Idea kolaborasi SofeaRose x Maya Karin: Srikandi Tun Fatimah buat julung kalinya menterjemahkan perjuangan Tun Fatimah dalam kolaborasi istimewa SofeaRose dan aktres terkenal tanah air, Maya Karin. Ia bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-66. Sofearose sememangnya komited dalam menjadikan kolaborasi ini sebagai satu platform untuk menghargai perjuangan dan kebolehan pahlawan wanita ini setaraf dengan pahlawan lelaki, menjadi penyumbang
Table Of Content
Jika ditanya pada anak kecil pada hari ini, siapa tokoh tanah Melayu yang diminati, pastinya disebut Mat Kilau. Itulah impak perfileman tempatan yang mengangkat jasa tokoh terdahulu. Namun, Tanah Melayu bukan sahaja kaya dengan jiwa kepahlawanan dari kalangan lelaki, tetapi para wanita juga ada wakil yang tersendiri. Antaranya, seorang puteri yang mempunyai sosok berkarisma dengan ilmu pertahanan diri penuh di dada dan bijak dari aspek kempimpinan, beliau adalah Tun Fatimah.
Keistimewaan Kolaborasi SofeaRose dan Maya Karin
Maya Karin sering membawa sosok Tun Fatimah di pentas teater mengakui sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita itu. Untuk koleksi istimewa Merdeka kali ini, Srikandi Tun Fatimah tampil dengan 4 siri tudung yang unik dan menyatukan elemen tradisi dengan sentuhan moden secara harmoni.
Mengekalkan Semangat Kepahlawanan Tanahair
“Adalah mudah untuk lari dari tanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara kita, tetapi saya rasa adalah lebih baik dan lebih mulia jika kita dapat cari semangat untuk mempertahankan dan menghidupkan kisah-kisah perwira tanahair ini selama mungkin.”
Maya Karin
Keris, corak batik, kipas tangan, dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan Melayu tetapi dalam masa yang sama menampakkan keanggunannya dalam setiap rekaan.
Hampir 10 tahun dipasaran, SofeaRose tidak pernah berkompromi soal kualiti. Ini menjadikan SofeaRose cukup dikenali sebagai pengeluar hijab yang memperkenalkan bahan Premium Satin Silk terawal dalam industri.
Menghidupkan Semula Nama Tokoh Unggul, Tun Fatimah
“Kami dengan rasa teruja ingin mengimbau kembali nama tokoh unggul, Tun Fatimah pada bibir-bibir pewaris tanah Melayu bagi menghargai jasa Tun Fatimah yang amat berani mempertahankan Melaka dari serangan Portugis pada suatu masa dahulu. Kami berharap lebih ramai pihak akan mengambil bahagian dalam mengekspresikan kisah tokoh-tokoh terdahulu.”
Farrah Aina, Pengarah Kreatif SofeaRose.
Koleksi SofeaRose x Maya Karin: Srikandi Tun Fatimah
Koleksi SofeaRose x Maya Karin: Srikandi Tun Fatimah akan dilancarkan di semua butik SofeaRose dan secara atas talian pada 1 Ogos 2023. Koleksi ini akan menampilkan 3 koleksi tudung bercorak, 1 tudung sulam dan 3 beg jinjing (tote bag). Dengan koleksi yang unik dan menggambarkan semangat kepahlawanan wanita Melayu, SofeaRose dan Maya Karin berharap agar warisan dan jasa Tun Fatimah dapat terus dikenali dan dihargai oleh generasi masa depan.
Melalui inisiatif kolaborasi ini, para wanita akan diberi inspirasi untuk terus memperjuangkan peranan mereka dalam masyarakat dan mengukir nama sebagai srikandi-srikandi masa kini. Semoga semangat kepahlawanan wanita Tanah Melayu terus berkobar dan mengilhami generasi seterusnya.
Koleksi SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah akan dilancarkan di semua butik SofeaRose dan secara atas talian pada 1 Ogos 2023. Koleksi ini akan menampilkan 3 koleksi tudung bercorak, 1 tudung sulam dan 3 beg jinjing (tote bag).
Koleksi edisi terhad ini diharapkan dapat menghimpunkan pencinta fesyen, penggemar seni, dan semua rakyat Malaysia untuk meraikan semangat dan kehebatan pahlawan terdahulu sempena sambutan kemerdekaan Malaysia
SofeaRose HQ
- 18-25, Plaza Azalea,
- Persiaran Bandar Raya,
- Seksyen 14, 40000,
- Shah Alam, Selangor.
- Tel : 03-5524 4071
Social Media Sofearose
- Facebook : www.facebook.com/sofearose.my
- Instagram : www.instagram.com/sofearose_hq
- Tik Tok : www.tiktok.com/@sofearose_hq
- Twitter : www.twitter.com/sofearose_hq
- Website : www.sofearose.com
No Comment! Be the first one.