Lama dah nak tulis entri nih. Rasa membuak buak kena tulis. Aku nak sentuh pasal Skill penting bakal graduan kena ada . Aku rasa nak kena ubah sikit pikiran budak budak yang gila gila nak sambung belajar or sebab mak pak nak anak kejar amik master or PHD ni.
Table Of Content
Aku rasa dalam 10 thn akan datang trend akan jadi lain. Bukan kata akademik tak penting.. tapi kau belajar tinggi mana pun kalau tak ada pengalaman untuk praktik kan macam rasa serba tak kena.
Dengan kata lain kau syiok sendiri. Skill tak ada. Teori semata mata.
Serius syok sendiri.!
Trend sambung belajar
Sekarang dah jadi trend budak budak yang dah abis degree ni bila tak tak dapat kerja terus amik keputusan nak sambung master dan seterusnya buat PHD.
Nak jadi lecturer konon.
Masa aku amik master pada tahun 2010 dulu, dalam kelas tu termasuklah adik adik fresh yang baru abis degree yang dapat result excellent masa belajar kemudian dapat offer untuk jadi tenaga pengajar muda.
Tapi.. agak mengejutkan lah , bakal bakal lecturer nih nak bukak mulut pun tak boleh. Kalau masa discussion ada yang senyap seribu bahasa. Entahlah kenapa.
Aku tak tahulah samada aku yang dalam bidang masscomm ni memang banyak bercakap atau budak budak design ni tak banyak bercakap dari penglihatan aku, dia orang mcm tak ada confident atau malas.
Mungking banyak bercakap itu bukan kayu pengukur tapi yang aku maksudkan adalah perkongsian antara pelajar dan pensyarah nanti.
So korang bayangkan kalau bakal bakal lecturer macam nih yang mengajar anak anak kita. Serius aku geram! hahaha emo sekejap.
Tambah pulak dapat lecturer yang tak update lansung dengan skill terkini, maka makin hambar lah kelas tersebut. Amik kelas master ni tak sama macam kelas degree yer adik adik, penglibatan semua pihak tu yang akan menghidup kan kelas tersebut.
Komunikasi, Skill penting bakal graduan
Actually bukan kena banyak bercakap. Communication skill yang tak ada. If u fail to communicate kalau ada ilmu banyak pun tak guna, macam mana orang nak faham dalam “otak” yang bergeliga tu. sayangkan!!
Bila masuk alam pekerjaan, nak tak nak memang akan jumpa segala jenis makhluk atau orang yang macam perangai dan attitude. Semua orang kejar KPI sendiri untuk deliver. Bila kerja berpasukan, kena pandai communicate dengan team members, dan juga client.
Pensyarah pun tiada pengalaman, adeh!
Dari perhatian aku dikalangan budak budak praktikal yang masuk buat latihan industri, nampak sangat budak budak ni hanya di ajar teori semata mata sebab ada di kalangan lecturer sendiri yang tak pernah ada pengalaman bekerja.
Masih aku ingat, salah sorang intern cakap lecturer masuk kelas and bagi thumb drive and copy saja. WTH!!!
Bulan lepas, berkesempatan buat sharing session dengan adik adik di MSU berkenaan UX atau user experience. One of the lecturer invite untuk bagi talk atau sharing session berkenaan pengalaman industri .
Aku suka jugak bagi talk macam ni sebenarnya, sebabnya dulu kalau ambik budak budak praktikal kadang kadang kesian tengok dia orang. Bila tengok adik adik ni.. dok terpikir aku dulu macam ni ker? banyak juga yang muka blur. hahahha….
Pensyarah pun kena proaktif
Tapi sebenarnya dia orang ni beruntung sebab lecturer ada inisiatif panggil orang orang industri untuk bagi talk yang macam ni. Ikut kata lecturer derang, ada yang memang malas sebab universiti swasta ni mak bapak yang bayar fees, so gaji lecturer tu dia orang bayar.
“kuang ajaq” kan budak budak sekarang nih. Tidak hormat lansung pada ilmu yang dia orang dapat.
Masa aku bagi talk tu, aku memang suka tengok budak budak punya penerimaan samada dia orang interested untuk tahu lebih lanjut then you know budak tu attitude dia macam mana. aku yakin budak macam tu akan success.
The right Attitude, Skill penting bakal graduan
Selain dari communication skill, banyak lagi skill lagi yang korang kena ada . yang penting ko kena ada “the right Atitude”.. kalau ada semangat nak belajar, passion atas kerja, hormat orang lain insyallah ko akan berjaya.
Budak budak Geny Y sekarang ni asyik pikir kepala diaorang sahaja. Masuk kerja ikut suka hati, dan benda ni berlaku kepada semua negara. kalau tak silap aku di Jepun dia orang panggil budak budak ni dengan gelaran budak strawbery, fragile dan manja. heheh so ini masalah global
kalau rajin korang masuk web ni https://www.weforum.org/agenda/2016/03/21st-century-skills-future-jobs-students/
Skill penting bakal graduan seperti dibawah
Kebetulan baru ni bawak iman ke kidzania. hahahah it was interesting though. mak pak yang over excited walapun dalam keadaan tak berapa sihat.
Pendedahan macam ni sangat bagus sbb Kidzania ni bagi pendedahan dari segi “experience” dan “Expectation”… I think sapa yang develop tempat kidzania ni memang dah buat study dah kecenderungan untuk membentuk peribadi sesorang tu.
Ilmu + Attitude bagus insyallah berjaya
So bottom line, jom didik anak anak kita punya ilmu pendidikan yang baik + attitude yang bagus supaya dia dapat lebih survive pada masa hadapan. Cuba korang tengok budak yang tak berapa pandai masa kecik kecik tapi dialah yang jadi millionaire sekarang.. hahah cuba pikir… orang macam ni yang punya daya saing yang lebih tinggi sebenarnya.
One Comment