Kl2017 bakal melaburkan tirainya Rabu ini. Tapi sesuatu yang dipelajari tanpa aku sedari, sukan membuatkan aku lebih patriotik. Aku lihat Sukan juga mampu menyatukan semua kaum. Semangat sukan sea kl2017 kali ini sememangnya membuatkan aku rasa “best”.. dalam sudut hati ini, orang putih cakap I FEEL GOOD…entahlah pasal apa, faktor umurkah?.
Yang pasti ia bukan sahaja perlu dipelajari di sekolah atau majlis motivasi, malah event yang berprestij seperti ini seolah mampu membawa “sesuatu” dalam diri kita. Ia sesuatu pembelajaran yang berharga untuk kita semua especially untuk anak anak muda atau lebih spesifik untuk anak aku sorang tu.
Rasa bangga dan terharu atau sebak dalam hati ini tambah tambah sewaktu tiap kali lagu negaraku dimainkan.
Bunyi seperti cliche kan. Tapi pergilah pada majlis penutup nanti dan rasakan perasaan itu dalam diri nanti.
Kenangan Majlis Pembukaan Sukan Sea KL2017
Sukan ini umpama tradisi dalam keluarga aku sendiri. Kami tidak pernah melepaskan peluang dari tahun 1998, sukan komanwel dan juga sukan Sea 2001. Malah kami jadikan ianya sebagai satu aktiviti keluarga bersama.
Kisahnya… bila sahaja tiket kl2017 diumumkan akan keluar, terus kami sekeluarga berebut beli tiket secara online. Semua semangat untuk menyaksikan pembukaan majlis sukan sea hari tu. Meriah dalam group wassap berebut untuk pastikan kesemua kami dapat tiket untuk ke majlis ini. Keluarga aku sebenarnya 3 family dari perak sanggup berkumpul di KL untuk menyaksikan majlis sukan bersejarah ini. Memang seperti Ala ala rombongan cik kiah, hampir 40 orang dari ahli keluarga aku sendiri turut serta.
Hampir 5 petang kami semua berangkat ke Stadium bukit jalil. Memang ramai orang yang hadir, rasa seronok sebab dapat sambutan yang hebat. Terdetik juga hati ni kalau rakyat malaysia tidak menyokong event sebegini. tapi alhamdulillah nampak gayanya kalau tengok di laman web boleh dikatakan banyak tiket tiket yang disediakan hampir habis.
For info, untuk masuk ke dalam stadium bukit jalil ni disediakan pintu pintu mengikut nombor, dan kami pula masuk melalui di Pintu E. ada yang pintu C. Jadi ada yang terpisah. Untuk Ke pintu E sebenarnya agak jauh sekiranya dari LRT dan ianya berhampiran dengan pejabat MSN atau hampir tawaf satu stadium.
Saat kami beratur untuk masuk ke pintu tersebut.. hahah hujan turun dengan amat lebat, satu saat yang aku tak boleh lupa kami basah kuyup, tetapi bagi mereka yang berjaya masuk akan menghulurkan payung payung mereka kepada kami yang masih beratur.
Aku rasa mcm tersentuh juga dengan scene sebegini.. sayang tak sempat capture gambar masa ini ( emo kah aku?) tapi aku rasa korang mungkin faham value yang aku nak sampaiikan. walaupun asalnya masing-masing sibuk bersembang dengan kawan kawan yang ada atau masing masing mengadap HP tapi tiba tiba scene ini berubah wajah. Kami semua bertegur sapa dan membantu sama lain tanpa mengira bangsa.
Kami basah bersama, kami payung bersama
Kalau ikutkan bila lagi kita berpeluang untuk saksikan sukan sea dinegara kita. Kali terakhir kita menjadi tuan rumah pada tahun 2001, 16 tahun yang lalu. Jadi kami fikir apakah kami perlu menunggu lagi 16 tahun untuk menyaksikan event besar sebegini. ? Jadi kali ini kami harung semua paling kecil ahli keluarga yang ada umur 2 tahun lebih dan ada yang berbadan dua.
Rasanya setengah orang akan berikan alasan tak sanggup nak berhimpit himpit dan bersesak sesak. Tapi mengenangkan event ini sesuatu yang susah untuk kita rasakan lagi dalam masa terdekat, kami SANGGUP harungi lautan manusia
Rugi mereka yang tidak turut serta
Memang satu kerugian sebenarnya kalau orang yang berada di sekitar KL dan Selangor tidak sama sama menyaksikan majlis sukan sebegini.
