Result SPM dah keluar. Setiap kali kalau result SPM keluar ada satu memori yang Aku takkan lupa. Memori tu memang melekat padu dalam hati ni. Ada perasaan lucu dan sedih.
Table Of Content
Lucu sebab aku sendiri hairan kenapalah aku ni sejenis manusia selamba ‘ bewak’ sangat masa tu. Tak pikir lansung perasaan orang lain
Sedikit latar belakang aku supaya korang boleh bayangkan tahap brutal aku masa lalu.
Aku ni berasal dari Gerik, Perak. Seawal darjah 4 dulu selamba jer. Aku pernah naik bas sorang sorang pergi rumah mak sedara di Manjoi, Ipoh. Perjalan Gerik ke opoh ambil masa 3 jam aku rasa sebab belum ada highway. Ini tahun 1980an punya cerita yer
Sampai ipoh dr area bas ekspress gerik memang kena seberang jalan menuju ke medan kid sebab nak naik bas masuk ke manjoi pula. Bayangkan budak darjah 4 tau…
Kadang-kadang aku pergi dengan arwah adik aku. Kalau aku darjah 6 dia darjah 3 lah maknanya. Ajer gila kan. Kalau korang mesti tak lepaskan anak seawal umur macam ni.
Bukan korang jer, hahahah aku pun! kalau zaman sekarang ni mampus aku tak bagi iman naik basikal ke jalan besar. Dahla anak sorang.
Darjah 4 umur 10 tahun, perempuan. aduh pikir balik sendiri seramkan
Form 1 masuk MRSM Pasir Tumboh, yeay !
Form 1 dapat masuk MRSM pasir tumboh di Kelantan, Perjalanan ambik masa dalam 5 jam jugak dari Gerik tak silap aku. Orang lain masa hari daftar biasalah mesti ada yang nangis sebab first time berjauhan dengan famili.
Tapi Aku bukan main seronok dapat masuk Mrsm sebab buat pertama kali ada katil and almari sendiri, sebabnya Aku ni mempunyai 9 orang adik beradik duduk di berek bomba yang hanya ada 1 bilik.
Rasanya aku kecik kecik dulu ikut suka aku nak tidur mana. Aku tidor depan tv, atas simen jer kadang tu. Sepanjang di mrsm PT ni Aku memang seronok sangat sebab family kawan2 ramai yang baik2. Jaranglah aku homesick nak balik kampung.
Kalau weekend sibuk nak ikut kawan balik rumah di serata kota bharu. Seronok dapat makan macam-macam. Aku masih ingat pergi rumah kawan aku di kubang kerian, di pengkalan chepa. Ada antara ayah & emak kawan aku pun dah tiada.
Aku masih ingat scene aku balik ikut dia orang naik kereta tapi ada memori yang aku lupa juga. tulah dulu tak tulis blog hahahah.. kalau tak mesti aku ingatkan.
Tingkatan 4 ke MRSM Taiping pulak
Form 4 Pindah masuk Mrsm Tepeng pulak. Geng perak semua masuk tepeng, dan ada yang tersesat pergi MRSM Balik Pulau juga sebab dulu mrsm pt hanya sampai form 3 sahaja.
Okaylah life di tepeng, cuma mungkin tak seceria di Mrsm PT. Masa di tepeng memang close dengan perempuan sahaja sebab hahaha takut tengok geng budak laki yang macam nak makan orang sorang-sorang. Kalau geng laki yang baik dengan aku pun geng Volleyball.
Kenangan Result SPM keluar – 1992
So ni nak cerita pasal amik result spm sebenarnya hahaha. Tahun 1992 opkos lah komunikasi pakai phone rumah sahaja. Mana ada hp macam zaman sekarang. kadang-kadang tulis surat juga.
Rindu sungguh dekat kawan kawan sebab dah lama hidup diasrama kan. Lagi satu dah 5 tahun duduk asrama memang tak berapa reti nak bersosial dengan kawan sekolah rendah.
Ini memang dilema budak asramakan.
So aku decide lepas spm kerja 7-11 di shah alam, duduk rumah kakak masa tu sebab bosan tak ada kawan.Jadi masa nak amik result spm tu dah janji jumpa dengan geng geng ni.
Celebrate rumah kawan tapi tak inform mak!… aduh
Lepas tu, Aku ni agaknya dari kecik jenis pesen selamba, sebab tak puas sembang Aku boleh ikut kawan balik ke Parit Buntar pulak tanpa inform arwah mak. Ingat ingat balik, macam tak masuk akal pun ada, rupanya mak ni tunggu lah Aku balik hari yang sama .
Gerik – taiping tak lah jauh sangat tapi zaman tu jalan ya ampun, macam ular kena paku. Mau dekat 4 jam baru sampai. Rupa-rupanya arwah mak tak boleh tidor malam pikir pasal Aku yang tak sampai-sampai.
Haha dah jadi mak ni baru tahu kerisauan seorang “emak”.
The next day Aku balik ke gerik, arwah mak ni bukan jenis suara tinggi atau marah-marah tapi dia tengok Aku memang muka macam nak nangislah. Peluk cium Aku, tak tanya pun pasal result spm. Mungkin sebab Aku ni family besar dan arwah mak and ayah pun sibuk meniaga nak tampung pendapatan selain gaji yang ada so dari kecik memang banyak benda Aku buat sendiri.
Tindakan Aku tu memang buat pertama kali Aku dapat rasakan selfishnya Aku dan dalam masa yang sama dapat rasakan arwah mak betul betul sayangkan dan risaukan aku, dan paling kelakar baru faham erti bahaya.
Hahahha kadang orang yang selamba sangat ni jadi macam ini lah, sampai lupa common sense.
Arwah emak tegur kesilapan aku, sewaktu tengah baring atas katil
Banyak jugak memori yang lupa zaman zaman dulu ni, tapi part bila Aku baring sambil sembang dengan arwah mak kenapa dia risau sangat, momen tu sampai sekarang Aku ingat.
Hehehe kalau orang cakap duduk asrama memang kadang kita jadi canggung sikit dalam family mungkin Akulah antara orangnya.
Asrama memang mendidik kita jadi independent ditambah dengan latar belakang famili Aku yang ramai, dari kecik Aku dah pandai buat keputusan sendiri.
Mujurlah zaman tu kurang kes kes pelik macam sekarang. Syukur tak jadi apa-apa masa tu kan hahahah bak kata M zain dalam filem labu labi
“ hari ni hari bodoh Aku pak encik”
memang aku tak boleh lupa kenangan setiap kali Result SPM keluar, betapa aku membuatkan semua orang risau dan susah hati keran tindakan aku tapi pada masa itu aku salahkan sebab tak ad teknologi hahahah.
No Comment! Be the first one.