Produk brahim ni memang sinonim dengan traveller. Korang korang yang selalu travel mesti selalu akan standby produk brahim’s kan? Selalunya kita beli dekat mana mana hypermarket sahaja. Meh nak share dengan korang kat mana nak beli produk brahimdengan harga murah.
Memula aku tahu pun masa orang share kat dalam group travel. Aku ingat aku yang ketinggalan hehehe… tapi bila aku share kat fb personal aku pun ramai tak tahu jugak. Benda yang best macam ni wajib share hehehe. Ramai pulak yang interested.
BACA : Senarai Restoran Halal di Perth
Korang boleh beli sikit or banyak. No hal. tak semestinya kena beli berdozen dozen. So kalau nak pakai untuk rumah pun sesuai kan.
Kalau orang bajet traveller macam aku, kalau boleh apa yang boleh bajet kena squeeze segalanya. Hehehe nafsu berjalan ni besor benor. Salah satu benda yang akan affect bajet kita mestilah bab makan. aku memang bergantung pada pek brahim.
Kenangan aku travel ke Jepun tahun 2016 dulu, fuh memang susah gila nak cari makan. Eh.. boleh cari tapi harganya boleh meleleh oitt.. kopak lah.
Kalau dah nama bajet traveller so konsepnya aku jejak sana, tapi kena cuba juga makanan sana tapi.. haa.. tapi lagi sekali 2 kali je boleh oit. Nanti tak boleh jalan lagi .. hahah
BACA : DAGING DENDENG SUMATRAA SESUAI UNTUK TRAVELER BAJET MACAM AKU
Kalau kat London nasi lemak pun RM40 kowt.. huhu. so cara yang terbaik belil produk brahim’s dengan harga murah. Borong abis abisan. Korang tengoklah perbezaan rega seperti dibawah ni. so kalu p situ, baik borong byk banyak..
harga produk brahim
- Nasi Goreng Kampung – RM7.90 (Brahim’s Shoppe) / RM12.71 (Giant)
- Nasi Goreng Ayam – RM8.80 (Brahim’s Shoppe) / RM10.59 (Giant)
- Nasi Beriani Ayam – RM9.00 (Brahim’s Shoppe) / RM12.71 (Giant)
- Nasi Beriani Kambing – RM9.50 (Brahim’s Shoppe) / RM11.65 (Giant)
- Lauk sedia dimakan – RM4.95 (Brahim’s Shoppe) / RM6.67 (Giant)
- Kuah instant – RM3.50 (Brahim’s Shoppe) / RM4.49 (Giant)
Lokasi Kilang Brahim
Kilang Brahim’s ni terletak dekat bangi
- Kilang ni berdekatan jer dengan Warta dan Seksyen 7 yang banyak jual baju muslimah tu. Betul betul berdekatan dengan pusat servis HONDA. Masuk simpang yang sama. Alang alang dah sampai area situ pergi jelah jenguk. Masa aku pergi tu aku tak tahu boleh parking kat dalam. so menapak jugaklah parking di luar kilang yang banyak kereta. Pakcik guard tu cakap boleh jer bawak masuk kereta ke dalam… laa.. letih jer aku park jauh.. Kena tulis nama lah opkos.
Kat situ ada 2 building kilang brahim’s, tapi masuk jer pintu masuk boleh nampak terus building yang macam kat atas tuh. Kedai nya kecik sahaja, tapi ada semua jenis produk brahim’s. Kalau pergi supermarket tak semua ada kan.. haa sampai sini semua ada.
Aku refer kat blog lain sebelum nih, ada share waktu operasi, Rehat kul 1-2petang. Kemain aku pecut, nak sampai before kul 1 tapi dah tanya adik yang jaga kedai tu. Katanya ada orang ganti dia jaga. So tak der masalah lah untuk korang soping.
So aku dah share ni, apa lagi belilah produk brahim’s dengan harga murah. Jadilah pengguna bijak muahahaha….
Baru tahu boleh beli kat kilang direct.
Heheheh dah tau boleh boronh byk
salam sis. Lunchbox tu tahan panas x? kalau bwk mcm sambal/lauk berkuah, leaking x? sy tgh cari lunchbox nak bawa travel. takut tumpah2 dlm bag T_T
tak cukup tahan lah tu sis. cuba cari yang high quality. mmg cepat sejuk mknan kalau travel kat negara sejuk
Bekas lunch box kaler hijau tu beli di mana?
takde jual online ke produk ini..memang nak kena pergi kilang ya
Ada jual kat giant.. tp harganya lain. Tp mai kilang ni cfirm dpt murah dr dkt mana mana mall
Kalau di hotel takde microwave, boleh ke masuk je dlm rice cooker. Atau rendam paket nya dlm air panas?
Yerr mcm tu pun okay
sis, menu MRE yg mana you suka… yg sedap. Saya nak beli a few to cuba try test 😁
Nasi goreng/ beriani tu wajib ada..
lagi satu masa g jepun .. i bawak paste asam pedas mkn dgn ikan mackerel.. pergh.. itulah asam pedas paling best yg pernah kita org mkn …
Salam.Belum ada lg ni di Sabah.harap akan ada nanti.hehe.
Hi. I stay dekat Bangi. Kalau ada nak kirim and pos ke sana boleh je. boleh direct whastapp je sebab selalu juak pergi sana cari stok nak travel 011-39142369
TQ.. info yg sangat berguna 🙂
terima kasih. Info yg sangat berguna.
Lepas ni nak pi bangi memborong..
Masa saya holiday kat PD tahun lepas singgah Giant, terjumpa produk Adek Sue.. sedap jugak sambal dia.
Wahh nnt boleh try juga.. adik sue yer
Sis beli bekas mangkuk tingkat tu di kilang brahims juga ke?
berapa harganya? mcm nak beli satu
Kalau nak order bulk kat jb macam Mana eh?
alamak… hahaha tak pasti pulak saya.
Tk bnyk atas info dan nasihat…..
Amat berguna utk semua traveler yg mengutamakan mknan halal….
sama – sama.. mmg elok nak bawak utk travel