Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji itulah antara sinopsis Drama seadanya aku.
Table Of Content
Keakraban 3 sahabat Aufiya, wina dan azureen dari bangku sekolah hinggalah ke kolej dan alam pekerjaan. Dalam diam sebenarnya zarul kekasih wina menaruh hati dari dulu kepada aufiya. Tetapi tidak terluah.
3 Sahabat dalam Drama Seadanya Aku
Aufiya, wina dan azureen memang rapat. Sebenarnya tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.
Namun kalau dah namanya jodoh. Aufiya tetap milik Zarul kerana Zarul lah penyelamat maruah fiya dan keluarganya di hari perkahwinan yang sepatutnya antara dia dan taufik. Taufik memungkiri janji.
Gandingan Zara Zya sebagai aufiya dan Azlee Khairi sebagai Zarul mengulangi gandingan Drama yang hebat Mr. Arrogant
“Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesah dengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!”
– TAUFIK
Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu sudah berpusu datang. Jurunikah sudah lelah menunggu, tetapi pengantin lelakinya langsung tidak muncul. Aufiya rasa lebih baik dia mati sahaja daripada menanggung malu. Sampai hati Taufik perlakukannya begitu
BACA : Kalau minat Ben Amir jangan lupa follow drama Chandelier di Astro
Apakah yang berlaku sebenarnya, kenapa Taufik tidak muncul?
Terus rasa tak sabar nak menonton drama seadanya aku pada 15 Januari ini kan
Dan, zarul muncul tiba-tiba menyelamatkan maruahnya dari terus ditelanjangkan Taufik. Dia menerima huluran bantuan Zarul walaupun rasa bersalah menggunung tinggi. Zarul yang tegas, Zarul yang dingin dan Zarul juga tunangan Wina. Zarul itulah yang dihantar Tuhan sebagai penyelamatnya.
BACA : Sinopsis Drama Camelia
“Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.”-
ZARUL
“Abang bukan hak Faye dari mula. Abang hak Wina. Faye tak mahu rampas abang daripada kawan baik Faye sendiri.”-
AUFIYA
Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.
Zarul. Dia menawarkan diri bukan kerana terpaksa. Tapi demi rasa yang sudah sekian lama ada. Tapi, sabarnya seakan-akan diuji. Dalama masa yang sama sayang Aufiya terhadap Wina seolah-olah tidak bertepi.
“Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata, Faye bermadu aje dengan dia? Senang, kan?”-
ZARUL
Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.
BACA : Sinopsis drama cindai
Para Pelakon
Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Ainina Ahmad.
SINOPSIS DRAMA SEADANYA AKU
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Seadanya Aku termasuk memaparkan senarai pelakon, tarikh tayangan dan synopsis :
JUDUL : SEADANYA AKU
TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Rissa Ahdiya
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
One Comment