Review Avillion Port Dickson | Bila boleh rentas negeri je terus laju kepala aku ni berfikir, aku nak pergi staycation kat mana nih?? Tapi korang mesti ada konflik macam aku kan ! nak tidor avillion port dickson water chalet atau yang biasa sahaja. Alang-alang nak travel mestilah yang best.
Table Of Content
- 5 Point penting : Review Avillion Port Dickson
- Cari Hotel yang tidak sesak
- Ambience yang best
- Ada pilihan, Water chalet atau Garden kalau korang sampai avillion pd ini
- Pool Yang best, ini Review Avillion Port Dickson yang aku nak hilite
- Food yang best mengikut rekomendasi kawan-kawan
- Fasiliti yang menarik
- Dah ready pack bag lepas baca Review Avillion Port Dickson aku ni?
Tapi itulah, dilemma nya dalam kesempatan waktu yang ada semasa PKP ini, takkan nak jalan makan angin tapi tak tengok orang tua. Apa-apa hal kita kenalah balik jumpa orang tua dulu. Walaupun orang tua aku dah tak ada, tapi kita kenalah menyantuni family belah mentua juga.
Cukup 2 malam di Melaka, kami pun gerak balik KL tapi kami singgah dulu di Port Dickson. hehhehe bijak dak aku. Dah lama aku teringgin nak jejak Avillion Port Dickson nih. Eh jap.. ini bukan avillion admiral cove port dickson tau. Dua tempat yang berbeza hahah..
Sama macam konsep travel aku sebelum ni, korang nak travel mana pun tapi umrah tu kena lah sampai dulu. Dah jadi hukum wajib tau. Jangan merata dunia ko travel tapi yang ini korang tak buat.
Eh.. ter tazkirah pulak ..
Nak cakap pasal Hotel hotel di Port Dickson ni, banyak jugak yang aku dah cuba. Kalau ikut yang terkini, bulan 7 tahun lepas aku amik Grand Lexis sempena celebrate besday laki aku, Bulan 12 pulak kakak aku suruh ganti dia di Lexis Hisbiscus pula.
Dulu-dulu aku suka pergi Corus, aku pernah pergi Admiral, Hotel Seri Malaysia, Tanjung Tuan, and beberapa lagi
Kali ni dah lama terperuk di rumah, terasa teringin nak tidor di hotel, katil and cadar hotel kan best heheh. Tapi macam mana pun tetap ada rasa perasaan takut and cuak kalau bertembung dengan ramai orang.
Maklumlah semua kelam kabut nak lepaskan perasaan, hehehe termasuk aku.
So jenuh aku pikir hotel mana yang best.
Kali ni aku decide nak tidor hotel yang best, rileks, cool and ada pool yang best . Ini prioriti aku buat masa ini. Aku terpaksa memilih untuk zaman covid ni. Walaupun dah masuk endemik tapi kenalah berhati-hatikan. Virus Covid19 masih mengganas.
Nak pergi hotel pun kena set dulu konsep apa contoh nak pusing-pusing town, hotel hanya tempat tidor or lepak2 and chill dengan fasiliti hotel.
Macam dulu aku pergi Hard Rock Penang , kami memang pulun lepak tak keluar mana mana. Memang boleh teringat keseronokan sampai sekarang.
Aku ni mudah jer nak puaskan hati. Tapi janji kena tahu dulu apa yang aku nak.
5 Point penting : Review Avillion Port Dickson
Lepas pandemik mana-mana hotel pun sesak sebenarnya. Tapi aku ini pun kalau boleh nak elakkan yang orang ramai-ramai ni. Impossible dapat duduk hotel yang tak ramai orang buat masa ini.
Tapi… Good for our tourism Industrylah kan. Lama dah dia orang menyepi.
Pengalaman pergi ke hotel Lexis Hibiscus sebelum ini memang aku macam agak terkejut. Punyalah ramai umat manusia, siap ada yang turun bas beramai ramai. Aduss ! itu belum part beratur lagi.
Tapi winning point dia ada Indoor Pool yang best. Itu yang kegilaan orang nak pergi ke sana.
