everything from the cleaniness, culture scenery and more.
Good tips. I will share it with my muslim friends. I understand how difficult it is to find halal food in Japan because I also face issue of finding non beef food at malaysia sometimes.
wah bestnya akak memang selalu jalan-jalan eh? tu la aritu gi taiwan pun khai dah pernah merasa saat sukarnya makanan halal ni,mujur ad bawa maggi haaha anyway best lak baca pengalaman akak. tak bosan
hard to find? hmmm i tot i heard from my Muslim friends that it’s easy to find as they have all the guides there which makes it a Muslim friendly travel destination. but of course my friends are big fan of anime, so yeahhh there’s a will there’s a way! haha
Pergi Jeju hari tu pun susah jugak nak cari makanan halal. Best kalau bawa bekal, at least kalau tak jumpa restoran halal atau makanan halal di mini mart, kita dah bawa bekal. Boleh masak dan makan je. Serius, memang penting bawa makanan dari Malaysia ke sana. Kalau tak mau kebulur, hehe.
Nice sharing. Nak gi la nanti expo tu
Masalah yg sering kita hadapi kalau ke luar negara. So far belum ad experience lg ke Jepun. Insyaallah this year akan ke sana. Nk kene attend Halal expo ni. Nanti senang nk cari kedai yg offer makanan halal. Hehehe
Wahh rupanya ramai jugak cakap susah cari makanan halal. Selalu tengok tv mereka buat cuti2 ke jepun macam banyak je tempat senang nk cari. Alahai boleh paham perasaan tu bila anak lapar kan. Dah lah jauh di negeri orang. Macam ena memabg lom ready nak travel overseas sebab tunggu anak besar ckit. Mental mak kena kuat kan. Memang sokong produk tempatan dapat dipasarkan ke sana. Semoga akan success.
Betul, jepun memang susah nak cari kedai halal, no wonder my friends story nak ke jepun better sediakan makanan dari malaysia. Terkini onie tengoj mmbr onie borong Brahim untuk trip depa ke Jepun. Seksa tau kalau travel,tapi tak jumpa kedai
Sebab tu saya kalau mlancong oversea mmg 1 lugage penuh makanan ja.. Lantak lah orang nak cakap perak buih ka apa ka. Ya lah sebab kita travel dengan anak2 ni kalau diorg lapaq mana maunya dia duk diam2 kan. So nak xnak memang prefer bawak ibu sambal.. Sambal hijo semua tu.. Lpas tu kat sana beli seafood and lepas ja. Senang hidup. Hahhahah
Alhamdulillah masa sis gi sana dulu tak susah cari makanan halal sebab memang dah survey awal2 dr KL..alhamdulimlah tempat2 yg dh kit survey tu semua kita dapat pergi. kalau tak sempat..makan kebab or makan je makanan yg dibawa kat KL.
rasanya bukan sahaja sukar tapi harganya agak mahal jugakkan…jepun antara negara yang dalam list kita nak lawat satu hari..tapi memang baca mana2 review org yang pg jepun makanan kat sini mahal..nak beli barangan mentah pn mahal jugak hehehe
kawan kita baru saja pergi jepun minggu lepas dan dia pon ada cerita betapa susahnya nak cari makanan halal kat jepun. memang kne readylah bawak stok makanan utk travel supaya boleh masak kat sana. dahlah luas, nak mencari satu hal.. bila ada nya expo makanan halal jepon ni, senanglah skit utk kita tahu makanan jepon halal yang mana kan…
tahu tak pe, i punya adik ipar dan adik kandung dua dua pergi Jepun, tu yang dorang utarakan bukan senang nak cari makanan halal, kalau ada pun katanya not bad pula harganya… jadi nak tak nak memang kena bawa bekalan sikit dari Malaysia contoh makanan dalam tin ke, maggie ke, tapi I seriously tak leh nak hadam makan mee segera je, kalau tak pun i pergi market sana beli buah-buahan je hahaha…
Rsnya sekarang dah byk restiran halal boleh cari dekat luar negara sbb diaorg dh th pelancong muslim mmg akan datang.. tapi memang kena arrange betul2 trip untuk elak dari sesat datu hal, kelaparan pun satu hal kan? Hihihi tapi its good experience la kan
Heheh..senyum sorang2 baca ceta makanan halal kat Jepun ni. Mengimbas kenangan betul tau! part kanak2 lapar tuh standard. Sorang okey lagi boleh kendong kat belakang. Yang kalau bertiga ni kan…
agaknya pepatah :
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!
HAHAHAHAH~ okey..takde kena mengena langsung.
But yes! Tak sabar weh nak pi tengok ekspo tuh. Paling best sebab ianya ekspo makanan. Yeayyy!!! HAHAHAH
Kaan nani … kalau ada duit boleh laaa balun jer jat restoran. Ini semua bajet3 jer
Yuppp,makanan di Jepun memang susah nak cari lagi-lagi bila kita tang muslim nak ke cari makan kat sana. Yg onie perasan mmg ramai akan bawa makanan pek dari Jenama Bahrim tu. Bestnya p jepun,kita tak berkesempatan ke Jepun lagi ðŸ˜
Kat jepun memang payah la nak jumpa tempat makan halal, ada pun limited kan., selalunya kena la bawak makanan yang dibenarkan dari Malaysia. Kalau boleh beli ikan atau seafood segar je kat sana..daging2 toksah beli la..kan viral baru2 ni yang chef dari negara kita balik Malaysia semula sebab tak nak subahat kan..kalau la dapat pi Jepun kan….
setuju kak dengan artikel nih…saya harap ramai usahawan rebut peluang ni untuk perkenalkan produk mereka sehingga tembus ke pasaran jepun…serius sukar nak cari makanan halal yang kita tak ragu2kan…thanks kak banyak kongsi info
memang teringin nak ke sana, selalu baca dari blog review tentang makanan dan tempat best kat jepun ni, memang jawabnya kene bawa makanan sendirilah kalau dah susah nak cari dan mahal pulak tu
Betul – susah & mahal. Tapi tempat tu mmg awesome! Waktu akak di Jepun last year, akak ada beli Turkish kebab (ada kawan dr Turki yg tlg tanya whether halal or not). Certain areas, x dpt cari Turkish stall, so akak beli fruits je, which was also quite expensive. Dah seminggu lebih di sana baru akak tau ada apps utk locate kedai makanan halal. Time nak beli souvenir coklat pun lintang pukang cek review utk kenalpasti samada coklat halal or not. Nasib baik most meals were provided. Cuma weekend je terpaksa cari mknn sendiri.