Majlis pembukaan sukan sea baru baru ini memang patut diberi pujian, memang menarik! bak kata abang aku memang puas hati dengan persembahan yang disediakan tambahan pula dengan pancara LED didalam dan luar dewan. fuh.. rasa macam hebatnya negara aku ni…
BACA : Traveloka gold sponsor KL2017
Bila semua bangun untuk menyanyikan lagu negaraku, Semua bangun dan nyanyi sekuat hati tak kira apa bangsa sekali pun. Memang aku perati sahja bangsa lain adakah mereka boleh nyanyi bersama sama. heheheh aku memang suka observe orang dan persekitaran. Especially dalam event mcm ni, adakah kita semua rakyat Malaysia yang bersatu hati.
Kawan sepejabat aku yang bukan berbangsa melayu pun kata, fuh rasa goosebumb bila sama sama menyayi. See… bukan aku seorang sahaja yang rasa.. semua pasti akan rasa perasaan yang sama jadi.. aku bukan emo di usia 40an.
Aku sempat melihat saat the ‘speedy jantan” merangkul jaguh pecut untuk sukan sea 2017 ini. fuh .. satu stadium bergema menjerit bersorak bila khairul hafiz sampai ke garisan penamat. That Feeling was awesome. Ko akan rasa macam nak nangis, tapi happy and gembira. Bab menjerit tu memang sampai tak ada suara.
Semi final Malaysia Vs Indonesia
Satu lagi perasaan yang seronok sewaktu melihat perlawanan semi final bola antara malaysia dan indonesia. Sebenaranya aku macam agak berdebar kalau kalau berlaku pergaduhan. Manalah tahu kan. Tapi .. eh.. semua penonton sangat behave la, siap kami beri tepukan gemuruh untuk pasukan ultras Indonesia. Berbeza dengan laporan berita sebelum ini.
Perasaan tensen, stress, happy, lawak melihat gelagat orang itu lah yang aku rasakan sepanjang berada di stadium. Mulut terkumat kami berdoa tu semestinya. Aku tahu orang kelakar melihat gelagat aku. Tapi itulah aku, penuh harapan agak malaysia masuk ke final. Saat gol di jaringkan sebenarnya aku tunduk dan pejam mata sambil mulut kumut kamit membaca doa doa dan zikir.. hahah bak kata laki aku mujor tak baca doa makan… BIla semua di stadium menjerit GOLLLLL…. fuh….. terus melompat bersama .
Fuhh…. that feeling… susah nak cerita lah!!
Sampai minit terakhir dalam stadium tu memang dah tidak duduk lagi, kami semua menyanyikan lagu lagu Malaysia sambil mengibarkan bendera. Iman pun macam happy tak terkira. . Dia dapat menyaksikan event bersejarah ni. Sebenarnya iman macam mama dia, seorang yang penuh dengan emosi dan eskpresif. Perasaan bangga dia tu memang jelas kelihatan. Aku suka suntikan “sesuatu” itu ada dalam diri iman. Sampai kesudah dia ulang kali menyebut betulkah Malaysia akan masuk Final, penuh pengharapan sangat.
Satu pujian pada team Ultras malaya. memang hebat. Kagum betul dengan dia orang yang berikan sorakan semangat tanpa henti dan kami memang terhibur dengan chant mereka. Katanya hari ini Mereka tidak ada antara perlawan Malaysia Vs Thailand, Stadium mungkin sepi tanpa mereka tapi harapnya semua rakyat Malaysia akan terus bersatu menyokong pasukan Malaysia.
GO Malaysia #bangkitBersama
Opps.. pesanan penaja… sukan tu sukan juga. SOLAT jangan lupa okay.. boleh baca perkongsian aku di Web Majalah NONA
Betul tu..dan pasti rasa nak menangis bila nyanyi lagu negaraku dan warisan bersama ultras malaya..
mesti best nengok kat stadium kan..
yer… lain perasaannya….. hehheh nnt azni update live kat Ig tau..
BEST! I faham semua apa yang u ceritakan tuh. Ewahhh!!! KItaorg dapat ‘rasa’ victory ceremony, hurdle 110m last but not least. Was yesterday…hoki female MAS vs THAI. Yuhuuuuu! Memang terbaik…. Hebat sangat Negara Malaysia. Goosebump!
Kan nany… satu perasaan yg best! Ptg ni nak p tgk bola pulak
Semangat sungguh
Hehehe semangat kena ada
Sungguh indah.
Ni baru jiwa patriotik.