Cari Hotel yang tidak sesak
Macam aku cakap di atas tadi pengalaman aku ke hotel Lexis yang aku pergi dalam bulan 12 hari itu, aku macam culture shock juga, kebetulan rezeki aku dapat kesana kerana menggantikan kakak aku yang terpaksa gerak ke Johor baharu dengan kadar segera.
Aku andaikan jumlah bilik di hotel avillion port dickson tersebut agak banyak. Jadi tidak hairanlahkan ramai orang yang beratur di kaunter pendaftaran.
Aku andaikan ramai yang masuk bilik hotel tersebut disebabkan ada indoor pool. Jadi memang lebih muatan setiap bilik tu rasanya
Jadi macam serik pulak aku rasa, so aku nak pergi tempat yang rileks-rileks dan tidak sesak.
Dan aku kaji kaji hotel Avillion Port Dickson ni hotel yang agak lama tetapi mempunyai fasiliti yang cukup bagus. Kira dari segi nama dan kredibiliti hotel ini memang baguslah, agak tersohor.
Walaupun pada hari pendaftaran kena beratur tapi aku masih boleh bertahan dan boleh terima. Yerlah pergerakan pun kena jauh jauh kena jaga SOP.
Ambience yang best
Ada masa aku suka duduk hotel yang ambience chill chill and best ada masa aku ambik yang budget style kalau setakat nak mandi tidor and merayau tempat yang aku ingin lawati
Tapi kalau untuk relaks and habiskan masa yang lama dihotel, aku prefer hotel yang ada ambience yang best. Tambah-tambah ada pokok pokok dan saujana yang sangat mendamaikan.
So aku prefer hotel yang seangkatan avillion pd sebab ianya konsep ala ala resort.
Kalau ikut PD di tepi pantai memanglah panas tapi kebetulan pada masa itu negara kita memang panas teruk, so aku nak berada di hotel yang nyaman seperti Bali . Aduhhh.. rindu bali. Eh tiber!!
Sebab itulah aku pilih Garden Chalet instead of Water Chalet
Ada pilihan, Water chalet atau Garden kalau korang sampai avillion pd ini
2 kali pengalaman ke hotel sebelum ini, aku serius tidak rasa enjoy sangat. Pengalaman amik water chalet ini buatkan aku serik. Aku rasa kelengkapan bilik agak run down disebabkan berada di atas laut. Air masin mudah merosakkan furniture dan keadaan sekeliling bilik tersebut.
Jadi aku tak berapa happy sebab aku rasa macam hotel lama dan tidak berbaloi. Padahal lebih baru berbanding Avillion ini.
Di Avillion ni kita ada pilihan nak garden chalet or water chalet. So tanpa teragak agak aku terus booking garden view dan keluasan bilik yang lebih besar. Cuma di sini tiada indoor pool macam hotel Lexis.
Tidak salah pilihan aku, walaupun kami dapat 2 katil single dan daybed, tapi kami rasa selesa dengan layout bilik tersebut dengan ruang toilet yang agak besar.
Tapi aku ada baca Review Avillion Port Dickson part yang tak best bahawa bilik yang atas laut ni agak jauh and mungkin ada problem untuk orang yang ada masalah mobiliti, betullah jugakkan.
Pool Yang best, ini Review Avillion Port Dickson yang aku nak hilite
Kali ini kami nak pergi pool untuk berenang bukan untuk berendam. Nak lepas gian ni ! Di Avillion kiranya ada 3 pool. 1 untuk kanak-kanak, 1 untuk campur dan 1 lagi untuk Adult Pool sahaja.
Anak aku pun hairan, tengok bukan main aku pulun berenang di Pool. Sebelum ni ada pool dalam bilik aku sekadar rendam kaki.
Kebanyakkan hotel menetapkan setiap orang hanya boleh enjoy di pool dalam masa 1 jam sahaja. Ini untuk mengelakkan sesak di kolam tersebut.
Tapi yang bestnya, Avillion ni ada satu pool khas untuk orang dewasa. Jauh dari hiruk pikuk anak anak dan tiada kekangan masa.
hahaha iman terpaksa stay dalam bilik sebab makpak dia nak enjoy dekat kolam. Memang best! inilah ketenangan yang aku nak. Terasa seperti berada di Bali.
Food yang best mengikut rekomendasi kawan-kawan
BIla aku cakap nak pergi Avillion ramai yang cakap, ” Eh food sini best”.
