Aku nak share resepi sambal jawa daging dari hasil turun temurun belah keluarga mentua. To be frank, mula mula aku tak berapa nak pandai nak makan sambal ni tapi lepas tu memang udahnya aku pulak teringat2. hahaha.
Biasanya juadah ini disediakan oleh keluarga belah mentua pada hari raya sahaja. Sebab prosesnya agak rumit. Sebab portion setiap bahan bahannya memang lah banyak sangat dan proses untuk menghiris tu boleh rasa macam sakit jiwa oo. If daging tu 2kg, bawang dan cili tu 1 kg. haaa.. banyak kkan
Kalau ikut kata abam aku tu, hahaha dia orang dari kecik kecik lagi akan duduk kat dapur dan rewang beramai ramai untuk menyiapkan juadah ni. Boleh nangis katanya sebab nak potong bawang tu
Bila dah meningkat dewasa, ramai yang dah kerja luar tapi mak dan ayah mentua aku tu gigih nak buat juga. Tapi itulah dia orang mampu buat dalam portion yang sikit sahaja.
Akhirnya bila aku terpikir dan pakai food processor makanya aku pun agak rajin juga nak buat, ini pun sebab kawan aku yg ajor (hahaha) . Sebab proses ini lagi senang dan cik abang amik tugas masukkan bawang bawang dan cili kedalam food processor tersebut.
Lagi satu, aku ubah style sikit, nak pastikan daging tu lembut memang aku menggunakan periuk noxxa aku. Version mak mentua aku kadang kena juga daging liat. Tapi ini pakai noxxa korang tahulah kan camner lembutnya daging tu. Puas hati abam hadiah periuk tu untuk aku.
Bahan- bahan sambal jawa daging
- Minyak .
- Lengkuas – ibu jari
- Bawang putih
- Bawang merah
- Daging
- Cili merah
- Santan
- Belacan
- Perah air asam
- Gula garam
Portion
Kalau sekilo
Bawang kecik, bawang putih dan cili merah setengah kilo
Cara memasak
- Daging dan kunyit di gaul gaul dan dipopok sehingga serasi. Masukkan campuran ini untuk digoreng sehingga kering, aku guna noxxa sebab daging lebih lembut dan cepat masak. Jadi kalau ada air tu pastikan air tu kering yer.
- Selepas itu tuang minyak masak agak banyak dalam kuali
- Masukkan bawang putih bawang merah dan bawang putih, kacau sampai wangi. Lengkuas pun jangan lupa.
- Masukkan cili
- Masukkan Santan dalam secawan untuk kalau untuk daging sekilo.
- Belacan pun dalam 1 ruas jari or sesedap rasa .
- Jangan lupa air asam yer
- Garam gula tu agak agak lah yer.
Yang simple2 macam ni sedap nye lah kan? lagi lah kalau resepi turun termurun. Signature dish gitu! I loikeee!!!
Masakan makin simple makin berselera nak makan. Tambah pula nasi panas-panas. Bestnya. Kecur liur.
masakan turun temurun ye.. same la kite.. masakan belah asben… tu yg cari resepi ni..haha..
eh… sama ker ?? siyess…. wahh payah nak jumpa yg sama
Wah boleh try menu ni pasni. Tq for sharing kak