Setiap kali aku dengar sesiapa sahaja yang mengalami masalah kulit seperti break out atau rashes, benda pertama yang akan keluar dari mulut aku pergi cari Cetaphill ! 110% persen aku yakin! Jadi kali ni terasa terpanggil pula nak cerita or review cetaphill ni
Table Of Content
- Kisah Percutian di Pulau Perhentian yang menyeksakan
- Review Cetaphill
- Dr. Pakar kulit sendiri yang syorkan produk Cetaphill
- Iman pula kena gatal gatal dan kulit melecet
- 2 method menggunakan Cetaphill
- Tips cara terbaik penggunaan Cetaphill Gentle Skincare
- Kenapa Wanita Sangat sesuai menggunakan Cetaphill Gentle Cleanser
- Cetaphil Moisturising Cream
- Cetaphil UVA / UVB SPF 50+
- Kenapa Cetaphil sangat sesuai digunakan
- Maklumat lanjut
Tiada pernah timbul keraguan kerana aku lah antara testimoni yang pernah melalui saat sukar 15 tahun dahulu. Syukur sangat aku bertemu jodoh dengan Cetaphill.
Kisah Percutian di Pulau Perhentian yang menyeksakan
Semuanya bermula dari percutian yang indah indah di Pulau Perhentian pada tahun 2004 dahulu, tapi akhirnya aku sengsara yang amat selama beberapa hari. Bermula gara gara aku terkena air karat di Resort tersebut. Memang Spoiled lah percutian aku masa tu.
Aku rasa korang pun tahukan, biasanya keadaan di pulau, barang barang mudah teroksida untuk menjadi karat. Termasuklah paip atau saluran air di resort tersebut. Hari pertama tu mungkin kulit aku boleh bertahan, masuk hari kedua terus jadi gatal dan rashes kemerahan.
Ya Allah waktu itu punyalah aku rasa pedih dan gatal ya amat. Kulit kemerahan seperti terbakar sehingga beberapa hari, bayangkan selama 3 hari di pulau perhentian aku kena bertahan sehingga aku balik ke KL. 2 kawasan yang affected adalah di kawasan muka dan kaki. hahah pelikkan 2 tempat yang berbeza.
Kaki aku pula jadi seperti berkudis buta pula. Malu jer bila asyik tergaru garu. Gatal tu memang tidak boleh ditahan tahan lepas tu pedih ya amat, sedap sangat menggaru.
Review Cetaphill
Dr. Pakar kulit sendiri yang syorkan produk Cetaphill
Sekembalinya aku ke kuala Lumpur, setelah beberapa hari pergi klinik biasa pun tak jadi apa. Akhirnya aku ambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar kulit di SJMC. Huhuh muka tu… Dahlah sun burn tambah kena rashes pulak. Malu wey!
Selain dari ubatan secara ambil oral, aku dibekalkan denganCetaphil Gentle Skin Cleanser untuk cuci badan dan muka.
Harga produk cetaphill ini memang boleh tahan tapi berbaloi baloi kalau untuk orang yang pentingkan kesihatan kulit.
Aku teruskan penggunaan Cetaphill ini sehinggalah kulit aku jadi sihat semula. Alhamdulillah. Lega sangat sangat.
So dari kisah ini, Moral of the story, kalau nak travel memang set Cetaphill ini sentiasa ada dalam set skincare aku. Takut sangat berulang lag
Dan…. Itulah pertama kali aku mencuba produk Cetaphill.
Perasaan pertama aku menggunakan produk ini rasa seperti pelik dan janggal kerana ianya tidak berbuih. Rupanya itulah yang terbaik, kulit kita kekal dalam kelembapan PH yang sepatutnya. Bukan menegang ye.
Kebaikan Cetaphil ini ialah ia bersifat pembersihan lembut walaupun pada kulit yang paling sensitif. Ia melembutkan kerana ia membersihkan, bebas daripada wangian, sabun dan lanolin dan cukup lembut untuk digunakan pada kulit bayi. So takkan merengsakan kulit langsung.