Memandangkan aku and husband memang jenis Food Hunter, kalau bab bab makan ni memang suka. Jadi aku amik pakej yang berserta breakfast.
Malangnya seperti hotel hotel lain, susah nak nilai kesedapan food tersebut kalau semua jenis pack/bungkus and makan di hotel hahaha.
Cuma kami sempat dinner Nasi goreng kampung dan juga Lamb Shank
So far mana mana kami pergi hotel kalau order nasi goreng kampung mesti sedap. Kebanyyakannya lah. hahaha. heran sungguh.
Nasi goreng kampung disini ada satay, udang besaq, dan juga ayam goreng. Jadi bagi aku memang sedaplah juga makanan dia.
Lamb Shank dia tak sampai tahap yang aku nak. Secret Recipe lagi sedap haha
Bak kata abam, pengalaman dia ada kursus disini dulu breakfastnya memang Umpph!! Nanti dah kembali normal korang jangan lupa pergi hotel ni and update aku semula yer.
Fasiliti yang menarik
Berhampiran pool kanak-kanak ada disediakan table tennis, dan juga foosball. Alamak aku tak sempat ambik gambar sebab fokus dah bersedia untuk masuk kolam. So korang bolehlah isi masa main pingpong.
BIla aku pusing pusing dikawasan situ, ada juga bahagian khas untuk kanak kanak. Tapi aku rasa buat masa ini macam ditutup sementara waktu kerana pandemik Covid19.
Terdapat deretan arcade mainan untuk kanak kanak. Kami sempatlah pusing2 disini, iman seperti biasa teruja tapi sebab makpak dia malas nak pergi cari token so kami hanya pusing pusing disini.
Sebelum ni aku ada dengar ada petting zoo tapi agak tersorok ke belakang dan bukan laluan ke bilik kami jadi kami tak sempat pergi kesana di petang hari.
Tetapi rezeki dapat bergurau senda dengan haiwan yang ala ala jinak sewaktu breakfast. Walaupun semua makanan telah dibungkus kami minta untuk bersarapan di kawasan cafe barulah aku nampak kewujudan Petting zoo ini.
Paling best peacock atau burung merak dalam 3/4 ekor pun boleh join breakfast sekali. hahaha best betul rasanya and sangat rare jika dibandingkan dengan hotel yang lain.
Dah ready pack bag lepas baca Review Avillion Port Dickson aku ni?
Apa lagi.. jangan teragak agak untuk ke Avillion Port Dickson. Kalau cukup bajet memang aku ambik 2 malam, tapi disebabkan bulan sebelumnya kami dah tidor di Traders Hotel So kenalah pandai pandai susun bajet.
Kiranya ini adalah antara hotel yang jauh kami pergi selepas PKP. Kalau korang nak tengok journey or video kita orang explore Avillion ada lah aku share dkt IG. Korang boleh klik gambar ni aku dah set terus link ke highlight tersebut
Memang best bila dapat peluang bersama keluarga cuti kemana mana hotel dalam Malaysia.
Dan nampak gayanya untuk 1-2 tahun ini kita travel dalam Malaysia sahaja. Cuti banyak lagi … tapi abam tak ada cuti . So aku nak kemana pulak bulan depan nanti.
Tunggu nanti aku update heheh
Kalau hotel tu best memang aku akan share stori mori kat blog ni macam aku tulis Review Avillion Port Dickson inilah. Kalau tak best aku senyap jelah hahahaha.
Sebelum pergi aku dah baca review juga yang part tak best. Tapi disebabkan aku dapat apa yang aku nak dan maybe aku bersyukur sangat kali ni dapat travel setelah sekian lama terperuk.
one of dream place nak singgah ni..kena try juga nanti at least 1x.
Yes dah pergi dah..memang best..KIta pilih bilik bawahnya ada air..hehee
Baru masuk wishlist…next holiday nk pergi avillion juga..bestnya kak azni
yer best .. kak azni suka chil chill kat sini
Rasa macam nak book pulak hotel ni lepas baca ❤️
jom pi ramai-ramai hehhe.
hotel ni dekat dengan pantai x?ade private beach?
dekat, tapi bukanlah private beach…