Soal hati, kesetiaan, dan percintaan. itulah Plot utama dalam drama Tiada arah jodoh kita. Pengorbanan dan kasih sayang Afia membawa satu perjalanan cinta yang berbeza untuk dirinya. Cinta setia dan cinta tanpa sedar.
Drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson. Bakal menemui penonton bermula 13 Februari 2018, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.
lakonan Shukri yahya tidak pernah mengecewakan. Penuh dengan emosi, malah kita pun boleh terikut sama dengan emosi yang dia sampaikan. BIla dia gembira pun rasa gembira, bila dia sedih kita pun sama menangis.
Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak.
antara sinopsis tiada arah jodoh kita
Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.
“Pia… kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.
Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.
“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi… saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.
Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Tetapi dalam masa yang sama Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong? Afia akhirnya memilih aathif walaupun along menentang perkahwinan.
Perkahwinan mereka mula diuji apabila Aathif perasan akan perubahan diri Afia yang suka bercakap seorang diri dan menuduh Aathif mempunyai perempuan lain. Yang sebenarnya Pemergian Wakeel menyebabkan Afia mengalami kemurungan.
Dia kini berhadapan dengan Fayyad yang kembali menagih cintanya. Namun Afia memilih untuk berkahwin dengan Aathif, abang Wakeel yang sememangnya menaruh perasaan pada Afia sejak mula. Perkahwinan mereka mula diuji apabila Aathif perasan akan perubahan diri Afia yang suka bercakap seorang diri dan menuduh Aathif mempunyai perempuan lain.
Apabila diperiksa doktor, Afia disahkan mengalami gangguan. Apabila diperiksa doktor, Afia disahkan mengalami gangguan.
“Janji dengan saya Liya.. walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan. Berhenti.” Megat Wakeel
BACA : Lafazkan kalimah cintamu – ASTRO
Drama ini pasti sarat dengan babak babak sedih. Siapkan tisu okay.
Senarai pelakon dan Watak pelakon tiada arah jodoh kita
- Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
- Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
- Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
- Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
- Livonia Ricky sebagai Nur
- Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
- Azar Azmi sebagai Ain
- Dian P.Ramlee sebagai Hajah Hamidah
- Aleza Shadan sebagai Puan Maznah
- Farisha Irwayu sebagai Hajjah Mariani
- Nada Nur Syuhada sebagai Afina
- Airis Yasmin sebagai Wardah
- Rania sebagai Alisha
Baca : sinopssis drama tak ada cinta sepertimu
LAGU TEMA / OST
Tajuk : Rahsia Tuhan
Penyanyi : Ippo Hafiz
wah menarik la jalan cerita ni. tapi suami dah warning jangan sesekali layan drama waktu maghrib.jadi yer tengok online jer nanti.
haaa tgk online jer lagi best hahah.. sbb boleh skip iklan