Sinopsis Suamiku Lelaki Pendosa | Fuh akhirnya cerita macam ni keluar di kaca TV, Setahu aku tak boleh. Sebenarnya cerita ini lebih kurang macam cerita Tarik aku ke Syurga yang tengah shooting sekarang ni. Yang aku dengar Pihak Tv mintak script writer ubah jalan cerita karya asal kawan aku tu
Sinopsis Suamiku Lelaki Pendosa
Drama ini mengisahkan tentang Dean Ilyas (Aaron Aziz) yang tampak sempurna namun dia lebih cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya iaitu Cahaya Malaika (Sophia Albarakbah). Aha! korang jangan terkejut. Banyak sebenearnya kisah macam ini.
heheh Jangan Denial ! ini yang berlaku dalam masyarakat kita
Hidup Cahaya Malaika heroin dalam drama ini yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Rupanya dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf! Maka bermula episod sedih dalam hidupnya
Apakah dosanya?
Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain? Tiba-tiba ibu Dean Ilyas beriya-iya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu dan mahu majlis dilansungkan dengan segera. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.
JIka dilihat secara luaran, Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.
Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya.Cahaya Malaika yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga ego keluarga datin junaidah. Mereka macam menyembunyikan sesuatu.
Datin junaidah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan adanya jadi dia berharap dengan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.
BACA : Kerana aku Isteri Bidaan
Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.
Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.
Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?
Info Drama Suamiku Lelaki Pendosa
- JUDUL : SUAMIKU LELAKI PENDOSA
- EPISOD : 15
- TARIKH : 9 Februari 2022
- WAKTU SIARAN : Setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
- SIARAN TV : Slot Samarinda (TV3)
- PENULIS SKRIP : Siti Jasmina & Ctna Marzuki
- PENGARAH : Eyra Rahman
- PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
Senarai Pelakon
Sophia Albarakbah, Aaron Aziz, Gambit Saifullah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Maria Farida, Aleza Shadan, Edika Yusof, Fiza Thomas, Hafeez Mikail
No Comment! Be the first one.