Ronald McDonald House Charities (RMHC) atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia menganjurkan Majlis Iftar bersama lebih 100 anak yatim di Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur pada 30 Mac yang lalu.
Table Of Content
Tajaan Majlis Iftar bersama Masjid Al-Qurtubi meraikan lebih anak-anak yatim, serta sumbangan wang tunai kepada rumah kebajikan untuk persiapan Aidilfitri.
Rezeki sungguh aku dapat bersama-sama Mcdonalds Malaysia meraikan anak-anak yatim dan menceriakan hari-hari mereka. Walaupun tercalit kesedihan mereka tetapi aku lihat mereka begitu ceria apabila melihat kotak keriangan Mc Value Meal di atas meja mereka.
Macam tak sabar-sabar pula nampaknya mereka nak menikmati sajian Mcdonalds disamping nasi hujan panas dan lauk pauk yang memang menyelerakan.
Terima kasih McDonalds Malaysia dan Ronald McDonalds atas usaha berterusan “Corporate Social Responsbility“ (CSR) kepada masyarakat. Terasa berbaloi setiap kali makan di McDonalds bila nampak sendiri betapa mereka amat menekankan konsep sebegini.
Selingan ceramah Dato Dr Zul Mantan Menteri agama pula amat menusuk jiwa, betapa sedeqah di bulan Ramadhan ini amat dituntut. Pahalanya berkali ganda, tambah-tambah menjamu anak-anak yatim.
Ronald McDonald House Charities (RMHC)
Seawal 5 petang anak-anak yatim telah berada di Perkarangan Masjid Al-Qurtubi. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilavah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini turut menyaksikan penyampaian sumbangan wang tunai kepada tiga rumah kebajikan anak yatim terpilih di Lembah Klang
- Pertubuhan Nur Kasih Bestari,
- Rumah Permata Hatiku,
- Rumah Anak Yatim Al-Sagoff.
Setiap rumah kebajikan anak yatim menerima sumbangan wang tunai bernilai RM5,000 bagi meringankan beban pengurusan terutamanya bagi tujuan persiapan menjelang Aidilfitri.
“RMHC Malaysia sentiasa komited menjalankan dan menyokong pelbagai inisiatif demi kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukan di negara ini. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, meraikan anak yatim dengan majlis berbuka puasa dan sumbangan untuk persiapan Aidilfitri sudah menjadi tradisi kami daripada tahun ke tahun.
Ini juga cara kami meluaskan capaian kami dalam mendekati lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan dan pihak yang turut mempunyai komitmen yang serupa dengan kami melibatkan kesejahteraan kanak-kanak,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia, merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
Duit Raya RM100 seorang
Dalam majlis sama, McDonald’s Malaysia turut memberikan duit raya kepada anak-anak yatim berjumlah RM100 setiap seorang daripada dana wakalah zakat MAIWP.
Sepertimana kata Dato Azmir Jaafar, kedatangan Ramadan amat ditunggu-tunggu untuk kita semua memperbanyakkan amal jariah dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Besar harapan kami agar mailis berbuka puasa hari ini dan sumbangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim yang hadir memberi keceriaan kepada mereka.
RMHC Malaysia merupakan organisasi bukan berasaskan kentungan yang menumpukan segenap usahanya kearah kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik diMalaysia.
Dana RMHC dari pelanggan McDonald’s sendiri
Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, sejumlah besar dana RMHC Malaysia datang daripada McDonald’s Malaysia. RMHC Malaysia turut menerima dana daripada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu prihatin bagi pelaksanaan program-program utamanya yang berteraskan Kebajikan, Kesihatan dan Pendidikan
Aku rasa dalam setahun banyak kali RMHC buat aktiviti amal sebegini, malah aku pernah join satu kejohanan GOlf untuk kutipan amal untuk memenuhkan tabung RHMC dari syarikat-syarikat besar.
Kesemua program ini dapat dijayakan hasil sumbangan ikhlas pelanggan-pelanggan McDonald’s juga yang telah memberikan sumbangan kepada tabung rumah dikaunter Mcdonalds itu.
Berbaloi rasanyakan !
Kita jalankan tanggungjawab kita dan RMHC pasti akan menyalurkannya kepada mereka yang memerlukan. Rumah McDonalds yang berhampiran HUKM juga telah banyak membantu dan ahli keluarga yang berulang alik ke hostpital tersebut. Masyallah, sumbangan seperti ini banyak memberikan kelegaan untuk golongan yang memerlukan.
Jadi jangan rasa ragu-ragu untuk terus menyumbang Bersama RMHC okay. Walau 10 sen, 20 sen, 50 sen setiap satu nilai sumbangan kita amat besar kepada semua golongan yang menikmatinya. Bayangkan semua rakyat Malaysia memberikan sumbangan setiap kali ke McDonalds, waduh-waduh pasti rancak RHMC buat aktiviti amal.
No Comment! Be the first one.