Iman pula kena gatal gatal dan kulit melecet
Aku ingat lagi masa Iman umur 3 tahun dia pernah kena gatal-gatal di kawasan kelengkang. So aku memang terus ke farmasi untuk membeli Cetaphill. Memang diakui bahawa Pembersih Kulit Cetaphil Gentle sesuai untuk semua jenis kulit dan umur. Sangat disyorkan oleh ahli dermatologi dan pakar kanak-kanak untuk setiap hari
2 method menggunakan Cetaphill
Terdapat 2 cari mengikut kesesuaian korang
- Dengan air – Sapukan pada kulit lembap muka atau badan, sapu perlahan-lahan dan bilas.
- Tanpa air – Sapukan pada kulit dan gosok perlahan sebelum mengeluarkan lebihan dengan kain lembut.
Tips cara terbaik penggunaan Cetaphill Gentle Skincare
- Basuh tangan terlebih dahulu
- Pam 1-2 Cetaphill Gentle Skincare ke atas tangan
- Massage kawasan muka dan make up dan juga sekeliling mata tanpa air
- Ambil Cotton pad untuk clearkan sisa make up yang ada
- Pam 1-2 cetaphill gentle skincare dan urutan di muka dengan circular motions untuk 2 minit sehingga menjadi foamy
- Bilas
- Keringkan dengan towel
Kenapa Wanita Sangat sesuai menggunakan Cetaphill Gentle Cleanser
Ia sesuai untuk digunakan dalam mengeluarkan make-up dan pembersih ini tidak comedogenik yang pasti ia tidak menyumbat liang-liang. Cetaphill bersifat pH seimbang ia juga tidak akan membuatkan mata pedih dan ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Jadi, bukankah ini yang semua wanita idam idamkan. ? Bukan aku sorang kan.
Pendek kata Ia sesuai untuk digunakan: Normal / sensitif, kering / sangat kering, kulit bayi / bayi dan mereka yang mempunyai jerawat, ekzema, psoriasis dan rosacea. Kalau untuk complete set penjagaan rapi sebagainya, ada beberapa range produk yang lengkap untuk setiap jenis kulit juga
Cetaphil Moisturising Cream
Sejak menginjak umur 40an, perubahan kulit ni memang terasalah sangat-sangat. Aku ada kongsikan kisah perubahan kulit aku dalam entri sebelum ini. Sebenarnya banyak entri pasal kesihatan kulit sebab aku treat blog ini sebagai journal aku.
Semua orang akan melaluinya, lambat atau tidak sahaja. Tak boleh lari.. hahaha.
Tetapi, takkan lah nak mengalah begitu sahaja, kenalah ambik langkah langkah awal sebelum jadi lebih teruk. Jadi dalam rutin harian aku tak pernah tinggal lagi pakai moisturiser cream ini walaupun duduk dalam rumah.
Aku tak suka keadaan bila muka aku macam kering, tak ada pelembab.
Aku jadi macam obsess dengan segala mak nenek krim pelembab, selalu aku bilang pada orang yang lebih muda, tunggulah korang masuk umur 40 nanti, akan fahamlah tahap panik aku.
So alang alang aku dah menggunakan set pencuci Cetaphil, aku memang pastikan aku pakai Cetaphil Moisturising Cream. Atas kerajinan aku sejak sejak berumur ini, hehehe aku boleh cakap kualiti kulit aku sebenarnya lebih baik dari zaman muda dulu dulu.
Umur 40an seperti aku kulit mudah menjadi kering
Cetaphil UVA / UVB SPF 50+
Korang tahu dak, laki aku sendiri yang cakap, antara banyak banyak benda yang tak boleh tinggal adalah sun block. Mentang mentang lah dia dengar talk pasal kesihatan di pejabat dia, balik dia kongsikan info ini dengan aku pulak.
