Daftar akaun kwsp anak dan dapat insentif RM250.00 dari kerajaan. Eh! takkan taknak. Ada duit raya anak anak haritu kan? bayangkan dapat duit raya RM300 tiba-tiba dapat lagi tambahan RM250 bersamaan RM550.00. Wow mudah sangat ni kan. Jom paham cara nak buka akaun kwsp anak.
Table Of Content
Selama hari ini iman hanya ada akaun tabung haji, ASB, SSPN dan juga Public GOLD. Untungkan dia, sebab mama dia amat menitik beratkan bab-bab simpanan. Tapi bukanlah banyak sangat RM100 sebulan cukuplah. Rotate lah antara kesemua tu
Bab simpanan ni lagi awal mula lagi untung, sebab kita nak dapat kelebihan ‘compounding’. Jangan sesekali perlekeh simpanan RM100 dari lahir berbading orang simpan RM500 di usia 50an. Sangat sangat berbeza.
Apakah KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sahaja penting untuk pekerja dewasa, tetapi ia juga boleh menjadi pilihan bijak untuk anak-anak kita. Melaburkan wang persaraan anak secara bijak mampu memberi manfaat jangka panjang kepada mereka dan membantu mereka mencapai kewangan yang mapan di masa hadapan. Dalam panduan ini, kita akan meneroka mengenai kepentingan KWSP untuk anak-anak dan cara melaburkan wang persaraan mereka dengan bijak.
Simpanan di KWSP adalah merupakan satu simpanan jangka masa panjang untuk kegunaan sebagai wang persaraan kelak.
Kelebihan Akaun KWSP anak
Aku ni sebenarnya agak ketinggalan ‘bas’ kerana baru tahu yang individu berusia 14 tahun ke atas sudah boleh mendaftar akaun KWSP Simpanan Shariah untuk tujuan simpanan jangka panjang dan TIDAK perlu tunggu apabila mula bekerja. Maklumlah Iman baru cukup umur 14 tahun pada tahun ini.
Biasalah sikap ignorance manusia. hehe
Malah jika buka sekarang, kerajaan ada insentif tambahan RM 250 (maksimum setahun), sebagai contoh kalau saya carumkan wang RM2000 sebagai contoh, kerajaan akan tambah RM 250 selaku galakkan, di bawah insentif skim i-Saraan.
Yang penting bab caruman yang ini bukan seperti caruman tiap bulan, kita boleh membuat caruman pada bila-bila masa. i-Saraan merupakan skim caruman sukarela. Jadi, tidak terikat untuk membuat caruman pada setiap bulan.
Siapakah yang layak mencarum
Semua rakyat Malaysia layak mencarum dalam KWSP ini sebenarnya walaupun bekerja sendiri. Dan sekarang KWSP membuka ruang untuk kita mendaftar untuk anak yang berumur 14 tahun ke atas.
Ianya pasti berbeza antara simpanan dalam Bank VS Kwsp kerana pulangannya amat berbeza. Malah ada seorang financial guru berulang kali mengingatkan tidak menyimpan dalam akaun simpanan yang biasa.
Ianya satu yang merugikan.
Buat masa ini caruman KWSP adalah tidak diwajibkan kepada ahli yang masih berstatus pelajar, wajib mencarum hanya untuk ahli yang sudah berstatus pekerja di bawah majikan. Oleh sebab itu, KWSP hanya fokus kepada ahli yang sudah bekerja dan bukan berstatus pelajar.
Jika umur 14 tahun , KWSP tiada halangan untuk mereka ini buat caruman sendiri, malah digalakkan.
Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter. Selepas itu boleh teruskan aktifkan i akaun kwsp mereka. Akaun ini lah yang akan mereka pakai sewaktu mereka bekerja kelak
Cara daftar akaun KWSP anak
- Permulaan semestinyalah mesti mendaftar sebagai ahli KWSP (perlukan IC anak dan cap jarinya) di kiosk di mana-mana cawangan.
- Setelah siap pastikan berjumpa dengan kepada pegawai KWSP untuk buka i-akaun dan beralih ke simpanan Shariah terus.
- Pegawai KWSP akan bantu terus dikaunter dengani komputer di sana.
- Setelah i-akaun siap, pegawai akan bantu mendaftarkannya ke akaun SImpanan Shariah.
- Setelah siap, beritahu pegawai, nak daftar caruman i-Saraan ( caruman sukarela https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan) pula
Kelebihan menyimpan di akaun KWSP
- Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen patuh Shariah setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
- Bayaran caruman i-Saraan secara online secara asing di rumah melalui online banking saya, nanti pegawai akan berikan kertas panduan untuk transfer wang ke akaun terbabit.
- Sumbangan ini TIDAK WAJIB dibuat SECARA BULANAN.
- Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.
- Dengan melihat kepada dividen KWSP simpanan Shariah, berbanding perbankan Islam dan lain-lain simpanan, kelihatan lebih berbaloi menyimpan di KWSP simpanan Shariah di waktu ini
Pesanan untuk Simpanan Hari tua
Aku memang follower tegar dr. azizul di FB. Pesanan-pesanan kewangan itu memang menusuk dijiwa. Kalaulah dapat ku putarkan masa . Banyak benda boleh buat kan.
- Jika kita masih muda, 25-35 tahun usia. Belum terlewat untuk bermula, jangan gelabah ketiak masuk pelaburan merepek demi nak penuhkan dana.
- Jika kita dewasa, 35-45 tahun usia. Tiada istilah lewat jika kita gandakan usaha menabung dan melabur secara bijaksana.
- Jika kita matang, 45-55 tahun usia. Gandakan tabungan dan jangan melabur dalam instrument berisiko besar lagi. Bila kita lewat, gandakan 2x-3x simpanan kita.
Jadi bayangkan kalau kita bermula dari umur 14 tahun di KWSP ini. Insyallah banyak manfaat yang akan diperolehi untuk anak anak kita kelak.
No Comment! Be the first one.