Perdana Kuala Lumpur City Centre sekali lagi membuka pintu untuk para pecinta makanan menyambut bulan Ramadan dengan penuh kehangatan. Tahun ini, restoran 10Binjai menyajikan promosi buffet Ramadan yang dinantikan dengan tema “Selera Dapur Binjai”.
Table Of Content
Dari 13 Mac hingga 8 April 2024, para pengunjung dijemput untuk merasai kehebatan hidangan tempatan yang disediakan khusus untuk berbuka puasa.
Dilhamkan dari resepi turun temurun, Perdana Kuala Lumpur City Centre berhasrat untuk mengimbau kenangan-kenangan terindah buat para tetamu.
Keunikan Menu di Perdana Kuala Lumpur City Centre
Salah satu aspek yang paling menarik tentang promosi ini adalah menu khas yang disiapkan oleh pasukan chef terlatih. Tumpuan utama promosi ini adalah pada hidangan kambing panggang yang dihidangkan dengan perasaan khas dari dapur Binjai. Dikenali dengan kelembutan dagingnya serta perpaduan rempah yang memikat, hidangan kambing panggang ini pasti akan memikat selera setiap pengunjung.
“Para tetamu boleh merasai pengalaman kulinari yang istimewa di Perdana Kuala Lumpur City Centre pada Ramadan ini dengan stesen memasak yang ditetapkan. Para tetamu juga dapat menyaksikan hidangan kegemaran mereka disediakan secara langsung oleh chef profesional kami,” kata Encik Zakaria Ismail, Pengurus Besar, Perdana Kuala Lumpur City Centre.
Menu Lain
Selain daripada hidangan kambing panggang, pelbagai lagi hidangan tempatan yang menggoda selera disediakan di buffet ini. Dari hidangan pembuka yang beraneka ragam hingga hidangan pencuci mulut yang manis, setiap hidangan dijamin memuaskan tekak para tetamu.
Diantaranya, Daging Tumis Hitam yang lezat dengan aroma rempah yang kaya serta Sup Perdana yang memikat dengan rasa daging tulang, urat, kambing, dan ayam. Kalau tidak suka bihun atau mee sup perdana, jangan risau, ada pilihan untuk laksa penang juga.
Pilihan lauk pauk yang tersangat banyak seperti udang goreng nestum yang besar dan fresh, gulai kambing. paru berlado, siakap masak lemak, ayam masak halia.
Untuk hidangan pencuci mulut kami turut merangkumi kegemaran orang ramai seperti Putu Mayam dan Apam Balik, buah-buahan dan rojak buah juga tidak ketinggalan. Dessert pula terdiri dari kuih-uih melayu dan juga kek dan pastries. Anak-anak pula pastinya serbu bahagian aiskrim yang pastinya mereka boleh ulang tanpa henti
Jangan lupa untuk mencuba pilihan kerabu yang menawarkan pelbagai pilihan seperti kerabu udang, kerabu kerang dan ianya made to order dan sangat ‘fresh’ sekali.
Atmosfera yang Menyeronokkan
Selain menikmati hidangan lazat, pengunjung juga dapat menikmati suasana yang selesa dan meriah di 10Binjai. Dengan pilihan ruang berhawa dingin dan terbuka, setiap pengunjung dapat menikmati pengalaman berbuka puasa yang unik dan menarik. Para tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di ruang pilihan sambil menikmati pengalaman dengan suasana dengan konsep moden kontemporari. Restoran 10Binjai mempunyai ruangan kapasiti bagi 250 orang dan ianya pasti merupakan lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan juga yang tersayang.
Harga dan Tempahan Awal:
Untuk menambah kenikmatan, pelanggan juga berpeluang untuk mendapatkan baucer buffet Ramadan 2024 dengan harga istimewa RM118.00 dengan pembelian awal sebelum 11 Mac 2024. Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk menikmati hidangan lezat dengan harga yang berpatutan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat pembelian awal baucer Ramadan kami sebelum 11 Mac bagi mengukirkan memori indah bersama keluarga tersayang.
Kemudahan Solat dan Lokasi:
Sebagai tambahan, kemudahan solat disediakan di surau di Aras 5 untuk para tetamu menunaikan ibadah solat Maghrib dan Tarawih dengan keselesaan. Terletak dengan strategik, Masjid Asy-Syakirin KLCC juga hanya berjarak 260 meter dari Perdana Kuala Lumpur City Centre, memudahkan para tetamu untuk menunaikan tanggungjawab mereka malah satu pilihan yang bijak jika menunaikan solat terawaih di masjid asy-syakirin yang berdekatan itu.
Jom Meriahkan Ramadan Bersama Kami:
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang istimewa di Perdana Kuala Lumpur City Centre. Sertai kami di 10Binjai dan sambut Ramadan dengan kehangatan dan kenikmatan. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 10Binjai di talian 03 – 7490 3333.
Baucher pembelian awal: RM118.00 seorang
Harga Asal: RM158.00 seorang
Hubungi: 03 – 7490 3333
No Comment! Be the first one.