Tapi dia suka hati sahaja nak pakai atau tidak, orang laki kaan. At least adalah jugak kesedaran. Dahulu aku memang naif, yang aku tahu tepek lipstick sahaja lepas tu terus start motor aku pergi kelas, owh ini masa zaman aku belajar di USM Pulau Pinang. Korang tahulah panas pulau ni macam mana kan.. Haaa kan muka aku dah ada melasma dan jeragat. Aduii dulu aku memang takt ahu apa pasal penjagaan muka ni.
Jadi, aku cadangakan sebaik korang dah cuci muka dengan Cetaphil cleanser, aku sarankan korang pakailah serum, moisturiser, sun block, primer and barulah pakai foundation. Haa berlapis lapiskan kan, tapi ini lah rahsianya kalau korang nak kulit elok dan juga supaya make up akan lebih tahan lama.
Aku dapat tips ini masa aku attend kelas make up MUA dari MAC tau. Jadi janganlah korang ambik mudah penggunaan sun block ini.
Tekstur Sunblock ini aku rasa agak creamy dan cerah, so bila oleskan pada muka tu kena ratakan betul betul, jangan nampak bertepek tepek. Kalau tak nanti nampak tak cantik nanti.
Aku juga ada sunblock dari jenama lain , dan aku boleh cakap dan ulas yang Cetaphil UVA/UVB Defense ini agak pekat so korang tak payahlah letak banyak banyak. Memang berbaloi.
Kenapa Cetaphil sangat sesuai digunakan
Pencuci muka ni sesuai untuk digunakan dalam mengeluarkan make-up ringgan. Pembersih ini tidak comedogenik yang pasti ia tidak menyumbat liang-liang. Cetaphil bersifat pH seimbang. Ia juga tidak akan membuatkan mata pedih dan ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Lepas guna berapa bulan ni, muka dah rasa lebih sihat dan lembut.
Jadi, bukankah ini yang semua wanita idam idamkan? Bukan aku sorang kan. Pendek kata Ia sesuai untuk digunakan: Normal / sensitive/ berminyak/ kering / sangat kering/ kulit bayi / dan mereka yang mempunyai jerawat, ekzema, psoriasis dan rosacea
Umur 40an seperti aku kulit mudah menjadi kering
reference : https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/elderly-skin-conditions#1
Semakin berumur semakin kulit kering, sangat berbeza dari zaman remaja. Muka kurang berjerawat tetapi kulit kering ini pasti akan buatkan kita lebih mudah berkedut dan juga pigmentation.. TIDAKKKKK!!!
Nightmare untuk aku dan semua orangkan. Kalau korang baca kisah catatan aku untuk sebelum sebelum ini acapkali aku tulis, untuk umur sekarang aku lebih pentingkan kesihatan kulit dari pandai make up. Macam satu perjuangan pula untuk aku.
Alhamdulillah, aku berani cakap kulit aku memang lagi elok dari zaman remaja sebab dahulu aku tidak ambil kisah penjagaan kulit. Betapa pentingnya kulit kita kena sentiasa lembab dan dilindungi seperti sun block.
Dahulu aku naif dalam penjagaan kulit. Sekarang berkat pembacaan dan exposure alhamdulillah aku rasa confident dengan kulit aku sendiri. Selain perlu cuci muka bersih, prep untuk make up memang aku pastikan kulit aku perlu ada serum, moisturiser, dan sunblock. Rutin yang wajib bukan sahaja untuk kulit cantik tapi make up pun akan lebih smooth dan tahan lama.
Jangan terus tepek bedak dan foundation di muka tanpa step yang aku kongsikan ini tau.
Maklumat lanjut:
Selain beli dari farmasi korang boleh juga dapatkan secara online. Kadang -kadang bila ada promosi yang best tu aku cadangkan korang amik pek promosi. Berbaloi baloi .
