Shopping baju sekolah berkualiti | Akhirnya iman akan naik Form Mid march 2022 nanti. Ya allah cepat betul masa berlalu. Rasa baru je hantar dia masuk sekolah darjah 1 di sekolah Integrasi Puncak Jalil. Sekolah rendah ini adalah sekolah integrasi swasta, walaupun serba kekurangan tapi aku tau dia sangat sangat enjoy dengan life dia masa tu, walaupun 2 tahun terbuang dek pandemik
Table Of Content
Sepanjang bersekolah di situ, semua kelengkapan sekolah disediakan oleh pihak sekolah termasuklah baju harian dan sukan. Kami hanya bayar yuran sahaja. Sehinggalah masa iman darjah 5 sewaktu PKP, seluar iman dah senteng jadi kami perlu belikan seluar sekolah baru dia .
Di shopping mall seperti Aeon pulak kehabisan size iman, Maka disini lah titik permulaan kami mula membeli baju iman di pusat pakaian Hari Hari pada tahun 2020.
Kain best rupanya : Shopping baju sekolah berkualiti
Hahah to be frank aku dahulu pandang sebelah mata sahaja pusat pakaian hari-hari ni, aku selalu beli jenama **** di Aeon. Lagipun dulu senang setiap kali pergi mall, aku terjah sahaja bahagian pakaian kanak-kanak.
Tapi musim pandemik haritu korang tahulahkan, stok pakaian pun ada yang ada dan tak ada. Terus teringat ada geng yang ada pengalaman beli baju dekat sini. Kita terjah terus, and paling best banyak cawangan dia orang ni.
Merata-rata kita boleh jumpa kalau sekitar Selangor kiranya memang aku recommend lah kalau korang nak cari Shopping baju sekolah berkualiti
Tapi aku memang nak puji, aku suka kualiti kain dia dan sesuai dengan harga yang mampu millik sangat-sangat.
Actually ada beberapa option kain, yang aku perasan kain tangan panjang Vs Tangan pendek berbeza sedikit. Ikutkan iman, dia suka kain tangan baju panjang tu, tapi tak tahu dia boleh handle atau tak baju putih tangan panjang ni. so we stick dengan baju pendek dahulu. Gigih nak pastikan Shopping baju sekolah berkualiti untuk iman ni
Potongan Seluar dan Baju Cantik
Lagi satu suka dengan potongan seluar di pusat pakaian hari hari ini .
Iman ni kurus orangnya, kakinya cekeding sahaja. Kalau seluar jeans pun suami aku suka belikan seluar yang straight cut or fit, bukan yang standard gelebeh or flabby So sejak kita orang try beli seluar iman pada tahun 2020 tu, kiranya memang kita orang suka sangatlah.
Tapi kami standby beli yang labuh sikit sebab rasanya dia akan naik badan dalam masa terdekat ni, nanti sekejap sangat dia pakai kan
Suka tengok iman pakai kemas dan segak. Nampak kemas dari atas ke bawah. heheh barulah anak azni and fairas
Heheheh nak buat camana mak pak dia memang cerewet bab penampilan, lagipun iman sorang jer anak kami. Memang tak suka tengok dia selekeh, ish pantang aih
Iman Sangat cerewet bab kain
Kalau mak and pak cerewet bab penampilan, Anak tunggal aku sorang ni pulak, sangat sangat cerewet bab kualiti kain. Dia sangat sangat sensitif kalau kain tu macam kasar atau macam kain belucu. Biarlah baju-baju dia lama-lama tapi yang penting lembut kena pada kulit dia. Pernah dia pakai seluar tadika dia kain tshirt tu dia pakai sampai darjah 4. Selesa buat tidor katanya
aaa korang boleh bayang tak peel dia?
Memang boleh gaduh setiap kali nak beli baju untuk dia. Mulut tu muncung jer kalau tak kena gaya.
Alkisah Baju sekolah dia masa sekolah rendah, setiap hari isnin and Jumaat dia akan pakai baju kemeja, memang boleh bergaduh nak siapkan dia pagi pagi hahaaha. Sebab dia memang tak suka kain kemeja sekolah yang dapat tu. So selalu mengelat mintak pakai baju sukan, dahlah dia pengawas.
Dari darjah 1 tau dia buat perangai part ini. Aduii kenangan betul.
Sekarang nak masuk form 1 ni , nasib baik dah tak dak dah buat perangai, tapi malas nak pi tukar baju dekat fitting room. nak cepat balik jer..hurmmm
So, masa pergi ke Pusat Pakaian hari hari dia kan sentuh satu satu baju yang dan usap usap dekat kulit tangan atau badan dia. See sampai macam tu dia cerewet, suka sangat dia dengan kualiti kain dekat sini. Ada satu kain tu tangan panjang and lembut, sedap sangat sangat.
Tapi oleh kerana ini pertama kali dia masuk sekolah menengah yang perlukan dia naik turun bas heheh so bapak dia tak berapa haraplah.
Untuk permulaan dia pakai baju tangan pendek dulu.
Sewaktu dia try baju sekolah menengah ni, hahaha aku rasa macam “dah besar anak aku” aduii sedeylah pulak.
Shopping baju sekolah berkualiti secara online sahaja
Kalau korang takut nak keluar rumah, korang masih beli online. Infact korang boleh dapatkan 10% diskaun sehingga 1 April 2022 dengan pembelian barangan sekolah melalui belian online di website klik https://www.ehari.com
Disebabkan anak aku cerewet memang payah lah nak beli online. Lagipun Pusat pakaian Hari Hari ni dekat sahaja dengan kita orang. Cawangan dia memang banyak lah .
If korang rajin masuk shoppe, dekat situ pun ada SHOCKING SALES klik link harihari_
FREE DELIVERY bagi pembelian RM15 ke atas. Free delivery voucher perlu ditebus dalam Shopee ya, ala macam korang selalu beli tu, kena tebus dulu voucher free delivery kemudian baru buat pembelian.
Terdapat 90 cawangan seluruh Malaysia.
Jom semak cawangan Hari-Hari terdekat dengan anda.
Layari: http://www.hari.com.my/locator
Marilah pergi Hari-Hari ! Pilihan Terbaik Untuk maklumat lanjut layari
- Facebook:https://www.facebook.com/harihari/
- Instagram:www.instagram.com/harihariofficial
Jangan kata akak, saya sendiri pun tak sangka tiba2 anak bongsu saya Cinta pun dah sebaya Iman nak masuk sekolah menengah dah. Saya pun cari baju Cinta dekat Hari-Hari. Memang berbeza sangat kualiti Hari-Hari dulu dengan sekarang. makin improved segala pemilihan material dan juga jahitan. rasa nak bagi 100 bintang dekat Hari-Hari sebab memudahkan dan menjimatkan bukan sahaja masa tapi wang ringgit juga. Tak sabar nak tulis pasal Hari-Hari sebab nak kongsi dengan orang lain juga.