Review Hotel Flemington Taiping |Lama aku tak pergi bercuti sebenarnya. Selain daripada pandemik covid19, hahaha jadual kerja laki aku memang macam hampeh sikit, eh hampeh banyak. Tetiba sahaja opis dia boleh habaq kata ada event on weekend tu kira 3 hari sebelum tarikh berlansung. Bukan sekali kami kena, banyak kali dah. Aku pun fobia nak book hotel atau airflight. Rugi weh,
Table Of Content
Tapi yelah zaman sekarang ni, disebabkan payah nak cari kerja kan, so laki aku bertahan sahajalah, tunggu ekonomi okay sikit barulah boleh mintak kerja lain.
Lagi satu Lagipun within 3 years ni aku pun tak berani nak jalan jalan sangat. Aku banyak habiskan masa baiki rumah aku yang makin usang nih.
Biarlah orang kata apa pun, tapi aku memang tak berani nak ber huha sangat sebabkan pandemik + ekonomi negara yang tak berapa menentu, kesan ekonomi tak berapa best ni semestinya affect company-company termasuk lah opis aku.
Cuak jer kalau nak spend duit tak tentu hal
From Taiping with love
So alkisahnya setelah sekian lama tak bercuti kita orang decide nak stop bandar Taiping balik dari cuti beraya di perak haritu.
Aku memang suka sungguh pergi Taiping sebab Tepeng ni memang bandar klasik bagi aku, dan Tepeng ni ada kenangan manis dengan arwah apak & mak dulu2, setiap tempat tu ada memori. Tapi banyak gambar dah rosak and hilang. Masa kecik2 kalau dari Gerik paling hebat nak travel pun memang hanya mampu pergi Tepeng, Ipoh n Penang. Kuala lumpur tu memang tak mandanglah org cakap.
KFC pertama yang aku makan pun di KFC Taiping ini lah, rasanya tahun 1980an. Dekat sini lah jugak aku selalu pow arwah mak and bapak aku untuk kumpul koleksi pensel-pensel comel hehehe
Tepeng ni pun tempat aku belajar selama 2 tahun di MRSM Taiping, kira laluan sekitar tasik tepeng ni pun memang menggamit memori zaman mudala kih kih .. gigih tau jln kaki dr mrsm tepeng keluar nak makan koayteow dolly.
So ni kira percutian kami ni macam remake supaya iman pun akan ingat juga bila dia besar nanti. Punyala ramai org o’ od kat sini., payah giler nak amik gambar., tapi mana terlepas tu kena lah edit sikit2. tapi hahah kita org kena scam pasal hotel, ceh!! nilah aku nak citer
Review Hotel Flemington Taiping : Indah kabar dari rupa
Aku tak tahulah aku ni cerewet atau macam mana , aku rasa lokasi Hotel ni memang best sebab mengadap tasik. Kira ini memang selling point untuk hotel ni. Memang best part ni, bangun pagi pagi view memang ose
Aku pernah tidor di Kamal lodge dan Sentosa Villa. Aku quite happy tidor kedua hotel tu.
Tapi hotel Flemington ni agak mengecewakan, eh banyaklah kiranya yang aku tak puas hati
Aku booked melalui booking.com. Dalam gambar memang nampak best, tapi bila aku sampai hahah aku tengok kalah bilik asrama, kalah bilik Tune hotel. VIew aku dahlah mengadap belakang lepas tu mengadap compressor aircond yang punya banyak
Ikut kata staff dia memamng kalau book ikut booking.com bilik itulah yang aku dapat. Tapi itulah jauh beza betul dengan apa yang derang advertised dengan apa yang aku tengok.
Ada
Kecewa sungguh aku, harga booking RM220.0, aku pahamlah harga musim cuti raya ni memanglah mahal sikit, tapi kalau berbaloi dengan kualiti bilik tu aku tak kisah sangat
Kualiti Bilik hotel yang daif
Tak puas hati punya pasal aku mintak upgrade bilik lain.
Tukar bilik Executive Suite dengan harga RM450.00. Tinggi jugak tu ..tapi disebabkan sempena besday aku dan sempena berjalan jalan dengan family, so kami decide upgrade jugaklah.
Memang besar and luas, tapi kondisi bilik dia memang tidak terjaga. Memang hotel murah sahaja aku tengok. Bilik air pun besar tapi Ya allah banyak yang dah berkarat dan rapuh makan dek usia.
Umur hotel ni baru 15 tahun sebenarnya, tidak lah tua sangat tapi ya ampun memang teruk sangat-sangat. Aku ada amik video, lupa pulak nak amik gambar. KOrang tengoklah kerusi tu semua adeh!
Harga RM450 tu sama dengan harga bilik di Hard Rock Hotel yang aku pernah booked dulu, kecil tapi barang dan bilik- bilik tersebut terjaga rapi.
Yang boleh puji pun, staff hotel dia sangat sangat baik melayan kehendak kami untuk masuk awal, untuk tukar bilik, tolong angkat and pindahkan bag dari bilik lama ke bilik baru. Food dia bolehlah, macam biasa sahaja tapi cukuplah dengan harga yang dikenakan. Tapi ommelette dia fail hehe, itu memang semua hotel aku pi cuba yer.
Aku harap dia orang boleh baca Review Hotel Flemington Taiping aku ni untuk tingkatkan lagi kualiti hotel, kalau tak jaga nanti memang boleh tutup hotel ni. Kesian dekat para pekerja tu.
No Comment! Be the first one.