- Website: Cetaphil
- Facebook Cetaphil
- Instagram Cetaphil
- Shoppee Cetaphil Official Store
- Lazada Cetaphil Official Store
mek pun pernah pakai centaphil ni. mungkin bagi kulit yang tak breakout kesannya tak nampak sangat. alhamdulillah memang okei sahaja dengan mek.
Yaya serasi pakai Cetaphil ni kat badan je kalau kat muka tak serasi nanti nanti jerawat halus. Tapi paling suka cetaphil baby dia wangi hee rambut anak yaya pun lembut je pakai cetaphil baby dan sesuai untuk kulit dia yang sensitif juga 🙂
owh boleh try untuk anak anak juga lah kalau mcm tu kan … nak p cari juga
macam best.. ramai yang bg review produk ni best dan serasi
Boleh la syorkan produk ni pada sesiapa yang mengalami gatal-gatal. Pernah gak dengar jenama ni tapi blm cuba.
Ada dua cara ye nak guna Cetaphil ni. Qiss belum pernah try lagi. Tapi nanti nak try lah. Tengok berkesan kat kulit orang. Nak try kulit sendiri pula. Tak suka bila kena air karat. Habis gatal2 kan
anak anak saya memang pakai pencuci muka cetaphil, aritu saya beli masa promo, 2 botol besar plus free botol travel kecik tu baru rm70 plus. memang murah kalau ada promo
Amni pernah cuba Cetaphi,tapi tak serasi dengan anak amni.Lain orang lain penerimaan dia kan.Tapi for those yang sesuai dengannya kena keep using la sebab lain skin lain caranya.Cetaphil ni pun memang certified by dermatologist kan.
Selalu dengar orang kata cetaphill ni bagus tapi sy tak pernah cuba lagi. Tapi tu la sy memang ada masalah kulit sensitif juga ni. Mungkin kena try juga la produk cetaphill ni
Ramai juga yg bg review yg baik ttg produk cetaphil nie yea.. Boleh la AM beli satu kat farmasi.. Bulan depan nak pegi trip ke Pulau.. Boleh la beli simpan satu dlm beg utk kegunaan bila perlu nnti
Produk cetaphill memang best. Ramai yg ada masalah kulit semuanya sesuai guna brand ni. Harga agak pricey tapi sangat berbaloi dengan efeknya
Memang bagus n samgat serasi
Ramai cakap cetaphill ni bagus.
Pernah dengan and nampak brand Cetaphil ni tapi belum pernah cuba lagi. Baru tau kelebihan produk ni. Terima kasih atas perkongsian ya.
Makinberseri muka akak..nampak awet muda..hehee..muka cantik je mcm takde masalah..pakai cetaphil ye..nanti nak cubalah
Belum try cetaphil lagi~ I saw they have a lot of range of products. Will try in future ~
Bagus ye Cetaphil ni sampai doktor pun recommend. Berkesan pulak tu. Maksudnya brand ni betul-betul bagus. Tak berbuih tu bagus sebab kita tak nak kulit muka kita jadi kering & hilang moisture semulajadi sampai jadi tegang lepas mencuci muka.
Saya pun pakai Cetaphil Kak Azni… Breakout sangat haritu… Dah la kulit sensitif sengsangatttt… Lepas guna Cetaphil baru ada improvement… Nampak la yang ia mengrepair kulit muka tu.. Saya guna yang soap bar dan foam… Alhamdulillah, sesuai…
Belum lg cuba produk ni….rasanya kena cuba jgk memandangkan kulit muka bonda yg sensitif ni…mana tau boleh selesai masalah kulit sensitif ni
banyak feedback positif produk Cetaphill ni. sebab ramai kawan yang guna produk ni. Lia tak pernah cuba lagi maybe next time. so tak tau apa kesan dia kat kulit wajah.
Memang best nih Cetaphil, banyak review positif pula